in

Bengkel Usahawan Seni, Puteri Maharani, Kuliah Budaya

KULIAH BUDAYA ”KEBUDAYAAN KESUKUAN DAN KEBUDAYAAN KEBANGSAAN”

Tempat : 4 Ogos 2010 (Rabu)
Masa : 9.30 pagi
Tempat : Tingkat 24, Bangunan MAS

PENCERAMAH: YBhg. Profesor Emeritus Tan Sri Datuk Dr. Khoo Kay Kim

JKKN-4-hingga-8ogos-2010-ev

BENGKEL USAHAWAN SENI

Tarikh : 5 Ogos – 6 Ogos 2010 (Khamis-Jumaat)
Masa : 8.30 pagi – 5.00 petang
Tempat : Corus Hotel

Penganjuran Bengkel Usahawan Seni ini adalah bertujuan membimbing dan melahirkan usahawan seni budaya yang berpengetahuan dan berkemahiran tinggi. Bengkel ini juga turut membantu para usahawan seni yang sedia ada atau pun yang baru berjinak-jinak dengan perusahaan seni untuk terus menjana pendapatan mereka, sekaligus membantu menjana ekonomi negara.

PENCERAMAH: Dr.Fazley Yaakob,En Micheal Reyes(Money Tree),En Firdaus Mohd Ikhwan(Eight Media), Bank Simpanan Nasional

TEATER BANGSAWAN ” PUTERI MAHARANI”

Tarikh : 6 Ogos – 8 Ogos 2010 (Jumaat, Sabtu & Ahad)
Masa : 8.30 Malam
Tempat : Panggung Bandaraya Kuala Lumpur
Tiket : RM 5 (Disumbangkan kepada Tokoh-tokoh seni dan budaya)

Persatuan Penggerak Seni Budaya Kuala Lumpur

Mengisahkan Sultan Abdul Rahman yang inginkan Tengku Mahkota Badrulzaman mempunyai isteri dan zuriat bagi menyambung pemerintahan negara memandangkan sultan sentiasa gering. Sultan juga inginkan Tengku Mahkota perlu mendampingi rakyat memandangkan Tengku Mahkota tidak pernah keluar istana sejak kecil lagi. Tetapi Tengku Mahkota memberi alasan belum bersedia dan merasakan tiada perempuan yang dicintainya.

Walaubagaimanpun, semasa rangka lawatan Tengku Mahkota ke Kampung Seri Maharani, Tengku Mahkota telah terpikat dengan seorang gadis penyanyi ghazal yang digelar Puteri Maharani. Meskipun Tengku Mahkota benar-benar mencintai Puteri Maharani, namun Tengku Mahkota merahsiakan keinginan hatinya.

Kerana terlalu menanggung rindu Tengku Mahkota jatuh sakit dan murung. Apakah kesudahannya? Saksikan kisah bangsawan yang penuh tragis, sarat dengan unsur kasih sayang di samping lagu-lagu ghazal yang membuai jiwa ini.

Bangsawan Puteri Maharani

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Universal Networks International Launches Diva Universal In Asia

TV3 & TV9 Raikan Ramadan Al Mubarak