Akhirnya Sanjaya Malakar Tersingkir dari American Idol
Akhirnya, Sanjaya Malakar telah tersingkir dari pertandingan American Idol semalam. Dan akhirnya, Sanjaya Malakar berjaya melakar sejarah… sejarah apakah itu? Anda tak tahu? Bacalah artikel di bawah…

Rasa saya, inilah berita yang menggembirakan bagi penonton yang sudah jelek dan meluat dengan Sanjaya Malakar. Sebaliknya, saya kira ramai juga peminat Sanjaya yang menangis dengan penyingkiran yang sememangnya sudah dijangkakan ini. Haha! Jom kita gelakkan orang Amerika!Saya suka melihat Sanjaya menyanyi dengan gaya yang rileks tapi sebaliknya saya tidak suka dengan vokal Sanjaya yang masih lagi lemah. Anda pula bagaimana?
Pada mereka yang meminati peserta paling muda ini, mungkin mengatakan, walaupun Sanjaya Malakar tersingkir, namun dia tetap seorang pemenang dan juara program realiti nombor satu di USA itu… ya! Sanjaya tidak akan kalah! Itulah manusia ni kalau dah fanatik sangat.
Apa istimewanya Sanjaya? Saya pun tertanya-tanya dulu mengapa nama Sanjaya disebut-sebut hingga menimbulkan satu fenomena luar biasa. Kononnya, kata mereka, Sanjaya telah melakarkan satu sejarah dalam pop culture di Amerika. Lihat sahaja, kegilaannya dalam mencuba pelbagai gaya dan fesyen rambut, percakapannya yang lemah lembut dan gemalai yang ala-ala itu… Aduh! Hairan saya, mengapa ini yang digilai oleh orang Amerika? Mengapa?
Nyanyian dan aura yang ditimbulkan dari riak wajah Sanjaya yang tenang dan rileks itu betul-betul membuat ramai perempuan menangis. Ironinya, identiti dan imej bersih Sanjaya menjadi satu inspirasi dan semangat buat mereka yang putus cinta dan gagal dalam hidup.
Melihat pada persembahan Sanjaya di American Idol, saya hanya mengeleng kepala untuk menidakkan bakat Sanjaya. Dia memang ada aura, dia memang nampak cute dan comel di pentas. Tapi bisakah Sanjaya boleh berdiri setanding dengan penyanyi yang punya mutu suara yang cemerlang? Jawapan saya berikan, tidak! Sanjaya hanya penyanyi yang biasa-biasa sahaja.
Walaupun usaha untuk meletakkan Sanjaya sebagai juara votefortheworst pastinya akan menjadi satu sejarah di mana satu pakatan untuk menaikkan nama penyanyi under dog sebagai seorang juara. Cita-cita mereka yang ingin melihat peserta paling teruk tapi ‘menghiburkan’ hanya sia-sia sahaja.
Apakah pintu itu masih terbuka untuk Sanjaya berjaya di luar sana?
[tags]Sanjaya Malakar, American Idol, reality TV, singer[/tags]

4 perkara yang pasti dikenang:
1. Ramai bayi baru diberi nama Sanjaya?
2. Timbulnya fesyen rambut baru yang dinamakan ‘Ponyhawk?
3. Amerika boleh jadi banjir semalam. Ramai peminat dia menangis?
3. Pitching dia lari ke laut, Jom kita gi mandi laut… (lariiiikkkk!!!)
Tags: American Idol
Tags: American Idol, Sanjaya MalakarClick on the following buttons to share this article with your friends:
Baca artikel lain yang berkaitan:





