in ,

Situ Sana Sini: Mawi, Dekna, AIM14 & Aswad FC

Mawi memilih Dekna AF5 sebagai penyanyi jemputan di majlis Petang Berkilauan Habib Bersama Mawi dan Ibu-Ibu di Palace of The Golden Horses pada 13 Mei depan. Majlis sempena sambutan Hari Ibu itu adalah anjuran pertama Mawi World Sdn Bhd.

Antara lagu yang akan dinyanyikan oleh Mawi ialah Untukmu Ibu (Exists) selain pertunjukan silap mata. Dekna dipilih berdasarkan karakternya yang selamba, lucu dan gila-gila. Harga meja-meja adalah daripada RM1500 sehingga RM5000. Mereka yang berminat boleh menghubungi Hany (012-3023730), Zana (012-2881108) dan Jue (017-3114765) untuk melakukan tempahan.

Tarikh 28 April yang menjadi Malam kemuncak AIM14 kian hampir. Bertemakan Kemuncak Segalanya, AIM14 akan disiarkan secara langsung di ntv7, Hot.FM dan Fly.FM. Ahad ini (22 April), Road show AIM14 akan diadakan di ruang legar Plaza Alam Sentral, Shah Alam pukul 3 petang. Seramai 14 calon finalis akan dihimpunkan. Mereka ialah Mawi, Jaclyn Victor, Sasi The Don, Bob, Farhan, Fazli Zainal, Sofaz, Kristal, Nita, Chobib, Dina, Samir, Nikki dan FTG.

Mereka yang ingin menyaksikan persembahan secara langsung di PWTC, tiket berharga RM50 boleh dibeli di pejabat Akademi, No.8A, Tingkat satu, Jalan Pangkor off Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur atau hubungi talian 03-4044 5388. Team Sensasi Selebriti akan turut berada di sana untuk membuat liputan.

Majlis Pelancaran Aswad FC telah diadakan di Key’s Chay Koay Teow Corner, Seberang Jaya. Tanda sokongan moral untuk Aswad dan memberi peluang kepada peminat mengikuti perkembangan karier Aswad yang masih lagi berada dalam Akademi.

Selain merangka aktiviti, AFC juga menjual cenderahati termasuk kemeja-T eksklusif Aswad. Bagi peminat yang ingin menjadi ahli sila layari laman web di www.aswadfrenzy.com atau hubungi Key di talian 012-4389100 atau datang sendiri di Key’s Char Koay Teow Corner, Seberang Jaya.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Viral Hiasan | 22

Kesiannya! Tragedi Sanjaya Malakar Tersingkir dari American Idol

Ahmad Idham | 23

Filem JANGAN PANDANG BELAKANG Catat Sejarah