Home HOME | My Events | My Youtube | My Merchandise | My Jurnal | Pipicomel | Foto Blog | Advertise Here | Contact Me











ABDUL MUTALIF ABU BAKAR KAREOGRAFER



ABDUL MUTALIF ABU BAKAR
Koreografer

Berasal dari Negeri Sembilan dan dibesarkan di Singapura. Mula menggarap ilmu seni tari seawal tahun 1985.

Bermula sebagai Artis Budaya di Yayasan Negeri Sembilan pada 1988, Mutalif kemudiannya mengembangkan bakat tarinya bersama Badan Kebudayaan Petronas dari 1991-1995. Seterusnya, menerima tawaran sebagai Artis Budaya di Kompleks Budaya Negara (kini Istana Budaya) sejak tahun 1995 – 2003. Berbekalkan pengalaman, kemahiran, bakat serta kebolehan dalam bidang seni tari, beliau telah dilantik sebagai Jurulatih Tari (Koreografer) di Istana Budaya sejak 2003 hingga sekarang.

Karyawan tari yang aktif dan berkarisma ini sering juga memegang watak penting dalam beberapa persembahan pentas. Antara pementasan teater yang pernah melibatkan beliau seperti Cindai, Ulu Melaka, Julies Ceaser, Bangsawan Siti Zubaidah (2000), Bangsawan Tengku Anum (2002), Puteri Hang Li Po (2004) dan Puteri Gunung Ledang the Musical (2006).

Bakat lakonan Mutalif bukan sahaja terserlah di pentas teater, malah pernah berlakon dalam beberapa drama rantaian (bersiri) di layar TV serta pernah terlibat dalam penerbitan klip video Puteri Gunung Ledang.

Selain melatih Badan Kebudayaan Sibu Island Resort di Mersing, Johor, beliau pernah menyelaras program kejurulatihan tari untuk melatih kumpulan kesenian Malaysia di Frankfurt, Jerman.

Sepanjang kerjaya seninya, Mutalif turut berbangga apabila beliau terpilih mewakili Malaysia dalam projek seni tari peringkat negara-negara ASEAN, iaitu menyertai COCI ASEAN Flagship Vovage – Realizing Rama, di mana beliau bukan sahaja berpeluang membuat persembahan di negara-negara ASEAN, malah Asia Pasifik dan Eropah.

Tags:

Comments

comments

Powered by Facebook Comments



Click on the following buttons to share this article with your friends:





Baca artikel lain yang berkaitan:
  • Peraduan Menangi Terapi Kesihatan Tubuh AsterSpring
  • Gambar Perkahwinan Pengulas Sukan TV3 Abu Bakar Atan
  • Senarai Juri Anugerah Industri Muzik AIM18
  • Kes Cerai Anne Ngasri
  • Filem Jalan Pintas Lakonan Bront Palarae, Zahiril Adzim
  • Azrinaz Mazhar Hakim & Sultan Brunei Bercerai
  • Gambar Amy Search Bertemu Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat
  • Rita Rudaini dan Aidil Zafuan Nikah
  • Senarai Pelakon Teater Muzikal Terima Kasih Cinta
  • Gambar Dato’ Siti Nurhaliza Bertemu Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat



  • =========================
    SEGALA KOMEN YANG DITULIS ATAS TANGGUNGJAWAB DAN RISIKO ANDA SENDIRI. PIHAK BUDIEY.COM TIDAK BERTANGGUNGJAWAB ATAS SEBARANG KOMEN YANG DITULIS OLEH PEMBACA. HARAP MAKLUM

    Sila tinggalkan komen anda di sini:































































































































































































































































































    Sensasi Selebriti
    proudly hosted & sponsored
    by SERVERFREAK