Home HOME | My Events | My Youtube | My Merchandise | My Jurnal | Pipicomel | Foto Blog | Advertise Here | Contact Me









Akhil Hayy Akan Saman Blogger



Hati-hati ye bila menulis blog dan melontarkan komen, kerana tak lama lagi, Akhil Hayy akan saman penulis blog yang menzalimi Akhil Hayy dan Waheeda~

‘DRAMA’ sebabak demi sebabak tentang perjalanan hidup penyanyi dan penceramah Akhil Hayy yang baru melangsungkan perkahwinan dengan penyanyi dan pelakon Waheeda belum terhenti. Sejak tercetusnya kes penceraian Akhil hinggalah berita pernikahannya dengan Waheeda menggemparkan industri seni tempatan, semuanya bagaikan sudah hilang sabar dengan pasangan ini.

Ada yang bertindak untuk memboikot mereka, tidak kurang juga yang melabelkan Akhil tidak layak digelar ‘ustaz’ mahupun ‘pendakwah’. Atas sebab itu, tidak mustahillah lelaki ini berang sehingga bertindak untuk menyaman mana-mana blogger yang disyaki telah ‘menzaliminya’ dan Waheeda pada bila-bila masa.

“Sampai satu tahap nanti, saya akan saman blogger-blogger yang menulis cerita yang tidak baik tentang saya dan Waheeda. Sekarang, saya dan Waheeda dah menikah…samada mereka aibkan saya pada masa selepas atau sebelum berkahwin, kedua-duanya diambil kira. Kami tak pernah cari musuh, kenapa mereka reka cerita seperti itu? Jika orang lain dah rancang nak bercerai atau berkahwin lain, kenapa kita nak ganggu rumah tangga orang? Bak kata Rasulullah, kalau tak reti baik diam dan muhasabah diri masing-masing,” kata Akhil yang bijak berkata-kata ini.

Akhil turut meluangkan masa menghiburkan tetamu yang hadir pada majlis pelancaran Astro Megaraya 2009 semalam. Bagaimanapun, dia enggan mendedahkan nama blog yang dimaksudkan itu. Jelasnya, dalam isu ini dia percaya Allah akan membalas setiap perbuatan manusia yang menzalimi dirinya dengan hanya berdoa kepada-Nya.

“Allah Maha Adil..jika hari ini kita kena, esok lusa kita tak tahu bagaimana. Ini perjalanan hidup dan kami bukannya membuat jenayah. Terlalu banyak orang terlepas pandang dalam hal ini dan kami dizalimi. Mereka buat sehingga program ‘Cafe Akhil Hayy’ terpaksa direhatkan. Allah Taala akan memberi balasan kepada mereka dengan hanya melalui doa-doa kami kerana antara doa yang akan dikabulkan oleh Allah adalah doa orang yang dizalimi,” katanya yang hadir seorang diri tanpa ditemani Waheeda yang berada di rumah kerana sakit gastrik.

Berkaitan program ‘Cafe Akhil Hayy’ yang khabarnya akan dihentikan, Akhil berkata dia menerima semua keputusan pihak Astro Oasis dengan hati yang terbuka.

“Itu Astro Oasis punya kerja. Saya tak kisah dan terpulang pada mereka. Bagi saya rezeki ini Allah yang tentukan. Jadi, saya terima setiap keputusan secara positif. Allah Taala akan memberi balasan kepada mereka dengan hanya melalui doa-doa kami kerana antara doa yang akan dikabulkan oleh Allah adalah doa orang yang dizalimi.”- Akhil

Menceritakan tentang kehidupannya selepas berkahwin kini, dia berkata semuanya berjalan dengan baik dan suasana ‘bulan madu’ mereka turut disertai oleh kaum keluarga.

“Alhamdulillah, perkahwinan ini telah merapatkan hubungan silaturahim antara dua buah keluarga kerana perkahwinan tak semestinya untuk diraikan oleh mempelai tetapi seluruh keluarga. Pada bulan puasa ini, kami lebih banyak berbuka di rumah kedua-dua belah mertua sehingga kami tiada ruang untuk berbuka berdua. Tiga hari pertama kami berbuka puasa di rumah mak saya di Gopeng, Perak dan tiga hari berikutnya di rumah mak dan bapa Waheeda,” kata Akhil yang bercadang untuk mengerjakan umrah di Mekah dengan Waheeda sebagai lokasi bulan madu.

Bagi Akhil, mengerjakan umrah di Mekah merupakan tempat terbaik cuma mereka belum fikirkan tarikhnya kerana ‘belum sampai seru’. Dia juga bersyukur apabila mendapat keluarga yang memahami dan sentiasa menyokong mereka dari belakang. Bukan sahaja keluarga, malah begitu juga anak-anak Akhil yang memanggil Waheeda sebagai ‘mama’.

