• Home
  • Berita
  • Foto Artis
  • Filem
    • Sinopsis
  • Drama
  • Gossip
  • Hubungi Budiey

Sensasi Selebriti

Berita Hiburan Malaysia, Gambar Selebriti Terbaru, Gossip Artis, Filem, Muzik, Video & Teater

  • Events
    • Anugerah Bintang Popular
    • Anugerah Blockbuster
    • Anugerah Emmy
    • Anugerah Grammy
    • Anugerah Industri Muzik
    • Anugerah Juara Lagu
    • Anugerah Oscar
    • Anugerah Planet Muzik
    • Anugerah Seri Angkasa
    • Anugerah Shout!
    • Festival Filem Malaysia
    • Festival Muzik KL
  • TV
    • Astro
    • TV1
    • TV1
    • TV2
    • TV3
    • TV9
    • 8TV
    • NTV7
    • TV Al-Hijrah
  • Radio
    • Suria FM
    • Hot FM
  • Album
  • Fesyen
  • Teater
  • Travel
  • Gadget
  • Peraduan
  • Advertorial
  • K-Pop

Betty Benafe Nikah Kini Sah Bergelar Isteri Bruce Darghous

0
  • by Budiey
  • in Artis Berkahwin · Betty Benafe
  • — 9 Dec, 2012

Dengan sekali lafaz, pelakon dan penyanyi Betty Benafe telah selamat dinikahkan dengan pasangannya Bruce Darghous di sebuah majlis kecil yang diadakan di kediaman keluarga di Kempas, Johor Bahru, Johor pada jam 2.30 petang.

Untuk pengetahuan pembaca budiey.com, suami Betty ni seorang perunding teknologi berdarah kacukan Inggeris Lubnan dari Britain. Wah, kalaulah misal kata Betty dapat anak ni, mesti cantik dan comel kan? Maklumlah anak kacukan. Betty pun ada darah kacukan jugak.

Dengan mas kahwin berupa sebentuk cincin dan gelang emas, pasangan itu selamat dijabkabulkan.

Betty Benafe Nikah
Budiey ucapkan tahniah dan selamat pengantin baru buat Betty Benafe. Wah! Makin berseri sejak bergelar isteri ya? Semoga hubungan kalian terus bahagia hingga ke akhir hayat.

Pengantin bertukar-tukar hantaran iaitu tujuh dulang daripada Bruce dan Betty pula membalas dengan lapan dulang. Sweet!

Pasangan ini telah selamat dinikahkan oleh Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pengurusan Masjid, Jabatan Agama Johor (JAJ), Ahmad Faisal Mohamed. Sementara itu, Betty yang kematian bapa 11 tahun lalu, diwalikan oleh adik lelakinya, Rifkee yang kini berusia 32 tahun.

Betty atau nama sebenarnya Betty Ibtisam Abu Bakar, 33, berkata, dia gembira akhirnya dia dan lelaki kacukan England dan Lebanon itu bersatu sebagai suami isteri.

Menurut kata Betty:

“Walaupun terdapat pasang surutnya sepanjang menjalinkan hubungan ini, namun saya gembira kerana ia berakhir menjadi sebuah ikatan suami isteri. Saya harap perkahwinan ini akan kekal sehingga akhir hayat.

Saya sangat bersyukur kepada Tuhan kerana majlis nikah ini berlangsung dengan lancar. Memandangkan sebelum ini, saya pernah buat keputusan untuk membatalkan hasrat untuk bernikah.”

Menurut Betty, ini hanya satu dugaan dalam percintaan. Ini mengingatkan Budiey dengan lagu Maya Percintaan ya, kata liriknya, maya percintaan, ada madu, ada racun. haa, lebih kurang macam tu la kan. Tapi selepas berunding dengan ahli keluarga, kedua belah pihak selain Betty sendiri berfikir panjang, dia mengambil keputusan untuk meneruskan impain untuk berkahwin.

Haa, itulah jodoh namanya dik non!

