in

1Malaysia Kuala Lumpur Heritage Xplorace 2012

HADIAH KESELURUHAN BERNILAI LEBIH DARIPADA RM25,000.00 UNTUK DIMENANGI OLEH 530 PESERTA BERSEMPENA
“1MALAYSIA KUALA LUMPUR HERITAGE XPLORACE 2012”

Hari ini, Menara Kuala Lumpur dengan kerjasama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan Jabatan Warisan Negara menganjurkan “1MALAYSIA KUALA LUMPUR HERITAGE XPLORACE 2012” buat kali kedua semenjak ianya diperkenakan pada 2011.

Acara yang penuh mencabar, berinformatif dan menguji minda ini membawa peserta menjelajah di seluruh kawasan Segitiga Emas dan persekitaran Kuala Lumpur sejauh 15 kilometer dengan menerokai “12 check point” untuk mencari jawapan bagi soalan-soalan yang berkaitan dengan budaya dan warisan.

1MALAYSIA KUALA LUMPUR HERITAGE XPLORACE

“Objektif utama acara ini di adakan adalah bagi memperkenalkan dan mempromosikan tempat-tempat warisan yang terdapat di Kuala Lumpur khususnya di samping memberikan kesedaran kepada semua rakyat Malaysia terutamanya generasi muda agar menanamkan rasa cinta kepada negara di dalam menghargai dan memperkayakan hasil warisan negeri. Kerana di zaman yang serba moden ini, ramai anak muda yang lupa akan warisan yang kita ada, tapi bak kata pepatah “ warisan, patah tumbuh hilang tak berganti” kata YBhg Dato’ Zuraidah Hj Mohd Said, Ketua Pegawai Eksekutif, Menara Kuala Lumpur.

“Kami berasa amat berbangga dengan sambutan yang amat menggalakkan dan penerimaan hebat daripada para pecinta warisan negara daripada semua peringkat umur di mana sasaran kami untuk mencapai 250 penyertaan telah berjaya dilaksanakan dan atas permintaan yang berterusan kami membuka 15 lagi penyertaan tambahan menjadikan jumlah penyertaan keseluruhan sebanyak 265 kumpulan” tambah beliau lagi.

Menara Kuala Lumpur turut mendapat sokongan dan kerjasama daripada Jabatan Warisan Negara di dalam penyediaan soalan-soalan yang berkaitan dengan warisan dan sejarah di bandaraya Kuala Lumpur.

Jabatan Warisan Negara adalah merupakan sebuah organisasi di bawah Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan dimana ianya bertanggungjawab memelihara dan mengekalkan warisan negara seperti yang termaktub di dalam Akta Warisan Kebangsaan 2005.

Bandaraya Kuala Lumpur adalah merupakan kota warisan yang menyimpan khazanah warisan negara walaupun ianya pesat membangun dan dikenali hingga ke serata dunia.

Kategori yang dipertandingkan ialah Kategori Terbuka dan hadiah-hadiah yang ditawarkan lebih daripada RM25,000.00 secara keseluruhannya yang berupa wang tunai, Iphone4s, Ipad2 dan sijil penyertaan serta hamper untuk para pemenang.

“1Malaysia Kuala Lumpur Heritage Xplorace 2012” telah mendapat tajaan daripada Jabatan Warisan Negara, Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Telekom Malaysia Berhad, Menara Alor Setar, Muzium Telekom, Nurul Izzah Catering, Syauqi Enterprise, Nestle House Sdn Bhd, FELDA D’Saji Sdn Bhd, F&N Coca Cola (M) Sdn Bhd (100plus), Celebrity Fitness, FAMA, Adabi, Enrico’s Sdn Bhd (Hi Top), Popeyes Malaysia, Gardenia Bakeries (KL) Sdn Bhd, Perniagaan Mohamad, Harta Maintenance Sdn Bhd, Petronas Dagangan Berhad dan Media Hiburan.

Menara Kuala Lumpur yang terletak di puncak Bukit Nanas merupakan Menara ke-6 tertinggi di dunia. Berdiri megah pada paras 421 meter di tengah ibukota Kuala Lumpur, ia dilengkapi dengan pelbagai kemudahan menarik antaranya pelantar pemandangan, restoran berputar, kafe, gerai cenderamata, perkhidmatan shuttle serta kemudahan bagi meletak kenderaan. Ianya dibuka setiap hari dari jam 9.00 pagi sehingga 10.00 malam. Pakej ke Pelantar Pemandangan termasuk KL Tower Animal Zone, F1 Simulator dan Pony Ride berharga RM 40.00 untuk dewasa manakala kanak – kanak ialah RM30.00.

Menara Kuala Lumpur juga merupakan ahli ‘The World Federation of Great Towers’, iaitu sebuah persekutuan yang dianggotai oleh 32 menara terkenal di dunia. Bermula 2007, dengan pengalamannya dalam mengendalikan Menara, Menara Kuala Lumpur kini menguruskan Muzium Telekomunikasi dan Menara Alor Setar. Muzium Telekomunikasi ini merupakan muzium interaktif pertama di Malaysia dan menawarkan Program Outreach dimana program ini mengutamakan pelajar dan remaja yang berminat untuk menyertai aktiviti-aktiviti luar. Di samping itu ianya juga menawarkan pengalaman kepada semua untuk merasai pengalaman perkhidmatan jalur lebar Unifi TM.

Sementara itu, Menara Alor Setar dengan ketinggian 165.5 meter adalah pusat pelancongan utama dan mercutanda kebanggaan Negeri Kedah Darul Aman.

1MALAYSIA KUALA LUMPUR HERITAGE XPLORACE

1MALAYSIA KUALA LUMPUR HERITAGE XPLORACE

FLAG OFF_YBhg Senator Datuk Maglin Dennis DCruz_YBhg Datuk Halim Shafie_YBhg Dato' Zuraidah Hj Mohd Said_YBhg Datuk Hj. Mhd. Amin Nordin b Abd. Aziz

FLAG OFF

FLAG OFF 1

AKTIVITI YANG DIJALANKAN

1MALAYSIA KUALA LUMPUR HERITAGE XPLORACE

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Sinopsis Trilogi Filem LORD OF THE RINGS Yang Anda Harus Tahu

AC Mizal Heroes Up for An Intergalactic Adventure Guest Starring in Ben 10 TM