in

Animasi Menghiburkan Dalam Slot Fuyoo Cuti Sekolah

Animasi Menghiburkan Dalam Slot Fuyoo Cuti Sekolah di TV1

Cuti sekolah kembali lagi dan kali ini Radio Televisyen Malaysia (RTM) mengekalkan slot Fuyoo Cuti Sekolah yang menyajikan filem-filem animasi terbaik untuk tontonan peminat filem animasi seisi keluarga.

Bagi yang memilih untuk sekadar menonton TV di rumah, berhibur bersama filem Meet The Robinson (5 November 2012), Treasure Planet (12 November 2012), The Fox & The Hound (19 November 2012) dan The Fox & The Hound 2 (26 November 2012) yang kesemuanya disiarkan setiap Isnin, jam 3.05 petang di TV1.

film Meet The Robinson

Meet The Robinson berkongsi kisah seorang kanak-kanak lelaki yang bercita-cita mahu mencari keluarganya yang sebenar. Dalam pencarian itu, dia telah bertemu dengan seorang lelaki misteri dikenali sebagai Wilbur Robinson. Lelaki itu kemudiannya membawa kanak-kanak itu menaiki kenderaan ke masa hadapan.

Kemudiannya saksikan pula Treasure Planet mengisahkan pengembaraan seorang remaja, Jim Hawkins dalam pelayarannya menaiki kapal yang membawanya ke planet dikenali sebagai Treasure Planet.

Turut menemui penonton sekuel filem The Fox & The Hound mengangkat plot si anak rubah, Todd dan anak anjing pemburu, Copper yang berkawan baik sejak kecil. Kedua-duanya cuba mempertahankan persahabatan mereka walaupun masing-masing memiliki naluri dan keinginan yang berbeza. Filem ini merupakan filem ke-24 dalam rangkaian filem animasi klasik Walt Disney.

Kesinambungannya boleh diikuti dalam sekuel The Fox & The Hound 2. Kali ini Todd dan Copper menjadi semakin dewasa. Copper telah menyertai sebuah kumpulan anjing penyanyi. Situasi tersebut telah menimbulkan perasaan cemburu di hati Todd bila mana sahabatnya itu mula dikenali ramai.

Luangkan masa menyaksikan filem-filem animasi hebat ini hanya di TV1.

filem The Fox & The Hound

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Scha Alyahya Duta Terbaru Haruman City Rush

The Twilight Saga Movie Marathon di Cathay Cineleisure