in

Animasi Terbaru Supertots di TV3

Selepas kejayaan BoBoiBoy, TV3 kini dengan bangganya mempersembahkan sebuah animasi terbaru terbitan Netcarbon, SUPERTOTS, sebuah kisah pengembaraan galaksi yang padat dengan penemuan baru dan watak-watak hebat. Siri yang dibawakan dengan kerjasama PharmaNiaga ini telah disiarkan bermula 15 Oktober 2011, setiap hari Sabtu jam 9.00pagi.

Mendapat sentuhan daripada DreamWorks Animation dan Marvel Comics, SUPERTOTS mengisahkan tentang 5 orang adiwira muda, Captain Danny, Elly, Alan, Blinq dan Sasha yang bertugas sebagai Pegawai Superfleet dalam menjaga keamanan galaksi yang turut dibantu oleh Atoq, sebuah sistem komputer pintar. Tugasan mereka kedengaran agak mudah, namun Zeeboz, seorang genius jahat yang sering menimbulkan kekecohan menjadikan misi mereka begitu mencabar.

Satu majlis pelancaran akan diadakan untuk memperkenalkan produksi dan para penyampai suara latar seperti Joanna Bessey, Maya Tan Abdullah, Naa Murad dan Kurt Douglas Crocker.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Go West Live In Hard Rock KL

Persembahan The Secret Life of Nora Dilanjutkan