in ,

Betty Benafe Hamil 4 Bulan

Syukur alhamdulilah. Rezeki dan berkat kedatangan Ramadan. Pelakon dan penyanyi berdarah kacukan Arab, Betty Benafe telah mengesahkan dirinya sedang hamil empat bulan selepas 8 bulan bernikah. Betty meluahkan perasaan gembira beliau bersama pasangan terhadap berita baik ini.

“Alhamdulillah saya telah hamil empat bulan. Saya dan suami terlalu gembira apabila mendapat tahu tentang kehamilan saya.”

Tambah Betty Benafe lagi, beliau tidak kisah tentang jantina anak pertama mereka ini kerana terlalu teruja selain mengatakan berharap mempunyai sepasang lelaki dan perempuan kelak.

“Setakat ini, saya tak ada muntah atau mengidam apa-apa. Cuma berat badan saya turun sampai empat kilo kerana saya tak berselera makan dalam tempoh tiga bulan pertama itu.”

Betty Benafe dan Bruce Darghous berkahwin pada 8 Disember 2012.

Tahniah buat Betty Benafe dan suaminya Bruce Darghous. Mungkin ada baiknya Betty sekarang ini belajar tips mengandung dan hamil. Kata orang tua-tua, jaga kesihatan dan makanan seimbang sangat baik untuk anak dalam kandungan.

Pernikahan-Betty-Benafe-Dan-Bruce-Dargus

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

5 Sebab Mengapa Budiey Suka Burger Bakar Abang Burn Al-Lazat

Fakhrulradhi Hos Unsung Places Khas Ramadan