in

Dato’ Siti Nurhaliza Lancar Kempen Wajah-Wajah SimplySiti

Bertemakan santai dan ceria, Dato’ Siti Nurhaliza telah diraikan dalam satu majlis hari jadi yang ke-32 di JW Marriot Kuala Lumpur malam ini.

Budiey di sini ingin mengucapkan selamat ulangtahun ke-32 buat Dato’ Siti Nurhaliza. Semoga terus mencipta kejayaan, dimurahkan rezeki dan dipanjangkan umur.

Video Sekitar Sambutan Hari Jadi Dato’ Siti Nurhaliza & Pelancaran Kempen Wajah Wajah SimplySiti

Budiey lihat ramai selebriti yang dijemput telah hadir. Antaranya, Shahir, Mawi, Ekin, Fizo Omar, Aznil Hj Nawawi, Ady Putra, Umie Nazeera, Lisa Surihani, Sharifah Shahirah, Fazli Zainal, Ezlyn dan ramai lagi.

Majlis yang berlangsung jam 8 malam turut mengumumkan tentang kempen yang dinamakan Wajah-Wajah SimplySiti. Kempen ini bertujuan untuk mengumpul seramai mungkin wajah pengguna-pengguna SimplySiti dan meraikan mereka pada majlis kemuncak Malam Gala Simply 1.

Majlis ini dihoskan oleh Fara Fauzana dan Zizan Raja Lawak.

Siti Nurhaliza

Sempena ulangtahun pertama SimplySiti yang diadakan pada bulan April nanti. Setiap wajah akan dipamerkan di showcase Himpunan Wajah-Wajah SimplySiti dan mungkin juga dipaparkan semasa promosi SimplySiti di media cetak juga di kaca TV nanti. Ini semua adalah tanda terima kasih Siti buat mereka yang sentiasa menyokong kami sepanjang perjalanan ini.

Siti Nurhaliza

Siti Nurhaliza mengenakan busana rekaan Wanpa.

Budiey diberitahu macam-macam aktiviti akan dijalankan sepanjang Januari hingga Mac ini bagi sempena kempen Wajah-Wajah SimplySiti ini. Antaranya, Budiey difahamkan peminat berpeluang untuk menyertai Bengkel Kecantikan SimplySiti, sesi bertemu peminat, roadshow di pusat-pusat membeli belah dan juga peluang untuk mendapatkan tiket percuma ke Malam Gala Simply 1 pada bulan April nanti.

Dsc_0049

Siti Nurhaliza

Siti Nurhaliza

Siti Nurhaliza

Siti Nurhaliza

Siti Nurhaliza

Siti Nurhaliza

Jadi kepada peminat Siti Nurhaliza, jangan lupa untuk menjadi sebahagian dari kempen ini, okay?

Kepada yang bertanya, macamana nak join, okay, senang saje, anda perlu muat turun gambar anda di Facebook SimplySiti Sdn Bhd, emelkan kepada [email protected] atau pun kalau nak senang lagi lawati cawangan-cawangan niaga dan roadshow SimplySiti di seluruh Malaysia.

Terbuka kepada remaja dan wanta yang berusia 30 tahun ke atas. Sesiapa sahaja yang rasa yakin, bolehlah menyertainya.

Siti mahu mengumpul semua peminatnya dan pada bulan April nanti Siti akan mengadakan mini konsert Simply1.

Siti menceburi bidang keusahawanan dengan menghadiri seminar. Terbaru, Siti akan ke Bandung untuk mengikuti forum keusahawanan di sana selama 3 hari.

Sejujurnya, Siti mengatakan beliau terlalu sibuk untuk menikmati masa bersama sempena dengan hari jadi beliau. Sekarang pun, Siti masih belum pulih dari batuk.

Gambar Siti Nurhaliza semasa sidang media

Siti Nurhaliza

Siti Nurhaliza

Siti Nurhaliza

Siti Nurhaliza

Siti Nurhaliza

Siti Nurhaliza

Turut hadir di majlis hari jadi Siti ialah Mawi dan Ekin

Siti Nurhaliza

Siti Nurhaliza

Aznil Hj Nawawi

Siti Nurhaliza

Umie Nazeera

Siti Nurhaliza

Fizo Omar

Siti Nurhaliza

Sharifah Shahira

Siti Nurhaliza

Fara Fauzana & Ezlyn

Siti Nurhaliza

Fahrin Ahmad

Siti Nurhaliza

Lisa Surihani

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Top 20 Selebriti Wanita Paling Gorgeous di AJL25

Astro First Movie On Demand dari Pawagam ke Rumah Anda