in ,

Akhirnya Trailer MINIONS Ke-3 Menceritakan Segalanya

Malam tadi, sebuah lagi trailer filem animasi yang ditunggu-tunggu, MINIONS telah diriliskan di dada Youtube saluran United International Pictures Malaysia. Trailer C bermaksud dah tiga buah trailer telah pun disiarkan untuk tatapan dan teaser kepada peminat yang menantikannya. Di dalam trailer C ini, nampaknya kita dapat mengetahui serba sedikit apakah sinopsis dan jalan cerita untuk filem ini.

Mungkin ramai yang tertanya-tanya, asal usul makhluk yang bergelar MINIONS ni kan. So dalam trailer ni pun turut diceritakan bagaimana wujudnya makhluk serba unik yang nakal ni. Rupa-rupanya, menurut hikayat penceritaan MINIONS ni wujud dari zaman dulu kala tatkala itu dinasour juga turut menghuni dunia. Zaman sebelum MINIONS mendapat tuannya bernama GRU. Fuh, biar benar ni. Lawakkan tengok aksi-aksi MINIONS yang spontan ni.

Kemudian muncullah dalam trailer seorang penjahat aka antagonist bergelar Scarlet Overkill yang dipegang oleh Sandra Bullock. Kononnya Scarlett ni hadir untuk memanipulasikan Minions untuk mencuri takhta dari Queen Elizabeth. Selain Sandra Bullock, ramai lagi pelakon handalan yang menyumbang suara dalam filem ini. Antaranya, John Hamm, Michael Keaton, Allison Janney dan ramai lagi.

Nantikan sahaja filem ini yang akan berada di pawagam mulai 18 Jun 2015.

minions poster 2015 gru junaid bhat

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Shila Amzah Buat Persembahan di AIA Generasi Malaysia Concert

Gambar Sekitar Majlis Berinai Lana Nodin & Daud McKeinzie