in

Asyraf Jadi Pengacara Soal Asyraf

SOAL ASYRAF

Sinopsis : Program Soal Asyraf ini merupakan penampilan sulung Asyraf sebagai pengacara sejak dinobatkan sebagai juara Imam Muda, Malah program bual bicara ilmiah yang unik ini semamangnya diterbitkan khas untuk dirinya. Dengan demikian, program ini diharapkan akan dapat diikuti oleh peminat Ashraf khasnya dan penonton Imam Muda amnya.

Asyraf akan memberikan jawapan yang jujur dan meyakinkan berdasarkan pemahaman melalui pengalaman, ilmu dan pendidikan yang diperoleh selama ini. Dia akan menjadi dirinya sendiri dan berinteraksi sebagai seorang sahabat untuk memberikan penjelasan kepada secara santai terhadap isu yang dibincangkan.

Asyraf

Jawapan dan penjelasan itu nanti akan dikukuhkan dengan sumber ayat al-quran Al Quran dan Hadis yang Sahih

Soal Asyraf akan membincangkan isu yang lebih universal. Untuk menarik minat golongan muda, Asyraf akan membincangkan pelbagai isu penting serta kaitannya dengan Islam merangkumi aspek sains teknologi, populariti laman sosial termasuklah hiburan dan sukan.

Pendekatan secara interaktif digunakan Asraf untuk menggalakkan penonton menyalurkan soalan dan pandangan. Mereka boleh menghantar terus ke laman Facebook, Twitter, sidang video Skype serta tidak dilupakan kiriman surat

Turut menjadi kekuatan program ini adalah kelengkapan studio untuk rakaman program ini yang menggunakan kesan teknologi tinggi dan kecanggihan ‘sentuhan multi paparan virtual’ seperti yang dapat kita lihat dalam pelbagai program popular seperti CSI dan Tech TV.

Suntikan teknologi ini diharap dapat menarik golongan muda untuk menonton program bual bicara ilmiah keagamaan ini.

Tajuk program : Soal Asyraf
Produksi : Astro Oasis
Genre : Bual Bicara
Durasi : 30 minit
Episod : 13
Tarikh/Hari/Masa Siaran : Bermula 26 Oktober 2010
Setiap Selasa, jam 7.30 malam
Saluran : Astro OASIS (Saluran 106)

Krew yang akan terlibat:
Penerbit : Raja Ahmad Idham Raja Mohamed
Penerbit Eksekutif : Nizam Hamid
Pengarah : Muhammad Adlan Shaharir
Penulis Kreatif : Mohd Najib Mohd Amin
Pengacara : Muhammad Asyraf Mohd Ridzuan

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Celcom Launch Nokia C3

Rafflesia Taja 7 Selebriti Ternama di FFM23