in

Aran, Azhar & Asyraf Hos Khabar Haji Musim Kedua

Setelah berjaya menggamit penonton Astro Oasis, program berita dan hal ehwal musim haji, Khabar Haji diteruskan bersiaran untuk musim kedua.

Khabar Haji musim kedua akan bermula 7 hingga 21 November 2010 setiap hari selama 15 minit pada jam 10 malam dari Arab Saudi. Ianya untuk memberikan gambaran perjalanan haji tahun ini. Selain ada berita tentang keadaan di sana, penonton turut memahami perjalanan Rukun Islam ke-5 ini.

Imam Muda

Kemuncak ibadah haji iaitu wukuf dan melontar Jamrah bermula 9 hingga 11 Zulhijjah akan disiarkan secara langsung selama sejam dari Arafah dan Mina.

Khabar Haji akan dihoskan oleh Imam Muda Aran, Azhar & Asyraf. Liputannya lebih terperinci menerusi segmen baru antaranya sidang telefon jemaah haji di Tanah Suci dengan kaum keluarga yang ditinggalkan di tanahair.

Program berita mendapat kerjasama dari Iqraa TV, Arab Saudi. Kalau tahun lalu, Astro Oasis mencipta sejarah bila menjadi stesen televisyen pertama di negara ini yang menyiarkan liputan harian selama 24 hari secara langsung terus dari Kota Suci.

Yang menariknya, penonton juga akan dibawa secara eksklusif untuk melihat perkembangan dan pembangunan Kota Suci Mekah yang akan menjadi bandaraya termoden dunia yang bakal siap pada tahun 2020.

Imam Muda

Pengurus Saluran Astro Oasis, Hj Izelan Basar

Imam Muda

Juara Imam Muda yang kini turut menjadi hos Soal Asyraf.

Imam Muda

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Kartina Aziz Dalam Drama Kerana Cucu

Pelakon Remaja Zulaikha Kini Makin Matang