in ,

Eiffel Juara Musim Pertama Ceria Megastar Ministar 2019

Tahniah buat peserta dari Sabah, Eiffel yang muncul sebagai juara musim pertama program Ceria Megastar Ministar 2019 pada konsert akhir yang berlangsung semalam di Studio 1 Astro, Bukit Jalil.

Persembahan serta nyanyian penuh bertenaga melayakkan peserta dari Sabah, Eiffel muncul sebagai juara musim pertama program Ceria Megastar Ministar 2019 pada konsert akhir di Studio 1 Astro, Bukit Jalil, sebentar tadi.

Kemenangan itu sekali gus melayakkan Eiffel atau nama sebenarnya Eiffel Paul Pailus, 13, membawa pulang hadiah wang tunai RM 25,000 dan sebuah trofi.

Tahniah

Bagi saingan akhir itu, Eiffel menyampaikan lagu Talking To The Moon dari Bruno Mars dan Bohemian Rhapsody dari Queen.

Naib juara pula milik Feli Stacy Paimin, 12, atau Cici yang juga kelahiran Sabah manakala tempat ketiga, Muhammad Aliff Idham, 13.

Masing-masing menerima wang tunai RM10,000 beserta trofi.

Anak kelahiran Negeri Sembilan, Qasrina Putri Adrianna Abdullah atau Putri, 10, pula hanya mampu meletakkan dirinya di tempat keempat yang membawa pulang sebuah trofi.

Pada konsert final, keempat-empat peserta  membuat dua persembahan iaitu solo dan battle.

Namun, hanya Cici dan Eiffel saja yang layak untuk peringkat battle tersebut.

Menerusi segmen itu kedua-duanya membawakan lagu Drama dari Drama Band yang turut dibantu vokalis kumpulan itu, Aepul Roza.

Ceria Megastar Ministar 2019 merupakan rancangan realiti nyanyian kanak-kanak dari Astro Ceria.

Program itu dihoskan oleh pengacara dan pelakon, Nabil Ahmad.

Manakala, pengacara nombor satu negara, Datuk Aznil Nawawi dan pelawak dan pelakon, Zizan Razak bertindak sebagai juri tetap.

Untuk konsert final ini, penyanyi Mas Idayu diundang sebagai juri jemputan.

Konsert itu turut dimeriahkan dengan persembahan artis-artis popular tanah air seperti Hael Husaini, Haqiem Rusli dan Andi Bernadee menerusi persembahan pembukaan lagu We Will Rock You dari Queen.

Semasa sidang media, Konsert Akhir Ceria Megastar Ministar 2019, Datuk Aznil Nawawi melalui Yayasan Pesona yang dinaunginya telah menyumbangkan wang pembelanjaan sebanyak RM5,000 kepada Putri, anak kelahiran Negeri Sembilan. Putri yang mendengar hasrat murni Pak Nil dilihat mengalir air mata sebak dan terharu. Mulianya hati Pak Nil. Syukur alhamdulilah. Untuk info, Putri hanya mampu meletakkan dirinya di tempat keempat yang membawa pulang sebuah trofi. 

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Sinopsis Drama KAU YANG PERTAMA Lakonan Fikry Ibrahim & Farah Nabilah

Wanita Cantik Malaysia, Indonesia dan India Dalam BEAUTY REWARDS