in , ,

Vocal Vogue Mila, Marsha, Candy, Ebi, Sahri di Planet Hollywood

Konsert Mila & Frens di Planet Hollywood pada 25 Ogos lalu dimulakan dengan lagu Let’s Dance Together, sebuah lagu rancak yang bikin penonton ikut sama goyang-goyangan menghangat pentas. Dengan paduan vokal Mila, Candy, Marsha, Ebi dan Sahri lagu ini menjadi satu hype konsert persis alam remaja yang meriangkan sekali dihiasi dengan tarian bersyncronize dari 5 bintang kelahiran realiti TV ini. Kemudian, Mila tanpa dibantu oleh rakan-rakannya mendendangkan rangkaian lagu-lagu dari Ratu Rock Malaysia, Ella dengan menggabungkan karakter Mila bersama seni rock muzik Ella. Lagu yang memang masak dengan minda peminat Mila, Layar Impian, Nuri, Sembilu dan Kasih pada Budiey kesemua lagu itu adalah antara lagu-lagu kenangan yang tak bisa lenyap dari ingatan. Saya membesar dengan lagu Ella dan apabila Mila membawa dengan gaya pukulan vokalnya yang sungguh gemersik, saya kira satu penghargaan buat generasi yang beransur senja dan kertu untuk Ratu Rock yang satu ini. Bukan niat untuk meniru gaya Ella, Mila punya jiwa yang asli dan diakui Mila juga meminati Ella. Usai sudah lagu Ella, tanpa henti peminat masih berdiri dan menanti satu impak yang bisa diingati hingga pulang, Mila membawa lagu Seksis dengan menjemput seorang peminat lelaki yang mungkin antara kawan rapat Mila. Lihat peminat ini sudah biasa dan mesra dengan Mila malah tidak segan-segan bergaya dengan lakonan si suami ala sempoinya bersama Mila. Suara Mila agak tenggelam timbul mungkin muzik yang agak kuat. Kekadang lagu rancak seperti lagu Seksis andai tidak cukup stamina bisa semput jadinya. Tapi yang penting, saya lihat Mila begitu enjoy kerana peminatnya turut menyanyi seiringan.

Lagu Ada Cinta, sebuah lagu romantis dari filem Love is Cinta dengan suara asal Irwansyah dan Acha menggamit kenangan ketika aksi trademark duet Mila bersama Ebi bertukar mikrofon dalam lagu My Heart. Ebi yang bikin kejutan dengan membawa sekuntum bunga ros merah lambang cinta suci buat Mila memukau penonton dengan suara jantannya. Nampak mereka ini berjaya dikeneng-keneng macam dah real diorang ni bercinta. Padahal takde pun sebenarnya. Mila mengaku yang yang dia dan Ebi cuma kawan biasa. Ebi kemudiannya mengambil pentas dengan menyanyi lagu Maroon Five, This Love. Marsha yang tampil cantik bak bidadari petang itu sempat mengusik Ebi dan Mila. Lagu yang dinyanyikan Marsha, Cant Take My Eyes of You memang sesuai sekali dengan range vokal pesona bak bintang yang ingin kembali bersinar. Ye lah, saya pun lama betul tidak mendengan cerita tentang Marsha… oh lupa, saya selalu sahaja menyamakan Linda dengan Marsha kerana rupa dan range vokal kedua anak dara dari Sabah ini lebih kurang sama. Kemana agaknya Linda ya. Kalau Marsha selalu tengok dalam iklan Nivea… ramai yang mengatakan Marsha semakin kelihatan cantik jelita dan pandai pula bergaya. Lagu Cinta (lagu duet Melly Goeslow bersama Krisdayanti) menyatukan vokal nyaring Candy dan gemersik milik Mila. Wow! Saya memang suka dengan lagu ini apatah lagi masing-masing seakan ingin bertanding vokal siapa yang paling power

Candy mengalih tempat dengan lagu Demam, sebuah lagu rancak yang catchy pernah dibawa di konsert akhir AF5. Seterusnya, Mila mengalih peminat dengan sebuah lagu Inggeris yang tengah hits masakini, Umbrella. Sesuai dengan keadaan hujan di luar ketika itu. Kata Mila, bawalah payung sebelum hujan. Kalau tidak nanti akan demam. Eh! Sekarang ni musim orang demam dan batuk-batuk kan? So, pada korang, jagalah kesihatan tu baik-baik ya. Selepas Mila menari Ella Eh Eh Eh Ella Ella bagai nak rak dan runtuh pentas sama peminat, giliran Sahri pula muncul dengan buah tangan terbarunya, lagu Tinggallah Sayang. Sebuah lagu pop balada yang mungkin akan menjadi hits (kalau ada rezeki Sahri) selepas lagu Memori Bahagia. Penuh perasaan Sahri nyanyi sehingga saya tidak sedar rupanya lagu ini adalah ciptaan Azam Dungun dan Hazami. Memang tipikal kerana dengar pada melodinya pun saya tahu ini datang dari signature komposer Hazami. Mila kemudian berduet bersama juara AF yang ke-4 iaitu Faizal dalam lagu Sembunyi. Persembahan Faizal biasa-biasa sahajalah.

