in , ,

Uchop Ahmad Harap Tuah ABADI KASIHKU

Walaupun bergelar juara Vokal Bukan Sekadar Rupa musim kedua (2012), nasib belum menyebelahi Uchop Ahmad, 34, apabila masih bergelut mencipta nama dalam industri muzik tanah air.

Pernah hadir dengan dua single, Kasih , Jujurlah Padanya dan tanpa dendam, namanya seakan-akan tenggelam begitu sahaja. Pantang undur sebelum berjuang, Uchop atau nama sebenarnya, Mohamad Yusof Ahmad terus bekerja keras dan kini tampil dengan single 7, Abadi Kasihku ciptaan sepenuhnya Joe dari kumpulan Slash.

Uchop Ahmad Harap Tuah ABADI KASIHKU

Sebelum menyertai Vokal Bukan Sekadar Rupa, Uchop terlebih dahulu dinobatkan sebagai juara pertandingan Twistiest Bingit dan Suara Jati.

“Meskipun sudah beberapa kali menggondol gelaran juara, kerjaya seni saya bergerak perlahan.

“Namun ia tidak melemahkan semangat saya. Apa juga rintangan akan saya lalui dengan tenang. Saya yakin dengan sokongan dan bantuan orang sekeliling, usaha saya pasti berhasil satu hari nanti,”

– Uchop Ahmad

Uchop berharap agar kemunculannya untuk single terbaharu ini memberi harapan baru kepadanya untuk membuktikan uchop mampu bersaing dengan penyanyi muda masa kini.

Mengenai Single “Abadi kasihku ”Lagu ini  di tulis sepenuhnya oleh Joe Slash yang berkonsepkan “poprock” manakala liriknya pula berkisar tentang kekesalan seorang kekasih kerana mensia-siakan keikhlasan dan kejujuran kekasihnya walaupun pernah melalui saat-saat indah bersama sehingga akhirnya dia ditinggalkan.

Akhirnya dia menyedari bahawa cinta yang sejati itu hanya akan diperolehi dengan mengabadikan kasihnya pada Maha Pencipta.

Muzik Video lagu ini telah dilancarkan di youtube Astakona entertainment dan telah mencecah lebih 50,000 tonton ketika ini. Muzik Video boleh di layari di https://youtu.be/XO3SDbtmWPE 

Uchop Ahmad Harap Tuah ABADI KASIHKU


Astakona Entertainment
Astakona Entertainment  adalah satu-satunya syarikat rakaman bumiputra yang baru saja beroperasi 2 tahun lalu dan telah mempunyai artis di bawah naunganya seperti kumpulan slash,Kumpulan Maynine,Aina Mentor dan Uchop Ahmad sendiri.

Uchop Ahmad Harap Tuah ABADI KASIHKU

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Elizabeth Tan Nyanyi Lagu Berhantu HIDUP SEMULA OST Filem MISTERI DILAILA

Yello Hotel Paskal Bandung Yang Murah & Meriah!