Home HOME | My Events | My Youtube | My Merchandise | My Jurnal | Pipicomel | Foto Blog | Advertise Here | Contact Me









Astro Mencari Imam Muda Terbaik di Malaysia



IMAM MUDA
Sebuah program Astro Oasis, memecah tradisi
satu penemuan… sebuah perjalanan kehidupan

Setelah mencipta sejarah penyiaran, menjadi saluran TV pertama di rantau ini dengan siaran berita secara langsung dari Kota Suci Mekah sepanjang musim Haji tahun lalu, kini saluran gaya hidup Islam, Astro Oasis (saluran 106) terus mengorak langkah apabila menghasilkan sebuah lagi program memecah tradisi dengan rancangan terbaru IMAM MUDA!

IMAM MUDA adalah sebuah program siri pencarian tentang sekumpulan remaja lelaki Islam yang dihasilkan oleh Astro dengan bantuan dan kerjasama Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) bertujuan untuk mencari Imam Muda yang terbaik di Malaysia.

Individu yang terpilih bakal dihimpunkan di sebuah asrama selama tiga bulan bagi mempelajari dan memahami tentang hal-hal keagamaan dan kepimpinan Islam dari tokoh-tokoh ugama serta pendakwah dan pemimpin Islam terkemuka yang bertauliah dan berpengalaman.

Bakal Imam-Imam Muda ini akan menjalani dan mengikuti jadual ketat, peraturan agama, tugas rutin dan pemahaman khusus mengenai tugas-tugas seorang Imam, pemimpin keluarga dan selaku pemimpin masyarakat setempat.

Kesemua individu ini bakal diuji setiap minggu dengan latihan amali, praktikal dan tajuk-tajuk agama serta kemasyarakatan dan kepimpinan.

Yang Berhormat Senator Mejar Jeneral Dato’ Seri Jamil Khir Hj Baharom, Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang turut hadir menyempurnakan majlis pelancaran memuji pihak Astro yang berani dalam membuat pelaburan yang besar bagi memartabatkan elemen keagamaan di sebuah stesen penyiaran yang berprestij dan bertaraf dunia seumpama ini.

“Saya melihat program siri pencarian IMAM MUDA ini nanti bukan sahaja akan berupaya untuk mengukir paradigma baru dalam alternatif hiburan bercorak keagamaan di negara kita tetapi juga dapat mengangkat martabat dan profesyen Imam itu sendiri di mata masyarakat.

Saya juga penuh optimis bahawa program ini dapat menatijahkan keputusan yang optimum kepada semua pihak dan percaya ia dapat menarik minat ramai anak-anak muda malahan golongan dewasa juga ke arah mendalamai ilmu-ilmu yang berkaitan dengan kepimpinan masyarakat serta corak dan gaya penerbitan yang lebih interaktif dan menarik,” kata YB Dato’ Seri Jamil.

Pengarah Eksekutif ASTRO Entertainment Sdn Bhd; Tuan Hj Zainir Aminullah berkata, “Sejajar dengan visi kerajaan untuk mengembangkan dan memantapkan lagi industri komunikasi dan multimedia, Astro amat gigih dalam mengumpul dan mencipta pelbagai pengisian kandungan tempatan di Malaysia melalui salurannya yang pelbagai.”

“Jangka usia Astro Oasis yang bakal memasuki tahun ketiga pada bulan Oktober tahun ini telah memberi aspirasi kepada kami untuk mengadakan sebuah program siri pencarian yang terulung dan seumpamanya kerana ingin terus memainkan tanggungjawab sebagai pelopor saluran gaya hidup famili Islam dalam menyampaikan nilai-nilai positif dari sudut kerohanian dan pengetahuan.

Tercetusnya evolusi untuk menerbitkan program seperti IMAM MUDA adalah di antara testimonial kami menerbitkan program-program ilmiah dan tidak tertumpu kepada elemen hiburan semata-mata.