Sempena semangat merdeka, kesemua bintang memenuhi pentas untuk mendendangkan medley lagu Allahyarham Sudirman Hj Arshad iaitu Salam Terakhir, Warisan dan Chow Kit Road. Untuk lagu terakhir, Mila kemudiannya tidak sah kalau tidak membawa lagu yang membawanya ke gelaran Juara AF yang ke-lima iaitu Persis Mutiara. Pada saya, Mila adalah antara bintang juara yang bertuah kerana tidak sampai setahun bergelar juara, Mila sudah dapat melakukan show gigs nya di Planet Hollywood. Siapa tahu lepas ni Mila tampil di konsert yang lebih bersifat mega kan? Tanggungjawab dan harapan yang disandang nampaknya tidak dipersiakan oleh gadis yang baru sahaja menerima Toyota Vios baru ini kerana show Mila memang happening dan gempak dengan peminat Mila Da Vom. Korang memang vogue dan havoc giler!

[tags]mila, mila.com.my, gambar mila terbaru, gambar mila konsert planet hollywood, lagu mila, album terbaru mila, mika lagu download, mp3 mila af5, persis mutiara, ebi seksi, artis kahwin, awek bertudung, gambar mila bertudung, heliza bertudung, salima buang tudung, gambar salima teater, mp3 lagu melly Let’s Dance Together, jalang bukit antarabangsa, bukit damansara, cewek cowok jijik, minah rempit jijik, milawazzup.com, laman web mila, video youtube ella jojie kapal, suck indon, peristiwa semalam, ditangkap khalwat, emel dafi, lagu dafi terbaru bila terasa rindu mp3 download, sahri lagu terbaru tinggallah sayang, gambar sahri, profile sahri, foto linda onn dan  fahrin mandi, gambar fatin, heliza gossip boyfren wadi, gambar kakak heliza seksi pramugari airasia, hero drama melayu, jue aziz, juliana aziz, Malaywood, pasangan ebi, perempuan melayu ranjang malam pertama, seks rambang, macbook secondhand, seks artis tangkap basah, pelakon tangkap basah, gossip dafi gay selangor3gp video, ako mustapha, artis kahwin, awek bertudung, bukit antarabangsa, toyota vios, bukit damansara, cewek indon, dirogol, ditangkap khalwat, emel dafi, fahrin, fatin, heliza, hero drama apa kata hati, histeria, artis biseksual, candy, cokelat, marsha hot, gambar seksi marsha nivea, gossip marsha, mimi rahzia, pelakon mimi rahzia, rahsia siti jaga suara suami [/tags]

Sahri

Mimi Rahzia

Apa yang dibuat oleh model dan pelakon Mimi Rahzia ni? Mmm… datang pula dengan Cikgu Adnan Abu Hassan lak tu. Gossip jangan tak gossip!

Gassip

Marsha

Anuar Zain

Mila

Mila

Terbitan Astro

Gambar Tenaga Pengajar Af

Lantang Vokal Budak Af

Sahri Budak Af

Candy

Candy yang seksi manis dengan vokal lantang.

Ebi

Ebi, mengingatkan daku pada gambar tak berbaju yang seksi hot yang tersebar di internet tak lama dulu. Ebi masih dengan vokal garau jantannya.

Ebi Mila

Romantiknya gaya mereka masa mendendangkan lagu Ada Cinta (lagu tema filem Love is Cinta dari Acha & Irwan), siap bagi kejutan dengan memberi sekuntum bunga ros merah buat Mila. So sweet giler diorang ni. Tetapi Mila nampak terlalu rendah sangat buat Ebi yang tinggi lampai ni. Diorang cuma kawan saje pun.

Gambar Mila

Gambar Mila

Ebi

Mimi Rahzia

Mimi Rahzia, pelakon dan model pun turut sama datang duk semeja dengan tenaga pengajar Adnan Abu Hassan

Mila

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Penyanyi Dangdut, Haiza & Norhanapfe Omar Kahwin

Sesi Fotografi Raya Pelakon Drama Kerana Cintaku Saerah