in

BOCIK Jual Pasu Berjaya Raih RM10,000

Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu! Itulah peribahasa yang sesuai bagi minggu kelima Qu Putih Bintang Bersama Bintang, apabila Bocik dipilih sebagai juara. Ini merupakan kemenangan mingguan Bocik yang kedua dan sekaligus merampas hadiah lumayan bernilai RM10,000, sama seperti Achey. Disiarkan secara langsung dari Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam dan bertemakan ‘Jualan Langsung’, Bocik menampilkan pelakon, Amyza Aznan sebagai artis jemputan mereka.

minggu kelima Qu Putih Bintang Bersama Bintang

‘Jualan Langsung’ merupakan tema kelima bagi konsert Qu Puteh Bintang Bersama Bintang yang turut menampilkan Michael Ang bersama Fauziah Ahmad Daud selaku juri jemputan dan Pengasas Vida Beauty, YBhg. Dato’ Seri Dr. Hajah Hasmiza Othman, selaku juri tetap. Peserta telah dinilai oleh para juri yang mewakili 50% markah keseluruhan, manakala lagi 50% markah adalah berdasarkan undian melalui SMS oleh penonton.

Tuah Bocik Dua Kali Merangkul Juara Mingguan

Kumpulan Bocik telah mempersembahkan sebuah sketsa tentang masalah rumahtangga yang timbul apabila si suami (Abam) terlalu kedekut untuk membelanjakan wang untuk isterinya (Amyza). Si isteri pula tidak henti-henti memujuk suaminya untuk membelikannya sesuatu. Ketika pergaduhan itu, tiba-tiba Fad Bocik selaku jurujual di kaca televisyen mempromosi pasu. Cara jurujual itu berinteraksi membuatkan si isteri terus mendesak si suami. Gelagat lucupergaduahn ini sungguh mencuit hati penonton di studio dan di rumah.

Menurut Bocik, selaku juara mingguan malam itu, “Sejujurnya kami tidak berpuas hati dengan persembahan kami malam ini, dan cerita suami isteri ini sebenarnya ditukar pada saat terakhir, iaitu semalam. Namun, Alhamdulillah rezeki berada di pihak kami malam ini dan kami menerima hadiah ini sebagai satu pemangkin untuk membuat yang lebih baik. Sebelum ini kami berlatih cerita lain bersama Kak Amyza. Tetapi, pada saat akhir kami terbuka hati untuk membuat persembahan seperti malam ini.”

“Bergandingan bersama Kak Amyza memang seronok kerana beliau seorang pelakon berpengalaman dan kelakar orangnya. Saya akui dia sangat profesional dan sentiasa memberi idea untuk memperbaiki persembahan kami. Komen dari Kak Ogy yang mengatakan kami perlu ubah situasi dari rumah itu, akan kami usahakan. Memang kami akui bahawa konsep situasi dalam rumah ini memang kami ambil dari konsep-konsep yang pernah kami fikirkan pada minggu-minggu lalu. InsyaAllah, minggu depan dengan tema bebas, kami akan cuba untuk ‘bebas’ dari zon selesa kami.” ujar mereka lagi.

Berikut adalah senarai artis jemputan yang telah berganding dengan peserta.

KUMPULAN ARTIS JEMPUTAN
ACHEY Faizal Uzir (Lok U)
BOCIK Amyza Aznan
TITAN Along Eyzendy
SUMBU Waris
KEPOH Achong Sweet Child
CHILOK Lia Natalia

Penonton QPBBB boleh mengundi peserta kegemaran mereka dengan menaip BBB untuk satu undian atau BBB5 untuk lima undian diikuti dan hantar ke 33399. Setiap satu undian akan dikenakan caj sebanyak RM 0.50.

QPBBB dihoskan oleh AG Hot FM dan Yana Samsudin dan juga Fizie Hot FM selaku pengacara di belakang tabir. QPBBB turut dimeriahkan lagi oleh penaja utama iaitu Pamoga Qu Puteh. Berlainan dengan program realiti lain, QPBBB menawarkan RM10,000 untuk dimenangi setiap minggu . Hadiah wang tunai RM10,000 ini juga menjadi pembakar semangat mereka untuk terus berentap hingga ke Konsert Akhir QPBBB bagi merebut hadiah utama berjumlah RM50,000!

Penonton juga boleh menilai persembahan para peserta melalui skala dalam talian di www.tv3.com.my/qpbbb. Selain itu, para penonton dialu-alukan untuk menyertai pertandingan ‘Teka-Teki Kelakar’ dengan memuat naik sebarang teka-teki lucu dalam bentuk teks bergambar di laman sosial Instagram beserta #QuBintang di ruang kapsyen. Pemenang mingguan akan diumumkan semasa konsert mingguan Qu Puteh Bintang Bersama Bintang dan diberi hadiah eksklusif TV3.

Ikuti Konsert Mingguan QPBBB pada setiap hari Ahad pada jam 9.00 hingga 10.30 malam. Ikuti juga perkembangan persiapan mereka dalam Spy Qu Puteh Bintang Bersama Bintang pada setiap hari Ahad, jam 6.00 petang. Penonton juga boleh menonton siaran ulangan setiap Jumaat jam 10.00 pagi di TV3 dan portal video tonton.com.my (www.tonton.com.my).

minggu kelima Qu Putih Bintang Bersama Bintang

minggu kelima Qu Putih Bintang Bersama Bintang

minggu kelima Qu Putih Bintang Bersama Bintang

minggu kelima Qu Putih Bintang Bersama Bintang

minggu kelima Qu Putih Bintang Bersama Bintang

minggu kelima Qu Putih Bintang Bersama Bintang

minggu kelima Qu Putih Bintang Bersama Bintang

minggu kelima Qu Putih Bintang Bersama Bintang

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Muzik Video Crazy Youngsters Soundtrack Filem PITCH PERFECT 2

Sekitar Finale Pencarian Wajah Aurawhite 2015