Home HOME | My Events | My Youtube | My Merchandise | My Jurnal | Pipicomel | Foto Blog | Advertise Here | Contact Me









Astro Awani Saluran Terbaru Channel CNN versi Malaysia?



Antara TV dan hos yang cantik jelita dan kacak semacam sudah sinonim. Realitinya, siapa nak tengok muka hodoh dan tak lawa kat TV? Kalau boleh semua orang mahu pengacara, pembaca berita, pelakon iklan, pelakon drama semuanya terdiri daripada jelitawan dan rupawan yang menawan dan sedap mata memandang. Kalau mahu cantik lagi atau nak naikkan rating, ambil je semua ratu-ratu Miss World jadi tukang baca berita!

Terlanjur saya bercakap pasal TV dan personaliti TV, baru-baru ini Astro ada memperkenalkan dua lagi channei terbaru iaitu Astro Awani dan Astro Oasis. Kalau dilihat dari segi paparan isi kandungannya, Saluran Astro Awani tak ubah seperti CNN dan Al Jazeera versi Malaysia. Pembaca yang melanggani Astro boleh memetik butang 95 di remote control anda untuk mengikuti channel Astro Awani. Yang istimewanya, anda akan disogokkan dengan berita terkini 24 jam sehari! Astro Awani lebih menumpukan pada berita antarabangsa, perkembangan isu semasa dan konflik dunia. Namun, teknik penyampaiannya disesuaikan dengan perspektif dan selera masyarakat tempatan. Saya kira ini satu inisiatif Astro untuk menarik minat pelanggan sekaligus memuaskan hati pelanggan berikutan kenaikan harga langganan bulanan. Kalau bayaran naik tapi tak tambah channel, sudah tentu pelanggan tak puas hati.

Antara fakta Astro Awani:
Astro Awani mula bersiaran secara langsung pada 6 September 2007.

Antara nama-nama pengacara yang menerajui Astro Awani ialah Suhaimi Sulaiman, Amir Mahmood Razak, Dangsuria Zainurdin, Kamarul Bahrin Haron, Zaiful Ariffin, Raja Endon Mastura, Hafidah Samat, Syazwan Zakariah, Ashwad Ismail, Ellia Raini, Rizal Zulkapli, Syed Farradino Omar dan Linawati Adnan.

Antara buletin yang akan dipersembahkan oleh Astro Awani kepada penonton ialah:

Awani Global: Awani Global merupakan buletin jenama utama Astro Awani. Ia akan menjadi bulletin pertama disiarkan pada pukul 6.00 pagi dan akan dimuatkan dengan perkembangan terkini termasuk buletin terkini pada tengahari dan waktu perdana. Awani Global akan memberi kupasan terperinci bagi empat isu utama antarabangsa dari perspektif Malaysia.

Atma Asia: Atma Asia akan memfokuskan kepada laporan dan peristiwa di rantau Asia terutamanya negara jiran, Asia Tenggara. Dimuatkan dengan berita dan perkembangan terkini Negara serantau merangkumi isu semasa, sukan, perniagaan, kemanusiaan dan hiburan.

Nadi Global: Nadi Global akan menumpukan kepada tajuk utama harian dengan menampilkan pandangan dari penganalisis, pakar dan lain-lain.

Mozaik Dunia: Mozaik Dunia adalah berita berentak pantas dan disampaikan dengan penuh bertenaga. Menyentuh secara ringkas perkembangan terkini politik dunia, peperangan, pasaran saham, sukan serta hiburan.

Gala TV: Buletin hiburan bermaklumat ini memuatkan perkembangan terkini dunia hiburan tempatan, serantau dan antarabangsa. Gala TV akan keudara setiap hari dan bakal menjadi penanda aras corak laporan berita hiburan TV yang baru di Malaysia.

Di samping berita, Astro Awani juga akan menerbitkan program isu semasa seperti wawancara, rencana dan majalah. Program ini mengetengahkan isu global dengan ciri serta konteks tempatan. Penerbitan seumpama ini bertujuan memberi pendedahan kepada penonton Malaysia tentang cabaran global yang relevan dan mampu mempengaruhi serta memberi kesan kepada mereka.

Sudut Pandang: Wawancara langsung dari studio yang akan mengupas tajuk berita utama pada waktu perdana. Program ini dikendalikan Kamarul Bahrin Haron.

Perspektif Kita: Wawancara mingguan mengenai isu semasa. Rancangan ini memberi peluang kepada penonton untuk turut serta dalam perbincangan atau debat bersama tetamu yang juga pakar dalam tajuk yang dibincangkan. Rancangan ini dikendalikan Suhaimi Sulaiman.

Temujanji: Merupakan rancangan wawancara mingguan menampilkan personaliti terkemuka tempatan atau antarabangsa. Penonton juga berpeluang menemu bual secara bersemuka personaliti di studio. Ia akan dihoskan oleh Amir Mahmood Razak.

