Aizat, Butterfly, Fauziah Ahmad Daud di Rakaman Melodi Raya 2009
Rakaman Melodi Raya yang merupakan acara tahunan bagi program popular terbitan TV3, Melodi muncul lagi bagi mengeratkan simfoni kasih serta silaturahim antara artis dengan masyarakat. Berkonsepkan garapan antara unsur tradisi, kontemporari dan moden, rumah terbuka Melodi kali ini bakal mengetengahkan barisan artis berbilang generasi yang membuat persembahan di acara tersebut. Antara mereka, termasuklah Aizat, Mentor 3, One Nation Emcee, Fabulous Cat, dan kumpulan Butterfly.

Gambar Aizat masa 2 tahun lepas~

Amy Mastura~
Turut membuat persembahan adalah penyanyi terkenal Amy Mastura, Aishah, Fazley, Junainah M.Amin, Aman Shah, Ramlah Ram, Jay Jay, kumpulan Balle Balle, Elite, Kristal dan Sweet Charity. Bagi yang meminati irama nasyid, kumpulan Hijjaz turut membuat persembahan. Selain dari itu majlis ini turut dimeriahkan oleh ramai artis popular dan penggiat seni tanah air.
Satu lagi keistimewaan Melodi Raya tahun ini ialah kemunculan semula semua bekas pengacara dan penyumbang suara latar yang pernah terlibat dalam Melodi sejak dulu hingga kini. Mereka terdiri dari Dato’ Mahathir Lokman, Fauziah Ahmad Daud, Adiel Abdul Ghaffar, Sheila Rusly, Aznil Nawawi, Haliza Misbun, Faizal Ismail, Tabah Syazwan, Saiful Apek dan Raja Azura.
Seperti tahun lepas, rakaman Melodi Raya akan diadakan di Surf Beach Area, Sunway Lagoon Theme Park~ tapi ada kelainan sikit kali ini. Nak tahu kena tunggu la raya nanti ek~

Mereka akan bergandingan dengan pengacara Melodi masa kini iaitu Fara Fauzana dan Wahid Senario.
Tags: TV3
Tags: TV3Click on the following buttons to share this article with your friends:
Baca artikel lain yang berkaitan:





September 10th, 2009 at 10:54 am
tak ape ape punya gambar………