in

Astro Bakal Perkenalkan Saluran HD Terbaru

Bagi meneruskan tradisi Astro dalam terus menawarkan kandungan terbaik khusus buat para pelanggan, pada minggu depan, satu majlis akan dianjurkan untuk memperkenalkan pelbagai program-program hebat menerusi rangkaian saluran yang pelbagai. Mungkin ini satu usaha Astro untuk memberikan kepuasan kepada pelanggan selepas kenaikan harga yuran bulanan Astro. Orang kata harga bayaran biarlah berbaloi dengan apa yang dihidangkan.

Terbaru, apa yang Budiey dengar, Astro akan membawakan beberapa buah saluran baru termasuk saluran dalam siaran Definisi Tinggi seperti Saluran Discovery World HD, Astro Supersport HD, Sundance Channel, Astro Fiesta serta program-program raya menarik sempena Syawal kelak.

Antara artis-artis yang akan turut hadir di majlis pelancaran saluran HD terbaru Astro termasuklah Hafiz, Adira, Akim, Fina, Hazama, Mawi , AC Mizal, Erra Fazira, Elfira Loy, Farid Kamil, Jimmy Shanley, Lisa Surihani, Scha Alyahya, A. Aida, Khatijah Tan, Beego, Sasha Saidin, Salyo , Harun Salim Bachik, Razak Ahmad, Zain Ruffedge, Rozita Che Wan, Zila Bakarin, Ebby Yus, Jihan Raja Lawak, Linda Jasmine , Khai, Rosma, Sazzy Falaq, Kumpulan Jambu, Farah Fauzana, Kaza, Namrom, Aida Khalida, Zain Saidin serta ramai lagi.

Sama-sama kita nantikan senarai program raya Astro di bulan Syawal nanti.

astro

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

MAS & Airasia Comprehensive Collaboration Framework

Sum 41 & Dashboard Confessional Bakal Gegarkan Rockaway 2011