in ,

Yello Hotel Paskal Bandung Yang Murah & Meriah!

Bandung di Indonesia memang terkenal sebagai salah satu kota pelancongan paling popular di kalangan rakyat Malaysia. Setiap hari , bandar ini bukan sahaja dipenuhi dengan kemasukan para penduduk dari Jakarta, tapi juga para pengunjung dari Malaysia dan Singapura.

Sesuai dengan industri pelancongannya yang terus berkembang, jumlah hotel juga semakin banyak di kota ini. Walaubagaimanapun hanya terdapat beberapa hotel di sini yang dapat memberikan kemudahan dari segi lokasi ke pusat membeli-belah, tempat-tempat makan dan juga pusat pengangkutan. Salah satu hotel yang dimaksudkan adalah hotel jenama Yello yang semakin hari semakin mendapat tempat di sana.

Facade2 Copy

Kedudukan Strategik Untuk Yang Suka Shopping

Berbekalkan kedudukan strategik yang terletak sangat dekat dengan stesen keretapi dan lapangan terbang Bandung serta kawasan membeli-belah, hotel Yello Paskal Bandung ini pastinya menjadi pilihan tepat buat mereka yang mahukan kemudahan semasa melawat kota Bandung.

Malah, pengunjung yang turun di stesen keretapi Bandung boleh berjalan kaki ke hotel ini dan jarak waktu dari stesen ke hotel tidak sampai 10 minit! Pusat membeli-belah Paskal juga terletak di dalam bangunan yang sama dan ini adalah untuk kemudahan pengunjung.

Welcome Cup1 Copy

Selain itu hotel ini memberikan perkhidmatan terbaik buat para pengunjungnya. Dilengkapi dengan bilik-bilik yang cantik dan bersambung dengan kemudahan internet wi-fi, pelanggan diberi kebebasan untuk memilih penginapan yang sesuai.


Kesemua bilik mengikuti tema ceria jenama hotel ini yang menggunakan warna kuning sebagai warna utama.

Di samping senireka dalamannya yang cantik, hotel ini juga sangat sesuai bagi mereka yang berkeluarga kerana ia mempunyai kemudahan-kemudahan seperti kolam renang, dan semestinya restoran yang menyajikan pelbagai pilihan makanan enak seperti makanan tempatan dan juga hidangan antarabangsa. 

Swimming Pool 2 Edit Copy

Hotel ini juga memaparkan banyak hasil seni lukisan pelukis tempatan dan antarabangsa yang juga menjadi tempat kegemaran untuk mengambil gambar kerana senirekanya yang menarik.

Ia juga menawarkan perkhidmatan-perkhidmatan lain seperti ruangan khas bagi tujuan mesyuarat, seminar, ruangan bermain permainan video, dan juga sebuah netzone untuk melayari internet.

Kesimpulannya, hotel Yello Paskal Bandung memang harus dikunjungi sekiranya anda mahukan kesenangan sewaktu berlibur di Bandung kerana ia menawarkan hanya yang terbaik buat setiap pengunjung pada harga yang amat berpatutan!

Ulasan ini ditulis oleh: Shah Shamshiri
Transit Lobby2 Copy
Resto1 Copy
Mural7 Copy

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Uchop Ahmad Harap Tuah ABADI KASIHKU

Penginapan Ceria Di Hotel Yello Harmoni Jakarta