Walaupun berlainan budaya adat dan dihimpit pula dengan macam-macam ujian dugaan, tapi atas nama cinta sejati, Betty Benafe akhirnya disatukan dengan lelaki idamannya. Itu pun dengan kehendak Allah. Segalanya datang dari Tuhan.

Menyentuh tentang suaminya, Betty berkata,

“Saya berkenalan dengan Bruce semasa dia baru dua hari berada di Malaysia sebab mahu mencari peluang pekerjaan di sini. Saya terpikat dengan Bruce sebab dia pandai masak. Bruce pandai masak kek bakar. Memang sedap. Sepanjang perkenalan saya merahsiakan status saya sebagai artis. Bruce tak tahu saya ni artis. Bruce juga saudara kepada kawan saya. Memang dia pun ambil masa yang lama juga untuk bercinta dan untuk cakap yang dia nak kenal saya lebih dekat.”

Baru-baru ini, kecoh juga apabila Betty berhasrat untuk membatalkan hasratnya untuk berkahwin.

“Kami dengan serius berfikir panjang juga sebab dah pun bertunang pada 14 Jun lalu. Takkan nak batalkan macam tu je. Ini semua gara-gara mereka dikatakan selalu sahaja menghadapi macam-macam ujian tapi selepas melihat pada hubungan Bruce yang sangat bersungguh-sungguh mahu menjadikan saya isterinya. Akhirnya sayateruskan juga majlis nikah ni. Alhamdulilah, semuanya berjalan lancar. “

Dari segi persamaan, Betty mengatakan ada persamaan dari segi pemikiran dan kepercayaan.

“Betty memilih Bruce bukan kerana dia orang Inggeris tetapi saya tak jumpa calon yang baik selain dia.”

“Tambahan pula, saya melihat Bruce sebagai pengganti arwah bapa saya sebab dia suka buat lawak, selain dia juga tegas dan selalu menepati masa.”

Sementara itu, Bruce berkata dia tak akan menghalang Betty meneruskan kerjaya sebagai penyanyi dan pelakon memandangkan dia sendiri suka dengan muzik.

“Buat masa ini, kami akan tinggal di Kuala Lumpur kerana saya bekerja di situ. Tapi kami ada perancangan untuk pulang ke pangkuan keluarga saya di Britain pada masa depan.”

“Kami rancang untuk dapat 3 orang anak dan tidak sabar bergelar ibu bapa. Kami akan berbulan madu di Pulau Sepadan, Sabah selepas majlis resepsi, Rabu ini.”

Menurut Bruce, dia rasa sangat bertuah dan bangga dapat menjadi suami kepada Betty sebab sifat Betty sangat mulia seperti ibunya.

“Sama seperti bulan yang mengelilingi dunia, saya juga tidak mampu menyatakan sebab saya jatuh cinta pada Betty kerana ia berlaku dalam sekelip mata pada pertemuan pertama kami pada November tahun lalu di KLCC.”

Semasa majlis nikah, ibu bapa Bruce iaitu Linda Darghous dan Nabil Darghous turut hadir.

Kami akan berbulan madu di Pulau Sepadan, Sabah selepas majlis resepsi, Rabu ini.

Majlis pernikahan itu dimeriahkan dengan kehadiran lebih kurang 200 orang tetamu yang terdiri daripada teman-teman rapat serta keluarga kedua-dua belah pihak pengantin dari Kuala Lumpur, Singapura, Arab Saudi, Jepun, Jakarta dan England. Wah! Ramainya sedara mara Betty ni, seantero dunia gitu, kan?

Betty yang tampak ayu mengenakan busana gaun panjang bewarna firus hasil rekaan khas dari pereka Singapura, sementara Bruce segak dengan memakai set. menerima sejumlah mas kahwin dan wang hantaran serta sebentuk cincin dan rantai tangan emas.

Bruce pula tampak kacak bergaya dengan sut hitam.