WW: Rancangan temubual yang menyelami pelbagai tajuk serta isu menyentuh kepentingan dan aspirasi wanita ini disiarkan secara langsung pada waktu pagi. Dangsuria Zainurdin akan mengacarakan WW.

Bagi Budiey, program yang saya minati ialah Gala TV yang disiarkan pada jam setiap 3 petang dan 10 malam secara langsung. Tentunya akan menjadi sumber dan bahan utama Sensasi Selebriti. Dihoskan oleh 2 personaliti iaitu Syazwan Zakariah (bekas wartawan hiburan KOSMO!) dan Hafidah Samat (bekas wartawan NSTP).

Biodata Syazwan Zakariah
Syazwan Zakariah adalah graduan Pengurusan Sistem Maklumat (MIS) dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. Kariernya bermula sebagai penyelidik Malaysia Book of Records. Namun cintanya terhadap dunia kewartawanan mula berputik sebaik menjadi penulis hiburan KOSMO! Kini pada usia 29 tahun, Syazwan mula mengembangkan kariernya sebagai wartawan televisyen di Astro Awani.

Biodata Hafidah Samat
Wartawan berkaliber bukan mudah dicari dewasa ini. Kemunculannya pasti menarik perhatian. Hafidah Samat seorang yang suka melawak, lincah dan kredibilitinya sebagai seorang wartawan hiburan tidak perlu disangkal lagi. Dengan 11 tahun pengalaman bersama New Straits Times, beliau pernah menyandang beberapa anugerah kewartawanan termasuk Anugerah Institut Akhbar Malaysia untuk kategori Hiburan pada tahun 1998 dan 2004. Beliau juga pernah muncul tempat kedua dalam Anugerah FINAS dua tahun lalu. Hafidah, 32 tahun adalah pemegang Ijazah Sarjana Kewartawanan dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam, Selangor.

Sumber: Wikipedia Astro Awani

[tags]astro awani, astro oasis, hos tv, astro oasis, raja endon mastura, biodata raja endon mastura, Suhaimi Sulaiman, Amir Mahmood Razak, Dangsuria Zainurdin, Kamarul Bahrin Haron, Zaiful Ariffin, Raja Endon Mastura, Hafidah Samat, Syazwan Zakariah, Ashwad Ismail, Ellia Raini, Rizal Zulkapli, Syed Farradino Omar, Linawati Adnan, gala tv, channel baru astro, senarai program tv astro, temujanji, gossip raja endon mastura, gambar raja endon mastura seksi, biodata artis malaysia, atma asia, nadi global, gambar wedding raja endon mastura, gambar seksi raja endon mastura daphne iking, pengacara medik TV, video hentai, gambar bikini raja endon mastura, gosip raja endon mastura wira daim, Raja Endon Mastura wearing a bikini, melayu boleh, melayuboleh, awek melayu, gambar raja endon, blog hos tv, blog artis malaysia[/tags]

Tags: ,

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

Click on the following buttons to share this article with your friends:





Baca artikel lain yang berkaitan:
  • Program Kewartawanan Awam U-WARTAWAN di Astro Awani
  • Barack Obama IN-DEPTH COVERAGE INAUGURATION OF THE 44TH US PRESIDENT
  • PAGI ANDA DI ASTRO AWANI
  • Kampus Astro Learning Carnival
  • Astro Anjur Karnival Pembelajaran Untuk Kanak-Kanak
  • Alex Yoong, Syed Farradino Omar In Person Di Astro Awani
  • Sudut Pidato Rancangan Terbaru Astro Awani
  • Astro Bakal Perkenalkan Saluran HD Terbaru
  • PILIHAN RAYA KECIL / PILIHAN RAYA PENENTU: KUALA TERENGGANU
  • LIPUTAN ANGKAT SUMPAH PRESIDEN AMERIKA SYARIKAT KE – 44



    • affanazami

      salam ramadhan bang! lama tak add komen. tau jela bz ngan study. neway, saye da tgk slauran awani ni. slalunye kul 5 pagi sy tgk. sambil sahur kan.. Hahaha. hafidah tu byk syasyul la.. huhu. syazwan tu steady. die sgt suke senyum ke? haha. tp best la gala tV! i like! E! versi MALAYSIA gtu!

    • Susannah

      RAJA ENDON MASTURA dikhabarkan tengah hot dengan WIRA DAIM yang dahulunya pernah digossipkan dengan CAMELIA. Kini Noniswara pula telah kelihatan bersama seorang VIP di Majlis sambutan kemerdekaan lalu. Siapa pulak jejaka ini???Paul???

    • jaja

      assalamualaikum..saya mula tertarik dgn awani ni ms pilihanraya br ni. sbb buat liputan secara langsung dan jemput penganalisis politik sekali..sampai pagi tak tido wei.. tapi kan ada muka br kt awani tu plak..

