in ,

KONSERT ALAM MUZIK M.NASIR DI ISTANA BUDAYA

KONSERT ALAM MUZIK M.NASIR
Lokasi: Panggung Sari, Istana Budaya Kuala Lumpur
Tarikh: 27, 28 hb. Feb. &1 hb. Mac 2009
Masa: 8.30 malam

Konsert Alam Muzik M.Nasir dibawa khas untuk semua peminat setia M. Nasir yang akan  berlangsung di Panggung Sari, Istana Budaya selama 3 hari berturut- turut mulai 27hb. Feb, 28hb Feb dan malam terakhir 1 hb. Mac 2009.

Konsert ini merupakan manifestasi muzik M.Nasir sepanjang perjalanan beliau berkecimpung dalam persada seni tanahair sejak 30 tahun yang  lalu. M.Nasir juga merupakan insan yang menyumbang hasil seni kepada artis-artis terulung tanah air seperti Alleycats, Search, Wings, Ella, Ziana Zain, Hattan, Spider, dan terbaru Mawi. Terbaru, M. Nasir bergabung tenaga bersama-sama Malique Too Phat menerusi lagu Mantera Beradu  dan ianya merupakan sebuah lagi yang lagu hit yang menjadi siulan anak-anak muda dan ini membuktikan M. Nasir menjangkau bukan sahaja generasi seangkataannya tapi juga generasi muda zaman sekarang. 

Konsert Alam Muzik M.Nasir akan berlangsung selama 2 jam untuk 3 malam berturut-turut dimana selama 2 jam persembahannya nanti, beliau akan menyampaikan kesemua lagu ciptaannya. M. Nasir dijangka akan mencorakkan persembahan yang berlainan pada 2 malam berikutnya.

Penampilan M.Nasir pada konsert ini kelak akan akan dilakukan secara solo bersama 10 pemuzik profesional pilihan, konsert ini pastinya menawan hati dan sanubari dan sekaligus mengubat kerinduan peminat beliau.

Ini merupakan konsert terbaru berskala besar M.Nasir apabila kali terakhir menjayakan konsert Andalusia M.Nasir di Stadium Merdeka pada tahun 2000 di mana penerbitnya merupakan Boxoffice Malaysia.

Walaubagaimanapun,  Konsert Alam Muzik M. Nasir kali ini dirancang dan diterbitkan oleh En. Ali Bakar di Istana Budaya dengan harapan menaikkan martabat konsert tempatan kepada lebih eksklusif dan canggih dan untuk menepati hasrat ini, Boxoffice Malaysia memilih Panggung Sari, Istana Budaya yang sememangnya  dikenali antara dewan persembahan tercanggih  dunia.

Konsert kali ini juga adalah sesuatu yang istimewa kerana ianya melibatkan penglibatan NSTP Charity Fund, di mana setiap RM1 dari hasil jualan tiket akan diagihkan kepada tabung ini. Barangan eksklusif edisi terhad seperti ‘mug’ dan ‘mouse pad’ yang tertera tandatangan M.Nasir juga akan turut dijual. Hasil dari  jualan ini juga akan disalurkan terus ke NSTP Charity Fund.

Terima kasih tak terhingga diucapkan kepada penaja-penaja yang sudi berganding bahu bersama Boxoffice Malaysia bagi menjayakan Konsert Alam Muzik M.Nasir. Terutama sekali Kumpulan The  New Straits Time Press yang bertindak selaku Akhbar Rasmi Konsert Alam Muzik. Ribuan terima kasih juga diucapkan kepada Istana Budaya yang begitu banyak membantu, terutama sekali kepada Ketua Pengarah Istana Budaya iaitu En Jauhari Shaarani atas segala kerjasama dan dorongan yang diberikan. Tidak lupa juga ucapan terima kasih diucapkan kepada Stars2u, Beyond Events, syarikat yang menguruskan M.Nasir dan Luncai Emas, syarikat rakaman M.Nasir. Terima kasih juga kami hulurkan kepada semua wakil-wakil media massa dan eletronik yang sentiasa memberikan sokongan kepada setiap konsert terbitan Boxoffice Malaysia.

Tiket-tiket berharga RM250, RM200, RM150, RM85 dan RM45 telah mula dijual dan tempahan boleh dibuat melalui talian 03-4149-8600 atau layari laman web www. ticket2u.biz. Adalah dicadangkan peminat membuat tempahan lebih awal untuk mendapatkan sudut pandangan yang lebih selesa.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Sekitar Majlis Pelancaran Album Rock Cintan 3 di Pasar Seni

Bersama Menyambut Hari Kekasih di Hard Rock Cafe