in

Akhil Hayy Jadi Pengacara Program Cubaan Astro Oasis

Pada jam 12 tengahari semalam, sesudah selesai rehersal & briefing untuk Anugerah DiGi Wwwow di KL Pac, Budiey terus ke The Gardens, Mid Valley City untuk hadir di Sidang Media Program TV terbaru di Astro Oasis yang diberi nama CUBAAN.

Berkenaan dengan Anugerah DiGi Wwwow yang akan berlangsung pada jam 8 malam ini di KLPac, Budiey bukannya finalis yang dicalonkan dalam anugerah pertama anjuran syarikat telekomunikasi terkenal, DiGi ni, Budiey sekadar hadir untuk menjadi penyampai anugerah untuk pemenang kategori Fave Malaysian Male Online Celebrity. Mmm… agak-agak korang siapa yang akan menang ya. Budiey rasa, kalau diberi pilihan Budiey pilih Aaron Aziz. Huhu, penangan Nora Elena katanya.

Sebenarnya, ramai yang tak tahu tentang anugerah yang menghargai pengguna internet khususnya blogger-blogger yang semakin ramai tumbuh macam cendawan. Rasanya promo untuk awards ini ada disiarkan di kaca TV. Ala, biasa la kan, anugerah tahun pertama memang macam tu, tak berapa orang nak tahu. Tapi kalau setiap tahun dianjurkan mesti orang akan ingat.

Apa-apa pun, kepada semua pemenang dan finalis Anugerah Wwwow DiGi malam ini, selamat maju jaya buat korang. Tahniah sebab korang dipilih sebagai finalis pun dah kira satu kejayaan besar. Budiey juga turut membawa seorang pembaca ke anugerah ini, memandangkan tiket sangat terhad dan pihak DiGi tidak dapat memberi tiket kepada pembaca budiey.com. Sorry eh.

Akhil Hayy Waheeda

Berbalik kita kepada program TV Cubaan ini, setelah melihat trailer, beberapa klip sedutan dari program ini, dapat Budiey katakan program ini adalah satu program prank yang berbentuk dakwah, di mana Akhil Hayy sebagai pengacara akan menerjah orang ramai untuk menguji sejauh mana orang Islam di Malaysia peka dengan isu hukum hakam agama.

Semalam, pengacara dan pendakwah bebas terkenal ini turut hadir bersama isterinya, Waheeda yang bertudung hijab. Lama betul Budiey tak jumpa dengan Waheeda ni, teringat masa mula-mula kerja dengan budiey.com dulu, Budiey pernah buat contest album Waheeda kat blog ni. Kalau korang pembaca setia budiey.com dari dulu, korang mesti ingat lagi. Tapi sekarang Waheeda dah lain dah, tak macam dulu, maksud budiey, imej dan penampilan beliau.

Akhil Hayy Waheeda

Program itu akan disiarkan di Astro Oasis (saluran 106) pada setiap Sabtu, pukul 7.30 malam bermula 16 Julai ini.

Budiey kira, bukan senang untuk buat program prank dalam acuan dakwah seperti ini sebab perancangan dan strategi kena betul dan dirancang sebaik mungkin. Kalau silap perancangan, akan jadi benda lain pulak.

Menjadi hos dan turut sama menerjah orang ramai, membuatkan Akhil Hayy benar-benar memberikan pendedahan baru dan membuatkan Akhil sentiasa beristighfar serta berhati-hati dengan kejadian yang tidak diingini walaupun sentiasa diawasi oleh pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan Polis.

“Program ini bukan sekadar terjahan dan merakamkan sesuatu keadaan dengan kamera tersembunyi, tetapi secara tak langsung tujuannya adalah untuk mendidik dan berdakwah kepada masyarakat. Kami sengaja menjadikan program ini berbentuk santai dan spontan namun tidak bermakna hendak mengaibkan pihak tertentu. Saya bukan nak tunjuk pandai, sebaliknya mahu memberikan penyelesaian dan kesedaran kepada masyarakat jika sesuatu insiden yang tidak diingini berlaku kepada keluarga dan diri-sendiri.”

Akhil Hayy Waheeda

Hos Program terbaru CUBAAN di Astro Oasis

Sepanjang sebulan menjalani rakaman program 13 episod itu di sekitar ibu kota, Akhil akui banyak pengalaman dan cabaran yang dihadapinya.

“Semasa kami meminta seorang kru wanita melakonkan sebagai wanita hamil yang mengerang kesakitan, kami lihat tiada masyarakat yang prihatin sehinggalah akhirnya muncul seseorang yang bukan Muslim mengambil tindakan dan meminta orang ramai menolong wanita itu. Selain itu, berlaku juga kejadian yang tidak diingini ketika kami menguji orang ramai dengan insiden seluk saku. Malangnya, salah seorang kru kami cedera di kepala akibat diserang oleh orang awam yang membantu mangsa pencuri itu,” ceritanya.

Akhil Hayy Waheeda

Turut hadir ialah Pengurus Saluran Astro Oasis, Haji Izelan Basar

Menurut Pengurus Saluran Astro Oasis, Haji Izelan Basar pula, “Kami di Astro Oasis sentiasa berusaha dan mencari idea baru yang lebih segar dan cocok dengan jiwa penonton masa kini. Dalam masa yang sama mahu menjadi perintis kepada program dakwah dengan formula utama iaitu setiap ilmu yang ingin dikongsi, disampaikan dengan cara yang lebih santai dan menarik. Yang jelas, matlamat kami adalah untuk mendidik masyarakat menerusi setiap program yang ditayangkan.”

Jadi, apa kelainan program Cubaan ini dengan program dakwah yang lain. Selain ada drama prank, di mana ianya dilakonkan oleh pelakon upahan yang menyamar sebagai pencetus kepada topik atau isu dan situasi tertentu, Cubaan juga memberi mesej yang jelas dan menarik di mana orang kita mesti suka tengok situasi atau reaksi spontan dari orang ramai. Wah, satu lagi Budiey nak cakap, Cubaan menggunakan lagu tema dari grup Hujan sebagai muzik latar montaj.

“Saya rasa sudah tiba masanya untuk pendakwah mendatangi masyarakat dan bukannya hanya berada di surau atau masjid kerana mungkin ada antara masyarakat yang terlepas pandang tentang beberapa insiden yang berlaku di sekeliling kita,” katanya lagi yang bakal muncul dengan album baru selepas Hari Raya Aidilfitri nanti.

Suami kepada penyanyi Waheeda ini berharap agar program itu akan menyingkap kebaikan sebenar dan memberikan contoh terbaik kepada masyarakat.

Menurutnya, album yang akan memuatkan dua buah lagu itu turut menampilkan kolaborasinya dengan penyanyi Mawi dan kumpulan Brothers menerusi lagu Ighfir Zdunubi (Ampunkan Daku) dan Subhanak (Maha Suci Engkau) yang digubah sendiri oleh Akhil dan isterinya.

Selain itu, dia sedang sibuk menguruskan perniagaan pakej umrah ke Mekah melalui syarikatnya, Akhil Network (AN) di Kajang sejak setahun lalu. via Mstar Online.

Akhil Hayy Waheeda

Akhil Hayy Waheeda

Akhil Hayy Waheeda

Akhil Hayy Waheeda

Akhil Hayy Waheeda

Akhil Hayy Waheeda

Akhil Hayy Waheeda

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

16 Peserta Perfect Gentleman Kini Diumumkan

U Mobile Announces New Postpaid & Prepaid Broadband Plans