Majlis resepsi pula akan diadakan pada 12 Disember ini di Pusat Konvensyen Danga Bay dan merancang untuk berbulan madu di Pulau Sipadan, Sabah tidak lama lagi.

Selain sibuk dengan kerjaya seni, Betty juga merupakan seorang usahawan berjaya yang menjalankan perniagaan makanan iaitu restoran Benafee Village di Jalan Abdullah Tahir, di sini.

Betty Benafe Nikah

Komen via Facebook

Komen

Share

Tags: Betty Benafe NikahBusana PerekaDesignerDulangGambar Majlis Nikah Betty Benafegambar suami Betty BenafeIsteri Bruce DarghousTips WeddingWang HantaranWedding Betty Benafe

— Budiey

Seorang penulis blog hiburan & gaya hidup sepenuh masa, Photo Journalist, kerap bertwitter & facebook, videoman, new social media, copy writer, penulis iklan & advertorial, content provider & househusband. Obses dengan filem seram & thriller.

  • Previous story Dialog Kesedaran Hak Cipta Intelek DI Kalangan Seniman Malaysia
  • Next story Gambar Behind The Scenes Video Klip Feel So Good Krista Kleiner

ENTRI BERKAITAN

  • Pelakon Sharifah Sofea dan Syed Ismail Kahwin 19 Oct, 2009
  • Gambar Majlis Akad Nikah Diana Danielle & Farid Kamil 4 Nov, 2012
  • Gambar Selebriti @ Majlis Persandingan Dynaz di Putrajaya 23 Mar, 2008
  • Anang Nikah Dengan Ashanty 13 May, 2012

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

  • KONSERT MEGA BINTANG

    RadiGlow

    KONSERT MEGA BINTANG

    Tempat: Resort World Convention Centre, Singapura

    Tarikh: 8 Jun 2013 (Sabtu)

    Masa: 8 malam

    Info Tiket: www.sistic.com.sg atau hubungi +65 6348 5555

    Budiey.com Sebagai Blog Rasmi Konsert Mega Bintang

  • SEARCH

  • TERKINI

    • Loudness, Search, Slank & Rusty Blade Bergabung di Konsert Thunder In The East
    • Nasihat Anzalna Nasir Kepada Sharifah Sakinah
    • Pengakuan Tasha Shila Tentang Hubungan Dengan Mahali Jasuli
    • Lebih 20 Selebriti Jayakan Festival Hari Belia 2013
    • Maxis Umum Pelaksanaan Program Rintis Maxis Ekelas
    • Senarai Program Menarik Sempena Cuti Sekolah di TV3
    • Belia Hangatkan Jom Heboh Putrajaya
    • One Nite Only With Nash Lefthanded
    • Telemovie Kisah Fantasi Mesin Masa Cinta Atuk
    • ntv7 Anjur Kempen Will & Kate & The Royal Baby
  • IKLAN

  • DAPATKAN RADIGLOW UNTUK KESIHATAN

    RadiGlow
  • KONSERT

    • Recent Posts
    • Most Popular
    • Comments
    • Tags
    • search-groupLoudness, Search, Slank & Rusty Blade Bergabung di Konsert Thunder In The EastSunday, May 26, 2013
    • nashOne Nite Only With Nash LefthandedSaturday, May 25, 2013
    • Bintang-Mencari-BintangAchey Juara Konsert Penentuan Kumpulan A Bintang Mencari BintangWednesday, May 22, 2013
    • konsert-mega-bintangPeraduan Menangi Tiket Konsert Mega BintangTuesday, May 21, 2013
    • Idola Kecil Musim KeduaThursday, October 29, 2009
    • Gambar Sekitar Hari Jadi Erin Malek ke 14 di Red Box Plus, PavilionMonday, July 28, 2008
    • TV3 Kids Voice Out School AttackSaturday, October 25, 2008
    • Filem Congkak Arahan Pierre Andre : Gambar PelakonTuesday, June 19, 2007
    • Demak on:Siti Nurhaliza Lancar Laman Sesawang Siti Nurhaliza Official
    • nura on:Bapa Afiq Muiz Diminta Tampil Jadi Orang Tengah Selesai Kemelut
    • nina on:Datuk Seri Najib Orang Pertama Dapat Kad Kahwin Beego & Linda
    • nina on:Gambar Anuar Zain & Dayang Nurfaizah di Serai KL Centre Kuala Lumpur
    • 8TV Advertorial AirAsia Akademi Fantasia Anugerah Bintang Popular Astro Berita Bernama Blog Budiey Drama Erra Fazira Events Fasha Sandha Fesyen Filem Foto Artis Gambar Gathering Gossip Hollywood Konsert kuala lumpur Lirik Liyana Jasmay mampu Mawi NTV7 penyanyi Peraduan persembahan radio televisyen malaysia radio televisyen malaysia rtm RTM Showcase Sinopsis Siti Nurhaliza Teater TV1 TV2 TV3 TV9 Ucapan Video Muzik watak
  • AFTER EARTH MULAI 6 JUN