Mengenai pengumuman Waheeda hendak bersara dari dunia artis semasa hari pernikahan mereka, Akhil berkata keputusan Waheeda itu lahir daripada dirinya sendiri dan bukannya atas paksaan sesiapa.

“Bukan saya yang paksa dia untuk berhenti tetapi apabila dia membuat keputusan itu, saya hanya menyambutnya dengan sempurna,” katanya yang akan berhari raya di Gopeng dan Johor Bahru.

Ditanya mengenai kesihatan Waheeda selepas didakwa terkena buatan orang atau sihir, Akhil menjawab:

“Dia masih berubat dan keadaan dia kadangkala ‘ok’ dan kadangkala tidak. Saya harap orang yang membuat itu mendapat kesedaran.”

Sempena Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelang nanti, Akhil Hayy akan tampil dalam dua buah program raya yang disiarkan oleh Astro iaitu ‘Mega Raya Astro’ di Astro Ria, 19 September, Sabtu, 11 malam dan ‘1001 Inspirasi’ di Astro Oasis, 20 September, Ahad, 1.30 tengahari. [sumber]

Tags:

Tags:

Click on the following buttons to share this article with your friends:





Baca artikel lain yang berkaitan:
  • Gambar Maizawati Zainal Isteri Akhil Hayy
  • Gossip Ustaz Akhil Hayy Kahwin Senyap-Senyap Dengan Waheeda ?
  • Penyanyi Waheeda dan Akhil Hayy Kahwin Pagi Ini
  • Cafe Akhil Hayy Astro Oasis Dihentikan
  • Mawi dan Akhil Hayy Dalam Program Raya 1001 Inspirasi Raikan Kemenangan
  • Sekitar Pelancaran Album Akhil Hayy Nasyid Legenda 2
  • Quotes of The Day: “Cukuplah Menghukum Waheeda” – Akhil Hayy
  • Gosip Ustaz Akhil Hayy Tidak Berdisiplin?
  • Maizawati Tidak Mahu Jadi Pengacara
  • Akhil Hayy Jadi Pengacara Program Cubaan Astro Oasis



    • http://yanadzul.blogspot.com Yana

      tumpang lalu :)

    • Asako

      hmmmmmmmmm bia la dye…..

    • intan

      Saya tak suka org ni. Sepatutnya, sbgi “Role Model” yg menerajui satu programme Islamic, dia sepatutnya menunjukkan contoh baik.Betul kata Allahyarham Ustaz Asri , dia dah membiarkan dirinya dimamah publisity akibat perbuatan sendiri.Tak leh nak salahkan org lain. Dan tahap kesabarannya tak sesuai dgn imejnya sebgi pendakwah.Klu dah smpi nak saman menyaman, maknanya bukan penyabar orgnya.Adakah itu ciri2 seorg Role Model yg kononnya pandai menasihat org??Kesian kat budak2 muda yg termakan nasihat2 dia selama ni.They have to think twice about this guy!!

    • lynda

      betul tu intan, kesalahan sendiri x nampak, dia ni pandai menipu masyarakat, dpt pulak bini yg sombong, angkuh dan berlagak je kalau baca statement2 sebelum ni, bertudung litup hingga ke lutut tp x sangka la jadi perampas yerk, kena sihir ke ? dah dpt akhill hayy pun belum baik lagi….kesian kan…. :)

    • miss bukit merah

      hai budiey…
      salam ramadhan utk tuan rumah dan rakan2 sekelian,bulan2 ramadhan yg mulia nie,bukan cheq nk cari pasal tapi cheq tk nk tegur skit,wahhhh kalau dia nie kena tegur,satu dunia nk saman,masa dia kutuk orang @ artis dgn terang2 masa tengah glemer wat ceramah dulu leh plak ekkk…udah2 la tu skg nie dok kompang satu dunia lak kata bekas janda ada bopren baru…lu ada otak fikir la sendiri beb…

    • fiza

      kalau dh asal org rock tu sampai bila pun terpalit jugak…ustaz konon, peribadi jahanam nak jadi ustaz…piiirahhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh!!!!!!!!!!!!!!!!!

    • AURORA

      tak tumbuh tak melata …tak sungguh org tak kata …kan ..Wahai Ustaz kenapa nak saman ???rakyat ada hak utk bersuara wpun kami bukan bijak dari segi agama,,dan bukan bertutup litup spi ke kaki…tp sebagai wanita , kita harus hormati psaan wanita lain …ana bkn x percya jodoh maut d tgn tuhan …tp bkn semua perkara blh d kaitkan ..kdg2x yg buruk itu dtg dari diri sendiri ..ana bkn ustaz @ ustazah tp ana nak nasihat sikit …je

    • zarina kamal

      wallahualam…..

