in , ,

LoveLove HAHAHA!HAHAHA! OMG!OMG! WinWin

Delimawati Terkejut Jadi Calon Top 5 ABPBH 32

Tahniah buat Kak Limah yang berjaya memboloskan diri dalam senarai Top 5 Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-32. Semoga sukses!

Selepas tiga dekad berada dalam bidang seni, pelakon, Delimawati Ismail, 61, menerima kejutan terbesar apabila dipilih peminat sebagai calon Top 5 Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) 32.

Tersenarai buat julung kali, bintang Hantu Kak Limah itu tidak menyangka menjadi pilihan penggemar seni hiburan untuk sama-sama menjadi calon akhir anugerah berlandaskan populariti terbabit.

Hantu Kak Limah Mendapat Kutipan Tertinggi Di Hari Pembukaan

“Ketika pihak penganjur menghubungi saya untuk mengundang ke majlis pengumuman Top 5 ABPBH 32, saya memang sangat terkejut. Apatah lagi inilah kali pertama nama saya dicalonkan dalam anugerah anjuran akhbar BH ini.

“Saya memang tak sangka, maklumlah sudah berumur. Takut juga melihat saingan dalam kategori Pelakon Filem Wanita Popular. Mereka semuanya muda,”

– Delimawati

Delimawati bakal bersaing dengan Erra Fazira, Mira Filzah, Hannah Delisha dan Uqasha Senrose.

Katanya, berikutan peminat Hantu Kak Limah daripada pelbagai peringkat usia, dia menyimpan sedikit harapan untuk menggenggam trofi kategori itu.

“Siapa yang tidak mengharap? Apabila sudah dicalonkan, pastinya kita mahu menang. Apatah lagi semua orang tahu, bukan mudah nak layak ke peringkat Top 5. Rasanya, sudah tiba masa saya menang,”

– Delimawati

Beliau ditemui semasa hadir di majlis pengumuman Top 5 ABPBH 32 yang berlangsung di Tamu Hotel & Suites, di sini.

Delimawati akui, impak watak Kak Limah dalam karya arahan Mamat Khalid sangat kuat, membolehkannya diterima ramai sehingga kini.

“Saya percaya, mereka yang mengundi saya bukan sahaja orang Perak, tetapi seluruh peminat Hantu Kak Limah. Anak saya sendiri asyik memainkan filem sama sehingga rosak,”

– Delimawati

Menceburi dunia lakonan pada 1987, nama Delimawati mula dikenali menerusi telefilem, Rombongan Cik Kiah Ke Sukan Komanwel, juga arahan Mamat, setahun kemudian.

Filem HANTU KAK LIMAH

Janji Delimawati, andai rezeki kemenangan berpihak kepadanya, dia takkan menaikkan bayarannya.

“Artis lama kita bukan seperti bintang Hollywood. Di sana, lagi berusia lagi mahal bayarannya.

Di sini, jika meletakkan harga tinggi, kita langsung tidak dipanggil berlakon. Begitu juga apabila menang anugerah, ada produser risau nak berikan kerja.

“Dalam soal bayaran, biarlah ia berpatutan, sesuai dengan persembahan diberikan.

Begitupun, jika terlalu sedikit, saya memang akan menolaknya kerana saya mahu bekerja dengan ikhlas. Kalau hati tidak ikhlas menerima bayaran diberikan, baik tak payah buat,”

– Delimawati

Beliau meluahkan rasa kesyukuran apabila terus menerima tawaran lakonan sehingga kini.

Sumber: Berita Harian

What do you think?

73 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Wanita Cantik Malaysia, Indonesia dan India Dalam BEAUTY REWARDS

Tiket Konsert Exists Reunion Habis Terjual dalam Tempoh 48 Jam