in , ,

Zahirah Macwilson Sarat Hamil 8 Bulan, Perut Nampak Kecil Jadi Bualan Netizen

Umum sedia maklum bahawa pelakon popular, Zahirah MacWilson bakal bersalin dimana dia dan suami, Aiman Hakim Ridza telah berada di Australia bagi menyambut kehadiran zuriat pertama di sisi keluarga.

Walau bagaimanapun, penampilan pelakon berusia 25 tahun itu yang kekal cantik dan langsung tidak menunjukkan perubahan berat badan telah mendapat pujian netizen.

Menerusi laman Instagram miliknya, pelakon filem Curi-Curi Cinta itu telah berkongsi gambar Oufit Of The Day (OOTD) dirinya yang sedang hamil lapan bulan.

Zahirah Macwilson Sarat Hamil 8 Bulan, Perut Nampak Kecil Jadi Bualan
Dah 8 bulan masih lagi slim

Walaupun mengakui beratnya bertambah hampir 10 kilogram sepanjang proses kehamilan, namun dia tetap kelihatan langsing dan cantik seperti sebelum ini.

Perkongsian gambar tersebut meraih pelbagai reaksi netizen yang mengatakan bahawa perut Zahirah yang sarat hamil sama seperti mereka ketika hamil empat bulan.

Dalam pada itu, rata-rata warganet turut mendoakan agar proses kehamilan dan bersalin nanti akan dipermudahkan kelak.

Pada penghujung Oktober lalu, Zahirah dan suaminya terbang ke Australia dan menjalani kuarantin selama dua minggu terlebih dahulu sebelum pulang ke rumah ibunya di Perth.

Zahirah Macwilson Sarat Hamil 8 Bulan, Perut Nampak Kecil Jadi Bualan

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

ABPBH 33 Penanda Aras Baharu Program Anugerah Tempatan

tony fernandes airasia-2020

BigPay Tawar Pinjaman Kepada Golongan Pendapatan Rendah, Tiada Kemudahan Perbankan