April 20th, 2007 at 12:35 am
Good bye my dear sanjaya. Memang kau dah berJAYA!
I luv you! HAHAHHAHA!
April 20th, 2007 at 12:49 am
padan muka sanjaya! jordin forever!
April 20th, 2007 at 12:54 am
Affanazami, ada budak India sebelah rumah nih siap buat party sebab nak rai Sanjaya kalah. Budiey hanya ketawa dalam senyuman.. sambil berteriak… biarkan… biarkan… biarkan korang makan kenyang2.
April 20th, 2007 at 1:26 am
hehe..dulu sy cakap takpelah dia lama sikit dlm AI tue..biar dia timba pengalaman…because for sure dia tak menang AI punya..tengok2x dah keluar..haha..
anyways, my vote goes to Chris Richardson & Blake Lewis!!
April 20th, 2007 at 8:15 am
yehaaaa.. bagus dia kuar.. tak suker lar dengan sore dia… sebab dia orang lain yang lebih berbakat tersingkir… cam tu lar realitinya..
April 20th, 2007 at 8:41 am
aura yg tak berseri
April 20th, 2007 at 9:02 am
f41dh1, Blake Lewis power giler kan suara dia?
Sodep, await hang tak suka Sanjaya jugak ka?
Ira, kak, terima kasih byk sebab akak sudi memberi komen kat sini setelah sekian lama menjadi silent readers… Aura Sanjaya tu berseri apa, senyuman dia lebar… tapi malang sekali tak selebar bakatnya. ups!
toche toche!
April 20th, 2007 at 10:42 am
hahaha. sepatutnya dah lama kene kick mamat ni. ni ker artis yg org US pilih? adeh
April 20th, 2007 at 10:54 am
Pakcik MMA, orang US pun macam jugek selera orang kita. Ada pilih bakat, ada pilih rupa… ada yang pilih dua-dua sekali. Tapi apa-apa pun yang penting, semua ni berkait dengan PAKEJ… kalau ada pakej… semua masyuuuuukkkk…. tul tak?
April 20th, 2007 at 3:25 pm
sorry budiey, mazen tak kenal pun budak nie. hurm… mlm ni nak tgk la AI.
April 20th, 2007 at 4:03 pm
Yay yay!
Tak faham at the first place, kenapa sanjaya was brought in.
Mazen, tengok la starworld (astro channel 70) setiap hari rabu dan khamis. Rabu nyanyi. Khamis result dia.
I’d prefer those black girls. Sungguh menusuk kalbu bila diorang tu menyanyi.
April 20th, 2007 at 4:49 pm
betul tu encik izham! Jordin ttp best. tp melinda yg awal2 mcm hbt tu mula nampak cliche.. yela org “tua” haks! jahat seyh. Jordin i love!
April 20th, 2007 at 5:24 pm
izham ba… aku mana ada astro. ko ni kan… lain la klu ko mau belikan aku. he he he…
April 20th, 2007 at 5:30 pm
bleh.. meh la kawin dengan gua.. nanti gua beli astro.. hehehe..
April 20th, 2007 at 5:43 pm
saye suke jordin!
April 20th, 2007 at 5:54 pm
ok apa sanjaya nyanyi?, sedap dan relaks jer *matiler kena kutuk sat lagi*
amboi izham ngan mazen…..
mazen, bila lawan nasyid?, hehehe….
April 20th, 2007 at 7:48 pm
orang Amerika…orang dahagakan kasih sayang…
ha ha
April 23rd, 2007 at 10:56 am
10 mei nie ada pertandingan nasyid. nasib baik DBP tak masuk tp lawan dari istana budaya pun boleh tahan jgk. terpaksa la team mazen yg di ketuai cikgu siti hajar berkerja kuat sikit. he he he…
azuan datang lah tgk yer. ajak juara nasyid tu dtg sekali(ajied). he he he…
April 24th, 2007 at 12:09 pm
Akak sedih lah sanjaya terkeluar. He got talent What!
He is the reason I watch AI besides melinda, black n jordin. Kan dah boring jadikner.
SO, akak harap Shawal akan masuk Final. Same goes to Charla n Mirna.
Go Go Go.
A Go Go! hihi
April 27th, 2007 at 2:29 pm
Aku suka banget Sanjaya! Hei kamu semua! Aku sukanya melebihi kalian lho! Aku akan jadi istri Sanjaya!!!!!!! Sanjaya is my papaya!!!