in

Bersama Menyambut Hari Kekasih di Hard Rock Cafe

Sempena sambutan Hari Kekasih pada 14 Februari ini, Hard Rock Café ingin menjemput semua pasangan kekasih di luar sana hadir meraikannya bersama kami. Istimewa pada hari tersebut, Hard Rock Café bakal  menampilkan menu khas yang mempunyai 3 hidangan utama yang cukup lazat sekali. Berlatar belakangkan suasana yang cukup romantik dan di aluti persembahan akustik dari band “SwitchGroove pada hari tersebut, sudah pasti ia mampu menjadi kenangan yang tidak dapt dilupakan!

Pakej makan malam yang di sediakan pada malam tersebut termasuklah ‘Crabmeat and Mango Cocktail”  sebagai hidangan pembuka selera, pilihan hidangan utama terdiri daripada pilihan ‘Panfried Seabass, Grilled Sirloin of Beef atau Supreme of Chicken and Scallop Combo dan Praline Chocolate “Heart” Cake pula sebagai hidangan pencuci mulut.

Jadi, pastikan anda membuat temu janji bersama kami di Hard Rock Café  bersempena dengan Hari Kekasih yang akan datang ini! Sudah pasti ia bakal menjadi satu memori manis di dalam hidup anda dan pasangan istimewa anda yang tidak boleh di lupakan sehingga bila-bila! Hubungi kami di talian 03- 27155555 untuk tempahan meja dan nikmati pakej makan malam di Hard Rock Café dengan hanya RM99++ seorang.

Persembahan akustik dari band “SwitchGroove

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

KONSERT ALAM MUZIK M.NASIR DI ISTANA BUDAYA

Program TV Menarik Sempena Tahun Baru Cina di TV3