in ,

Astro First Movie On Demand dari Pawagam ke Rumah Anda

Pada jam 11 pagi tadi, Budiey menghadiri satu sidang media dan pelancaran Astro First di Zouk KL, Jalan Ampang, Kuala Lumpur. Selain penerbit dan distributor filem, Budiey lihat ramai juga selebriti dan pelakon filem turut berada di sana untuk mempromosikan Astro First. Antaranya, Lisa Surihani, Putri Mardiana, Shaheizy Sam, Yana Samsudin dan ramai lagi.

Astro First

Astro First membawa Pawagan ke Rumah Anda

Perkhidmatan pertama seumpamanya yang membolehkan anda menonton filem tempatan terbaru

Astro First

Rakyat Malaysia sudah tidak perlu bersusah payah untuk beratur panjang di kaunter tiket dan mengharungi kesesakan lalu lintas setiap kali mahu menonton wayang di pawagam apabila perkidmatan movie-on-demand terbaru; Astro First kini boleh dinikmati menerusi platform Astro bermula 13 Januari ini.

Astro First

Pelanggan Astro akan berpeluang untuk menonton filem-filem terbaru selepas dua minggu ditayangkan di pawagam di kediaman masing-masing pada harga yang berpatutan.

Astro First

Ini dia ejen Zalif, dulu PR KRU Studios sekarang ni Zalif nak jadi pelakon sepenuh masa. Nama dia Zalif tapi kitorang panggil dia Pooh sebab dia comel macam anak patung Pooh.

Astro First

Astro First, sebuah perkhidmatan movie-on-demand yang pertama seumpamanya bakal disiarkan menerusi Saluran Astro 480 bermula 13 Januari 2011 dengan tiga judul hebat – Aku Masih Dara, Damping Malam dan Ngangkung.

Perkhidmatan ini menjanjikan harga yang berpatutan, keselesaan serta meningkatkan kualiti masa sekeluarga untuk setiap pelanggan Astro.

Pelanggan Astro boleh menantikan lebih banyak judul filem terbaik seperti Hikayat Merong Mahawangsa, Hantu Kak Limah Balik Rumah, KongSi, Kembar Siang, Tolong Awek Aku Pontianak, Senjakala, Sini Ada Hantu dan sebagainya untuk bulan-bulan akan datang.

Astro First mempunyai tiga kunci kelebihan seperti berikut:
Senarai filem-filem terbaru terus menerusi Astro First selepas dua minggu ditayangkan di pawagam.

Keselesaan – menonton filem-filem terbaru menerusi Astro First di kediaman masing-masing pada bila-bila masa dan seberapa kerap mengikut keselesaan anda bersama keluarga dan rakan-rakan.

Lebih nilai untuk wang – Dengan bayaran sebanyak RM15 setiap judul filem berbanding bayaran sebanyak RM40 hingga RM60 untuk empat ahli keluarga, Astro First ternyata member lebih nilai untuk wang anda. Selain itu, 32 pilihan masa menonton untuk setiap filem memberikan keselesaan untuk menonton mengikut keselesaan anda, sekerap mungkin dalam tempoh 48 jam selepas pembelian.

Astro First

Ketua Pegawai Operasi ASTRO, Henry Tan

Ketua Pegawai Operasi ASTRO, Henry Tan berkata, “Astro mensasarkan untuk membawa hiburan masa depan ke setiap kediaman rakyat Malaysia. Astro First merupakan perkhidmatan pertama seumpamanya dalam usaha untuk melakar sejarah industri hiburan. Menerusi Astro First, anda kiniboleh menikmati filem-filem terkini yang baru ditayangkan di pawagam-pawagam seluruh Malaysia di kediaman masing-masing mengikut keselesaan sendiri.Selepas perundingan demi perundingan denganpihak-pihak pawagam dan syarikat produksi yang terlibat, kini kami sudah bersedia untuk menawarkan filem-filem terkini di pawagam menerusi platform Astro terus ke kediaman pelanggan dengan nilai yang jauh lebih baik.

Lebih daripada sekadar menawarkan pengalaman menonton filem terbaru kepada tiga juta pelanggan, Astro First juga merupakan misi yang sama penting yakni untuk memperluaskan pengedaran filem-filem dan memanjangkan tempoh menonton yang ditawarkan di pawagam. Astro First juga memberi akses pangkalan penonton yang luas kepada penerbit-penerbit filem tempatan yang selama ini tidak pernah didapati. Menerusi Astro First juga, para pencinta filem yang menetap di kawasan yang tidak mempunyai akses kepada pawagam kini berpeluang untuk menikmati dan menunjukkan sokongan mereka kepada filem-filem tempatan. Secara ringkas, Astro First bakal merancakkan ekonomi industri filem negara ini.”

Tan turut menambah, “Kami percaya Astro First menyediakan platform untuk mempromosi kandungan kreatif tempatan di kalangan penonton Malaysia secara lebih meluas. Kami yakin dengan kejayaan filem-filem tempatan di Astro First ini kelak bakal menyaksikan pesaing antarabangsa dan serantau untuk turut serta dalam mengubah cara pengedaran filem-filem di Malaysia.”

Astro First

Tiga langkah mudah untuk menikmati Astro First
Sangat mudah untuk membeli filem kegemaran anda di Astro First. Kunjungi media portal Astro First di Saluran Astro 480 dan;

1. Tekan butang biru di alat kawalan jauh Astro dan pilih filem kegemaran anda.

2. Tekan butang biru sekali lagi untuk pengesahan. 3. 13 digit kod SMS akan dipaparkan di televisyen. SMS BUY[13-digit code] ke 32999. Contoh: BUY 1234567891234

Anda akan menerima SMS pengesahan pembelian dan filem tersebut kini boleh ditonton dalam masa lebih kurang lima minit kemudian. Setiap pembelian akan dicajkan ke bil semasa pelanggan. Kadar caj telco akan dikenakan untuk setiap SMS.

Untuk maklumat lanjut, layarilah www.astro.com.my/astrofirst

Astro First

Cuba teka siapa yang bawa motor besar ni.

Astro First

Yesss… Dira Abu Zahar. Dia kan memang bikers.

Astro First

Erynne Erynna, pelakon remaja yang membintang filem Damping Malam pun ada

Astro First

Ehem ehem, Shaheizy Sam & Lisa Surihani pakai sedondon tu.

Astro First

Yana Samsudin & Tasya

Astro First

Ashraf Muslim yang kacak lagi bergaya

Astro First

Putri Mardiana

Astro First

Shaheizy Sam yang baru habis pengambaran filem 8 Jam. Dengarnya watak Sam dalam filem ni memang lain dari yang lain.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Dato’ Siti Nurhaliza Lancar Kempen Wajah-Wajah SimplySiti

Drama Bersiri Sakti Delima Ditunda Buat Sementara