    • NoraAini

      Sudah lah tu Akhill… awak duduk di rumah diam-diam jaga si Waheeda tu lagi baik.

    • wasini

      Nasihat yang baik tu terima aje lah. Lebih baik simpan wang untuk anak anak yang ramai tu dari membazir nak saman orang orang yg ramai tu

    • Surabaitu

      Lor…..

      korang pun sama jer megata kat dia !!

      kalau nak bagi nasihat 2lis elok2 ..nie kutuk dia…
      maknanya korang pun sama mcm dia HAhaha
      kaau nak tulis pun… tulis la ayat yg membina skit.. nie x megata dia lagi..

      Opsss sry x baek puasa2 nie megata org ahaks…
      pikir la sendiri erk~

    • mamit

      tak yah lu nak tunjuk lu tu alim, sbb suma org dah tau, lu tu ustaz plastik cakap pandai la, krn sbb apam anak dara ke?, tu lu jadi mabuk, berpoya-poya tinggalkan anak dan isteri, adakah mereka tidak dizalimi, moga-moga mereka berdoa supaya kau ber2 cepat m****s…………..
      Sesungguhnya allah akan mengkabulkan doa orang yg dizalimi……….
      Itu lu yg cakap…….

    • Puteri Eylia Natasya

      dye ni ustaz ke…..??x de gye jdi ustaz pown…

    • Tabuan

      Akhil kamu nak saman blogger ???????????

      Sebelum nak sama blogger..

      SILA TENGOK MUKA DI CERMIN TU DULU YA…

      KAMU SENDIRI YG MEMBUKA PINTU FITNAH…
      Oleh itu……………….

      SENDIRI MAU INGATLAH DOL …..

      :-)

    • miso

      emmmm…blogger2 ada reka2 cerita kite?kite cume komen je kan?or more like berbahas.yelah die kata cam ni…kite kata mcm ni.so kiranyanye kita cume berbahas…ke berpantun.(tepuk dahi)

    • mamit

      Baik duit yang lu nak guna saman kita org, lu bagi kat emak bapak pompuan gatal tu, sian dia penat-penat besarkan waheeda senang-senang aje lu angkat FREE aje…..
      Apa lah malang nye nasib mereka berdua ni, CUMA dapat menantu ustaz (konon) x dpt apa2, kalau aku langkah mayat aku dulu, kalau nak anak aku FREE – FREE Aje……..

    • http://menjadikosong.wordpress.com menjadikosong

      hahahaha…it’s funny!! Akhil Hayy…..who are u? are u the God? not! u’re nothing! so, just fresh your mind! if u’re really a wise man, don’t care about people said your bad image! if u show your arrogant act, everyone will be laughed u more and more. so, u should not be arrogant, if u feel that u’re an Ustaz.

    • tyco_ak2

      korang semua bakal di laknat oleh allah kerana mengumpat dan memfitnah ust. akhill…………..insyAllah

    • tyco_ak2

      Puteri Eylia Natasya………ustaz kena ada gaya jugak ke.kalu nak tahu ustaz bukan sekadar kena dok kat surau2 ngan masjid saja…bila islam nak sampai kat pemuda2 atau pemudi yang tak pernah pun ke sana.lu pikir2 kan lah

    • jija

      konpius dgn statement2 org luar…..

    • NONA

      ntah apa2 ntah si akhil nih…nk saman konon..cam bagus jer…cam sesat pun ada dia nih..sapa yg menzalimi dia dan waheeda..? abis tuh apa yg dia dan waheeda buat kt bekas bini dia sampai bekas bini dia nekad mintak cerai…tu tk menzalimi ker…ooo dia org ni kan ustaz n ustazah…mana kira berdosa..cakap merapu…tu lah rocker nk jadi ustaz…dia ni ada sijil dari mana institut agama ker sebelum ngaku jadi ustaz nih…kalo awak tu beriman sgt..tentu kesabaran awak tu lebih tinggi dari kita org yg tk berapa alim nih…sendiri buat masalah, nk salahkan org lain plak….cuba dari dulu kalo betul sukakan waheeda, bila bini dah izinkan poligami, kahwin je la..jgn byk dolak dalik..waheeda pun sama..jadi tk la jadi mcm nih…kami sumer bukan suka2 nk kutuk2…tapi kesal dgn apa yg terjadi..



































































































































































































































































































    Sensasi Selebriti
    proudly hosted & sponsored
    by SERVERFREAK