Hasrat kami dalam penerbitan IMAM MUDA ialah untuk memberi platform agar dapat memartabatkan status Imam dan memberi pendedahan kepada masyarakat tentang tanggungjawab sebenar yang perlu dipikul serta menjadi pemangkin kepada kelahiran Imam muda yang versatil dan relevan kepada komuniti,” tambah Zainir lagi.

Di antara insentif menarik yang bakal menanti Juara IMAM MUDA ialah penajaan penuh biasiswa di Universiti Antarabangsa Al-Madinah, Arab Saudi dan tawaran sebagai jawatan Imam di salah sebuah masjid utama di Wilayah Persekutuan berserta sebuah kereta.

Bukan itu sahaja, Juara IMAM MUDA juga bakal membawa pulang wang tunai RM20,000 dan sebuah komputer riba Apple Macpro di samping pakej menunaikan haji.

Bagi mereka yang berminat untuk menjadi pelapis dan penyambung warisan serta memikul tanggungjawab sebenar sebagai seorang Imam, anda dijemput hadir sesi temuduga yang akan diadakan seperti berikut dari jam 8.00 pagi hingga 1 petang:

26 – 27 Mac 2010 – Pusat Pentadbiran Islam Negeri,
Kompleks Seri Iman, Kuala Terengganu Terengganu

2 – 3 April 2010 – Masjid Zahir Negeri Kedah, Alor Setar, Kedah
10 -11 April 2010 – Pusat Islam Iskandar Johor, Johor Bahru, Johor
17 – 18 April 2010 – Kompleks Pusat Islam, Kuala Lumpur

Sesi Ujian dan temubual ini terbuka kepada semua lelaki berwarganegara Malaysia yang beragama Islam dan berusia di antara 18 – 27 tahun. Mereka yang berminat hanya perlu membawa salinan kad pengenalan berserta dua keping gambar 4R di samping boleh membaca Surah Al-Fatihah, Surah Lazim dan mempunyai pengetahuan agama Islam.

Siri pencarian IMAM MUDA ini bakal bersiaran di saluran rasmi; Astro OASIS (saluran 106) bermula 27 Mei 2010. Butir-butir lanjut mengenai program-program akan diumum pada sidang media akan datang.

Tags:

Tags:

Click on the following buttons to share this article with your friends:





Baca artikel lain yang berkaitan:
  • Album Imam Muda Memecah Tradisi Kini Di Pasaran
  • Aran, Azhar & Asyraf Hos Khabar Haji Musim Kedua
  • Hizbur & Asyraf Siapa Juara Imam Muda Musim Pertama
  • Ustazah Pilihan Astro Oasis
  • Imam Muda Perkenal Mursyid Baru
  • Senarai Peserta Imam Muda Astro Oasis
  • Jemputan Astro Oasis ke Program Qiamullail Perdana Imam Muda
  • Senarai Murshid Imam Muda Musim 2
  • Senarai Nama Peserta Calon Imam Muda 2
  • Ujibakat Imam Muda di Kelantan Dapat Sambutan



    • zyda

      Tahniah Oasis,rcgn realiti mcm ni la yang patut kita sokong…rasanya inilah program bcorak islamik yg ganjarannya plg berbaloi2,ini bgus utk tarik orang2 muda bg mpkmbg syiar Islam..dpt biasiswa pngajian tu..bleh buat “saham” dunia akhirat

    • http://sumijelly.com sumijelly

      Astro memang patutu buat mcm nie..
      selain AF, dunia lain pun kene di titik berat juga..
      tp mesti x seramai AF tu…iyerka… IMAM tu kerja berat..
      nak mencari kene yg betul2… bukan sedara melepaskan batuk di tangga aja…
      apa2 pun..sumi sokong hasrat murni ASTRO ini…
      teruskan! dn harap berjaya

