in , ,

Wanita Cantik Malaysia, Indonesia dan India Dalam BEAUTY REWARDS

Bukan sahaja memiliki rupa paras menawan sebalik 13 bekas ratu cantik dalam program bertajuk “Beauty Rewards”disiarkan Radio Televisyen Malaysia (RTM) mulai 1 Ogos lalu, setiap Khamis, pukul 9.30 pagi menerusi saluran TV Okeymemberikan inspirasi kepada penonton tip pemilihan fesyen sesuai digayakan dalam sesebuah majlis yang dihadiri.

Program dihoskan oleh Thanuja Ananthan, seorang peragawati dan bekas ratu cantik ini menariknya turut menjalani penggambaran dan mengundang tetamu dalam dan luar negara dengan menemubual peragawati popular antaranya dari India dan Indonesia yang akan berkongsi maklumat dan tip tentang fesyen dan kecantikan yang diamalkan oleh mereka. Setiap episod juga dibahagikan kepada tiga segmen iaitu ‘Beauty In You’, ‘Magic Touch’ dan ‘Check it Out’. 

Segmen ‘Beauty In You’ dalam episod pengenalan program ini menjemput Kiran Jassal, bekas ratu cantik Miss Malaysia Universe 2016 dan juga seorang pelajar dalam bidang pergigian, berkongsi pengalaman beliau sebagai seorang ratu cantik dan juga tip kecantikan yang diamalkan untuk menjaga kecantikan. Menyusul segmen ‘Magic Touch’ Kiran Jassal menunjuk ajar resipi membuat “mask” muka daripada yogurt, kunyit dan limau. Ia diakhiri dengan ‘Check It Out’ dimana Thanuja memberi panduan dan tip dalam pemilihan baju serta aksesori yang sesuai untuk dipakai dalam sesuatu majlis.

poster Beauty Rewards di TV Okey

Kenali personaliti Ramona Zamzam, seorang artis dan selebriti, berkongsi maklumat tentang kerjaya dan juga pengalaman beliau sebagai seorang ibu. Beliau juga berkongsi tip-tip kecantikan yang diamalkan oleh beliau untuk menjaga kecantikan. Ramona menunjuk ajar resipi membuat “mask” muka daripada tomato, madu dan limau. Hos rancangan turut memberi tip pemilihan warna baju untuk pakaian pejabat atau sesuatu majlis.

Jauh ke New Delhi, India, Thanuja mengundang Divya Kapoor, seorang peragawati dari India berkongsi maklumat kerjaya beliau dan panduan kecantikan yang diamalkan untuk menjaga kecantikan beliau. Dalam segmen berikutnya Divya menunjuk ajar resipi membuat “scrub” untuk melembutkan tapak kaki yang diperbuat dari “multani mitti”, garam, kunyit, dan limau yang selalu diamalkan beliau di rumah.  Hos turut memberi panduan dalam pemilihan kasut dan beg buatan India yang sesuai untuk sesuatu majlis.

Ikuti perkongsian rahsia kecantikan Adeline Tsen, seorang artis dan selebriti dari Sabah, berkongsi maklumat tentang kerjaya beliau dan pengalaman sebagai penyanyi. Adeline menunjuk ajar resipi membuat “mask” rambut dari dadih, telur, jus limau dan minyak zaitun. Beliau menggunakan “mask” ini untuk menjaga kecantikan rambut beliau. Ada juga tip dalam pemilihan aksesori yang unik dan “trendy”.

Istimewa dalam episod seterusnya Thanuja melawat Jakarta, Indonesia menemui Karina Syahna, ratu cantik Indonesia yang telah memenangi “Miss Jakarta 2017”. Thanuja berkongsi maklumat tentang kerjaya beliau sebagai seorang guru tarian dan tip-tip kecantikan yang beliau amalkan. Segmen ‘Magic Touch’ menonjolkan Karina menyediakan resipi jamu “kunyit asam”. Beliau selalu minum minuman ini untuk menjaga kecantikan dan mengawal berat badan beliau. ‘Check It Out’ turut memaparkan hos rancangan memberi panduan dan tip-tip dalam pemilihan aksesori yang boleh dipadankan dengan sesuatu pakaian.

Ikuti perkongsian menarik dengan figura bernama Marianny Ismail, peragawati yang juga naib johan “Mrs Malaysia 2018” berkongsi maklumat tentang kerjaya beliau sebagai seorang pakar geologi Petroleum dan juga berkongsi tip-tip kecantikan yang diamalkan oleh beliau untuk menjaga kecantikannya. Dalam segmen berikutnya Marianny menunjuk ajar resipi membuat “mask” muka “baking soda”, “apple cider” dan madu. 

Episod lapan menonjolkan hos melawat New Delhi, India bertemu Neha Talwar, seorang ratu cantik pemenang “Mrs Prim Proper India 2018” berkongsi maklumat tentang kerjaya beliau dan juga pengalaman beliau sebagai ibu kepada dua orang anak. Turut dikongsikan tip kecantikan yang diamalkan oleh beliau. Hos program turut memberi panduan dalam pemilihan pakaian tradisi India yang sesuai untuk dipakai di sesuatu majlis.

Pengisian episod 11 kenali Vanessa Thevi, seorang bekas ratu cantik yang telah memenangi “Miss Universe Malaysia 2016” berkongsi maklumat tentang kerjaya beliau. Pastinya ada tip kecantikan yang diamalkan oleh beliau untuk menjaga kecantikannya. Dalam segmen berikutnya, Vanessa menunjuk ajar resipi membuat “mask” muka yang diperbuat dari gula, madu dan minyak badam. Turut diberikan panduan memilih pelbagai jenis kasut dan beg untuk pejabat atau sesuatu majlis.

Thanuja turut meluangkan masa melawat New Delhi, India bersama-sama Nishi Bhardwaj, seorang peragawati dan ratu cantik yang telah memenangi “Miss Earth India 2018” berkongsi maklumat tentang kerjaya dan kecantikan beliau. Dalam episod ini, Nishi menunjuk ajar resipi membuat “mask” dan “cleanser”. Beliau membuat “mask” dengan serbuk agar-agar dan teh hijau. Seterusnya beliau menyediakan “cleanser” yang diperbuat dengan “lemon” dan air bunga ros. Beliau menggunakan kedua-dua produk ini untuk menjaga kecantikan muka dan badan beliau. Hos rancangan melawat Sarojini Nagar dan memberi tip memilih barang-barang kemas tradisi.

Akhir sekali bersama-sama Carey Ng, seorang bekas ratu cantik yang telah memenangi “Miss Universe Malaysia 2013” berkongsi maklumat tentang kerjaya beliau dan pengalaman beliau sebagai seorang ibu. Beliau juga berkongsi tip-tip kecantikan yang diamalkan oleh beliau untuk menjaga kecantikannya. Dalam program ini, Carey menyediakan resipi membuat “mask” dengan kunyit, yogurt, serbuk kopi dan minyak kelapa. 

Luangkan masa menyaksikan keseluruhan episod program ini di TV Okey. 

Ramona Zamzam…antara tetamu

Bagi mereka yang tidak sempat untuk menonton di TV, mereka berpeluang menontonnya menerusi portal online, Myklik (myklik.rtm.gov.my). Rancangan ini juga dapat ditonton melalui rtm mobile. Muat turun aplikasinya di Google Play dan App Store.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Eiffel Juara Musim Pertama Ceria Megastar Ministar 2019

Delimawati Terkejut Jadi Calon Top 5 ABPBH 32