in

Vanidah Imran, Jason Chong Dalam Drama Di Bawah Teduh Lazuardi

DI BAWAH TEDUH LAZUARDI : KISAH PELACUR YANG INGIN BERTAUBAT (TELEMOVIE KHAS RAMADAN) DI TV2
 
Radio Televisyen Malaysia (RTM) sememangnya tidak pernah gagal dalam menghidangkan telemovie-telemovie menarik yang menjadi pilihan seisi keluarga sepanjang tahun terutamanya menjelang sambutan perayaan yang disambut di negara kita. Malah telemovie disiarkan sarat dengan pengajaran yang mampu mencetuskan keinsafan di hati penonton.

3851175111 89B57E8F04 O | 4

Istimewanya dalam bulan Ramadan ini, RTM membawakan telemovie  Di Bawah Teduh Lazuardi terbitan Suhan Movies Sdn Bhd yang disiarkan 28 Ogos 2009, jam 3.00 petang di TV2 yang mengisahkan seorang wanita, Salimah yang sekian lama bergelumang dengan dosa nekad untuk meninggalkan pusat pelacuran tempatnya mencari makan. Salimah dihantui kekesalan di atas apa yang dilakukan. Dia berusaha untuk kembali ke jalan yang benar namun terpaksa berdepan dengan Jason yang berusaha menjejak Salimah supaya kembali ke lembah hina itu.

Menampilkan gandingan pelakon terkenal Vanidah Imran, Jason Chong, Linda Hashim dan Ghazali Buyong, plot cerita ini bermula apabila Salimah ingin menjadikan Ramadan yang baru tiba sebagai titik permulaan kehidupan barunya. Dia tekad meninggalkan pusat pelacuran yang dijadikan tempat kegiatan oleh sindiket memperdagang tubuh wanita yang dijalankan oleh Nora, Mary dan Jason Lee. Kehilangan Salimah pada satu malam menimbulkan kemarahan pemilik pusat pelacuran tersebut, Nora dan Mary.

3851970240 6A5Bfc2Ecb O | 5

Nora dan Mary mengarahkan orang-orangnya mencari Salimah. Lebih-lebih lagi, pelanggan tetap Salimah, Kadir mengugut Nora dan Mary kerana dia sudah mengeluarkan duit yang banyak untuk melanggan Salimah. Nora dan Mary mengarahkan Jason mencari Salimah.

Salimah pulang ke kampung untuk bersama ibunya, Maimunah yang dipanggil makcik Munah oleh orang kampung, dan dua orang adiknya, Saleha dan Amirul. Kegiatan Salimah di Kuala Lumpur tidak diketahui ibunya dan orang kampung yang lain. Salimah memberi alasan dia berhenti kerja kerana ingin bersama ibunya dan berjanji akan mencari pekerjaan selepas hari raya nanti. Mak cik Munah percaya kata-kata anaknya.

Salimah benar-benar insaf dan ingin bertaubat. Dia juga ingin menambah ilmu agama sebagai bekalan menjadi manusia beriman. Salimah mengambil langkah untuk belajar membaca al Quran dengan lebih mendalam dari Hajah Fatimah, seorang yang pandai dalam pelbagai ilmu agama. Di mata Hajah Fatimah, Salimah seorang gadis yang baik dan memiliki pekerti terpuji. Salimah sentiasa menafikan dia seorang gadis yang baik seperti disangka Hajah Fatimah.

Salimah sebenarnya selalu bermurung mengingati dosa dan kesalahan masa lalu yang dilakukannya. Ada kalanya Salimah hilang pertimbangan dan trauma mengenangkan dosanya. Apabila bersolat tarawih di surau, Salimah merasakan dia tidak layak berada di situ kerana dirinya yang kotor dan bernoda. Adiknya, Saleha selalu nampak Salimah berkelakuan pelik. Bagaimanapun Salimah selalu menafikan dia berkelakuan pelik.

3851970420 Db48A4A0D0 O | 6
 
Sebagai seorang guru agama, Hajah Fatimah akhirnya dapat membaca gelodak jiwa Salimah. Salimah yang selalu bertanya hal-hal agama, terutama yang berkaitan dosa dan pahala, bertanya Salimah apa masalah yang sedang dihadapinya. Salimah akhirnya bercerita kepada HAJJAH Fatimah tentang masa lalunya. HAJJAH Fatimah tidak menunjukkan kebencian sebaliknya memberi motivasi supaya Salimah terus memohon keampunan ALLAH.

Jason pula akhirnya dapat menjejaki Salimah di kampung. Jason berusaha untuk berjumpa Salimah dan memaksa mengikutnya pulang ke Kuala Lumpur. Jason sentiasa memerhatikan Salimah di masjid dan mencari peluang untuk berjumpa Salimah. Bagaimanapun setiap kali tiba di depan masjid, hati Jason berubah menjadi lembut dan kemarahannya terhadap Salimah menghilang perlahan-lahan.

Sebaliknya bacaan ayat-ayat suci al Quran dari masjid dan solat yang dilakukan oleh orang kampung, membuatkan hati Jason tenang. Akhirnya Jason bukan lagi datang ke masjid untuk menemui Salimah, sebaliknya semata-mata mahu mendengar bacaan ayat-ayat suci al Quran dan mengikuti solat tarawih tersebut.

Nora dan Mary selalu mendesak Jason mencari Salimah. Jason memberi alasan dia belum berjumpa Salimah. Jason tiba-tiba berubah. Dia jarang ke pusat pelacuran dan tidak mahu melayan Mary yang sentiasa menggodanya. Hati Jason tertarik untuk mendalami Islam. Jason menghabiskan masa melayari internet di rumah, membaca tentang Islam dan artikel-artikel mengenai Islam. Jason juga sering mendengar bacaan al Quran dari internet ketika bersendirian di rumah.

3851970532 27C238Dfbf O | 7

Lalu apakah yang kesudahan yang terjadi dalam pencarian Salimah ke jalan yang diredhai Allah? Dapatkah dia melarikan diri daripada orang-orang yang menjejak kehilangannya itu? Apa pula yang terjadi pada Jason yang hatinya telah terpaut dengan agama Islam? Berjayakah dia menemui insan yang sudi membimbingnya? Justeru usah ketinggalan menonton Di Bawah Teduh Lazuardi yang disiarkan 28 Ogos 2009, jam 3.00 petang di TV2.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Aizat, Butterfly, Fauziah Ahmad Daud di Rakaman Melodi Raya 2009

Lirik Lagu Kelibat Si Penyair Lan and The Typewriter