    • http://www.yahoo.com dyesebel81

      bagus la. ni tak, akademi fantasia la…mentor laa…malaysian idol laa…my starz lg laa…buat la arah keimanan camni kan bagus. kira astro ni ok la, fleksibel. cuma tu je la, katakan time program ni berjalan, katakan ujan lebat, kimsalam je la nak tengok. tapi ye la kan, kita bayar mahal2 ngan astro. tapi time ujan je, mula la fedup ngan tv. tak nampak gambar. rasa nak hempuk tv pun ada. hope astro wat la inisiatif supaya time ujan pun boleh tengok siaran yang kami bayar ni yea…

    • din

      bagus programnyer…tapi macam nana saya nak apply masuk program ni?

    • http://- AKHRAM

      saya memang tetunggu rancangan realiti yang bercorak islamic ini,kerana ia boleh memberi kwsedaran kepada kepada semua orang yang menoton.rancangan realiti macam ini…….saya harap astro oasis dpt meneruskan lagi rancangan seperti ini….sekian assalammualaikum….

    • Hamba Allah

      Bagus…dgn adanya program realiti Islamic camni, barulah leh jadik ikon pada remaja ngan generasi muda di luar sana….
      Ni asik2 realiti nyanyian jek…bosan sudah!!

    • zuhud

      asl sikit sangat tempat interview nye…..????????

    • http://www.twitter.com/dzhafqimmurai dzhafqimmurai

      Saya betul-betul tidak sangka akan ada rancangan realiti TV seumpama ini. Daripada hiburan, muzik, komedi, pengacaraan, sukan, drama & filem, kini keagamaan yang mencari imam muda. Inilah masanya untuk mencari pelapis generasi imam untuk masa depan kita 1Malaysia. Kita & saya pun sebagai orang Islam yang dirahmati oleh Allah SWT perlu mengambil peranan untuk menghidupkan & menggerakkan usaha (agama) mencari imam muda. Insya-Allah, inilah masanya!!!

    • anas hakimi

      Sayang..umur dah 33taun.. ingat nak jugak masuk… apa pun, bagus astro… teruskan rancangan ini… moga mendapat rahmat ALLAH…

    • raja charm

      Sy amt mnyokong 200% ats pnganjurn prgrm spt ini. Klau dpt dlanjutkan had usia kpd 30thn pn cantekk sgt la.. Supaya mdpt psaingn yg lbh mantopp.. Ptimbangkanlah…

    • http://mariaisyah@yahoo.com yna

      salamm..sya sgt2 myokong rncngn nie…..100%…

    • insan luhur

      salam,,
      alhamdulillah,,ada juga insan yang sedar untuk membangunkan islam dengan mengisi ruangan hiburan seperti ini,,
      diharap ianya biarlah berpanjangan,,
      insyaAllah,
      :)

    • tasbih

      alhamdulillah….dh lama kami sekeluarga menanti program sebegini…dan sy percaya ramai lagi diluar sana menantinya..akademik AL-QURAN dan sekarang IMAM MUDA..harap program ini diteruskan dan mendapat sambutan..insyaallah..=)

    • aiesya90

      assalamualaikum…mabruk kpd sume yg mnjdi calon2 imam muda… bittaufiq wannajah… salam perjungan…

    • aiesya90

      Assalamualaikum.. mabruk kpd sume yg terpilih menjadi peserta imam muda.. buat yg terbaik, agar menjadi pelapis pendakwah masa akan datang..bittaufiq wannajah… salam perjuangan..;-)

    • Penilai pelajar dari luar

      Program ini bagus dan sangat bermanfaat. Namun sikap seorang dua pelajar ini perlu ditegur. Terlalu ego bila bercakap. Tidak semestinya jika telah berada dalam bidang agama ini secara automatik dia itu sudah bijak. Semua ini ilmu Allah. Dia boleh beri pada sesiapa dan boleh tarik dari sesiapa bila-bila masa.