    • mimi

      Saya amat meminati Saudara Kamarul Bahrin Harun, pengacara Astro , PRU12 dan sekilas pandang… cara dia melemparkan soalan pada ahli panel amat bagus sekali . Would you help me to get more personal/corporate information abt him.

      Terima Kasih.

    • Cp

      Tolonglah. Kamarul Bahrin Haron tu terlalu banyak cakap sampai tak bagi tetamu undangan sampaikan pendapat dengan sebaik-baiknya. Ulasannya pun cetek. Cara penyampaiannya macam nak tunjuk ilmu yang dibaca dari buku teks 2 jam sebelum rancangan bermula seolah-olah penonton terlalu bodoh tak boleh baca sendiri. Penguasaan bahasa Inggeris pun kurang baik. Agak memalukan. Dia memang provokatif tapi tidak berasas. Memang nama rancangan tu sudut pandang, sudut pandangan sempit.

      Kesimpulannya, Astro lain kali pilihlah pengacara yang lebih baik sebab ramai lagi yang boleh jalankan tugas dengan lebih baik.

    • abang zam

      atma asia memfokuskn kpd isu2 di rantau asia,knapa kandungn berita atma asia sama saja dgn kandungan berita dlm awani global dan mozaik dunia?. macam diulang siar je beritanya,klu atma asia,jgn masukkn laporan dr eropah,afrika dn amerika.hnya siarkn peristiwa di rantau asia je!

    • http://perspektifkita hamidi

      Asskm…saya mewakili drpd warga swasta yg di berhentikan kerja..ingin mencadangkan supaya kerajaan melakukan pantauwan yg sbnar dan jgn hanya ckap kosng..( no more political )..kami warga yg kehilangan krja masih dlm dilima untk mendapatkan krja….so apa kata panel rncagan cuba mencadangkan supaya pekerja yg diberhentikan boleh mengeluarkan wang kwsp dengan cara pembayaran bulanan..mengikut tanggungan…sekurangnya dlm rm 500 sbln…ini hanya dilakukan untk sementara..apabila sudah bekerja tiada lg bantuan pengeluaran melalui kwsp…setakat ini x ada apa yg rakyat dapat..melalui bajet atau mini bajet.
      cuba lah untuk membantu rakyat yg dlm stress untk terus hidup….asskm

    • http://perspektifkita hamidi

      apakah krjaan x leh berfikir untk membantu warga yg dikenakan VSS..dgn cara memberi bantuan dari apa segi pun???you all still no unswer…contohnya (maaf x sure china atau korea) yg memberi rakyatnya kupon untk menebus barngan keperluan…iaitu tepung,gula,beras dan susu..just for tempry…it is we say perihatan about rakyat…but what are malaysia gov do..sekurangnya membantu mereka yg berkeluarga yg mempunyai anak2…tolong fikirkan…

    • ayoyo

      astro awani dulu ok..skrang dah mcm syok sendiri… takder kredibiliti…. tukar la editor korang… story mcm org yang tulis tu kaki minum ngan stone jer… kalau nak jd cnn buat la betul2… lagi satu apsal presenter kerap sangat bertukar ek?….. dr best sampai yang tak reti sebut ss pun ada… mungkin awani kena train presenter betul2… and ashwad sometimes baca mcm orang mabuk… lengok telebih bro..

    • cikAd

      DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHAPEMURAH DAN PENYAYANG.

      Adakah anda puas hati dengan diri anda sendiri? Jika jawapannya tidak, begitulah sukarnya sesiapa pun untuk memenuhi kehendak anda. Jika jawapan anda ya puas hati anda insan yang bersyukur.

    • sheera

      nk website or email ashwad ley?

    • http://tiada mohd zaini abd rahman

      adakah saham yang dipaparkan di tv masa sebenar(real time)?

    • anis

      Awani ala ala CNN ? jauh panggang dari api.. presenter tak semua yang presentable. Suhaimi Sulaiman, kamarul baharin – bagus dan berinfomasi. Dang suria? selekeh dan tak buat homework pun. cakap tergagap gagap, apa yg nak dikejar ntah. saya dah tengok WW tu, rakan host dia yang banyak tanya soalan, tapi dang suria setakat.. umumkan akan kembali selepas iklan, benda tu anak saya pun boleh buat. tu tak termasuk imej selekeh lagi tu, tak pasti la mana silapnya tapi presenter mesti ada aura tersendiri dan buat penonton selesa dan terpaku tetapi imej yg dibawakan oleh presenter Awani (tidak semua) kelihatan selekeh dan takde aura seperti presenter TV3 dan Bernama TV

    • amira

      kirim salam kat ashwad..



































































































































































































































































































    Sensasi Selebriti
    proudly hosted & sponsored
    by SERVERFREAK