in ,

Youtuber Dedah 15 Kesilapan Dalam Dokumentari Kontroversi Al-Jazeera

Sekitar 2 minggu lepas, satu laporan dokumentari daripada stesen televisyen luar negara , Al Jazeera yang berjudul Locked Up In Malaysia’s Lockdown telah mendatangkan kemarahan rakyat Malaysia.

Lebih-lebih lagi apabila ada pekerja warga asing yang menetap di negara ini ‘buka cerita’ terhadap cara layanan kerajaan Malaysia terhadap golongan sepertinya. Disebabkan itu satu saluran YouTube dari Amerika Syarikat Other Side Of Truth membongkar setiap perincian terhadap dokumentari itu, menjelaskan 15 perkara-perkara  ‘auta’ yang terkandung dalam dokumentari itu.

YouTuber dari negara tersebut yang dikenali sebagai Dr Dustin Pfundheller ini menjelaskan bahawa Al Jazeera memaparkan gambaran yang tidak tepat tentang negara Malaysia, lapor, mStar.

Al Jazeera membuat laporan tidak seimbang terhadap Malaysia. Saya kecewa lihat banyak kesilapan dalam video oleh syarikat besar itu,”

– Dr Dustin Pfundheller

Dalam pada itu, Dustin juga menegaskan bahawa banyak perkara yang memberi kesan kepada Malaysia sehingga berjaya menangani Covid-19.

Disebabkan itu, Dustin menyenaraikan 15 perkara yang menunjukkan ‘kesalahan’ pada dokumentari itu.

  • Tidak pernah berkata perkara baik mengenai Malaysia.
  • Tidak faham sepenuhnya bagaimana untuk memerangi Covid-19.
  • Mencampur-adukkan pekerja asing yang datang secara sah dan pekerja asing tanpa izin.
  • Memaparkan laporan tidak tepat seperti kanak-kanak digari dan sebagainya.
  • Lupa bahawa rakyat Malaysia turut berhadapan saat getir berhadapan Covid-19.
  • Memaparkan kononnya pekerja asing digari dan dibiarkan di bawah terik mentari.
  • Tidak pernah mengakui hakikat warga asing tanpa izin membawa risiko jangkitan Covid-19 yang tinggi terhadap Malaysia.
  • Mendakwa rakyat Malaysia enggan melakukan pekerjaan yang dibuat oleh warga asing.
  • Berlakon seolah-olah pekerja asing tanpa izin merupakan mangsa.
  • Tidak membuat liputan mengenai negara-negara lain yang lebih bersifat perkauman terhadap warga asing.
  • Memberi gambaran tidak tepat mengenai perkauman di Malaysia.
  • Membuat aduan kononnya menteri tidak memberikan respons untuk ditemubual.
  • Menutup ruangan komen bagi dokumentari di YouTube mereka.
  • Mahu masuk ke kawasan yang terdedah dengan jangkitan Covid-19.
  • Membuat rakaman dan mengambil gambar di kawasan keselamatan termasuklah anggota polis dan tentera.

Video ini kini menjadi bualan hangat netizen dan rata-rata memberikan ucapan terima kasih atas pencerahan tersebut.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Johan As’ari Buat Persiapan Kahwin dengan Letty

EJEN ALI THE MOVIE Bertanding di Festival Filem Berprestij Antarabangsa