    • Yan

      td tengok imamuda
      masa nak habis tu mengalir air mata bila selawat ke atas nabi
      tepegun dengan cara dorang menjawab setiap soalan
      ketenangan yang sukar digambarkan dengan perkataan
      alhamdulilah

    • anamujahadah

      alhamdulillah..de juga program yg b.bentuk keagamaan yg mne m.beri menfaat dunia &akhirat…khususnya buat remaja zmn skrg yg sentiasa lalai dgn hiburan yg laghah…mabruk alaikum pd pesrta yg t,plih…bitaufiq wanajjah..

    • hambaAllah

      SALAM..rancangan yg ckup baik..smoge rancangan ini dberkati..

    • any KK

      ALHAMDULILLAH…………..
      Tahni N syabas kpd pihak astro krna mwujudkan prgram yg mulia ini….. Prgram seumpma ni la yg ptut dipertontonkn kpd org rmai umumnya n kpd gnerasi skg khasnya yg brunsurkn duniawi N ukhrawi……..smoga program sprti ni mndapat prhatian org rmai dan kta smua mndapat mnfaat n syafa’at dunia akhirat……..AMIN………….

    • Omar Bin Hj Abu Bakar

      Assalamualaikum, Alhamdulillah kerana usaha yang dilakukan sesungguhnya usaha ini akan dirahmati serta diberkati oleh Allah. saya mengikuti perkembangan siri ini dan mendapati amat sukar bagi mengilap seorang imam yang cemerlang, gemilang dan terbilang.

      Maka dengan itu sesungguhnya hasrat penerbit mahukan setiap minggu ada peserta imam muda ini terkeluar bagi pihak diri saya dan Masyarakat Qariah kampung kami mohon agar iannya tidak diteruskan demi kelangsungan mereka menuntut ilmu.

      siri ke 2 telah memperlihatkan beberapa kekurangan mereka seharusnya kekurangan ini diberi peluang menimba ilmu sebaik yang mungkin agar kehendak sebenar imam muda tercapai. sekiranya mereka dikeluaran kami bimbang kemampuan mereka tidak terbatas dan hasrat masyarakat Qariah imam muda ini turut merasa kecewa.

      maka dengan itu biarlah tarikh ditetapkan menentu keupayaan sebenar mereka dan bukannya mingguan penentuan imam muda ini.
      lebih banyak ilmu yang dipelajari maka lebih baik dan banyak pula khalifah yang diwujudkan.

      sekian demi ummah khalifah perlu mantap ilmu agamanya.

    • khairunnisa

      saya like imam muda ……

    • shukor

      Assalamualaikum
      Nampaknya astro berjaya menarik minat penonton islam menerusi rancangan imam muda. Al hamdulillah kejayaan ini begitu berjaya merealisasikan seorang imam yang begitu muda. Orang muda umur baru 18 tahun adakah layak ? Sahsiyah yang baik penampilan yang sempurna tidak banyak berseloroh kerana banyak mata yang memandang. Pada saya rancangan ini hanya layak untuk rancangan hiburan tv tidak lebih daripada itu. Renung-renungkanlah.

    • aila inami

      ana sokong betol imam mude..ana uhibbu sume plaja imam mude terutama aran..encem gile..muke cm abg sedara ana..salam wat aran.n wat negri kelahiran kedah juge

    • nurul

      harap2 imam nuri dpt jd juara.lau tak juara pun sampai g final pun cukuplah..suke tgk semua imam muda,mmg leh jd contoh.vote imam nuri,dahla keje penternak,mengingatkan Nabi sebagai pengembala dan usahawan kala dulu.

      imam lain muke comel,tak minat..jgn mrh e kwn2..pendapat ana je..

    • nurul

      sejahat mana pun seorg perempuan, hatinya sentiasa meminta utk dibimbingi…



































































































































































































































































































    Sensasi Selebriti
    proudly hosted & sponsored
    by SERVERFREAK