    After Earth
  • Jom Baca Berita

    • Agenda Daily
    • Astro Awani
    • Berita Harian
    • Bernama
    • Detik Daily
    • Google News
    • Gua
    • Harakah Daily
    • Harian Metro
    • KL Pos
    • KOSMO!
    • Malay Mail
    • Malaysia Kini
    • Malaysian Digest
    • Malaysian Today
    • mStar Online
    • Murai
    • News Straits Times
    • Sinar Harian
    • The Star
    • The Sun
    • Utusan Malaysia
  • ARKIB

  • KATEGORI

    18Jun2013

    Konsert Mega Bintang

    Rossa, Ungu, Afgan & Ramai Lagi

    Dari 20:00 hingga 23:30

    di Resorts World Convention Centre, Singapura

    Find out more...

  • ENTRI TERKINI

    • Loudness, Search, Slank & Rusty Blade Bergabung di Konsert Thunder In The East
    • Nasihat Anzalna Nasir Kepada Sharifah Sakinah
    • Pengakuan Tasha Shila Tentang Hubungan Dengan Mahali Jasuli
    • Lebih 20 Selebriti Jayakan Festival Hari Belia 2013
    • Maxis Umum Pelaksanaan Program Rintis Maxis Ekelas
    • Senarai Program Menarik Sempena Cuti Sekolah di TV3
    • Belia Hangatkan Jom Heboh Putrajaya
    • One Nite Only With Nash Lefthanded
    • Telemovie Kisah Fantasi Mesin Masa Cinta Atuk
    • ntv7 Anjur Kempen Will & Kate & The Royal Baby
    • Senarai Filem Menarik di Cuti Sekolah Di TV1
    • AirAsia Foundation Awards Sabah Social Enterprise with Micro Hydro Grant
    • Thirty Seconds To Mars Exclusive Album Preview Party
  • KALENDAR

    May 2013
    M T W T F S S
    « Apr    
     12345
    6789101112
    13141516171819
    20212223242526
    2728293031  
  • SPONSOR

  • BUDIEY

    Budiey Seorang full time blogger, kerap bertwitter & facebook, photographer, videoman, content provider, new media, copy writer, penulis iklan & advertorial. Obses dengan filem seram & thriller.

    Kenali Budiey lebih lanjut di [sini]
  • Social Media

    • Awal Ashaari
    • Fouziah Gous
    • My Facebook Fanpage
    • My Instagram
    • My Jurnal
    • My News & Events
    • My Photo Blog
    • My Twitter
    • My Youtube
    • Pipicomel
  • Home
  • Profile Budiey
  • Sitemap
  • Disclaimer
  • Hubungi Budiey
  • My Merchandise
  • Iklankan

© 2007 - 2013 Budiey.com (Sensasi Selebriti)
Budiey.com - Sensasi Selebriti dikendalikan sepenuhnya oleh syarikat Budiey Dot Com Media (001991735-T)
Copyright Budiey Dot Com Media (001991735-T). All rights reserved.