in , ,

Penyanyi Dangdut, Haiza & Norhanapfe Omar Kahwin

Penyanyi dangdut, Rohaizah Nordin atau Haiza penyanyi lagu Dag Dig Dug dan boyfriendnya, Norhanapfe Omar bernikah di Masjid Temenggung Daeng Abdul Rahman di Pontian Sabtu lepas.

Kedua-duanya berusia 27 tahun kelihatan anggun memakai baju kerawang kuning susu ketika upacara akad nikah disempurnakan oleh Naib Kadi Mukim Benut, Hussain Abdul Rahman.

Dengan hanya sekali lafaz, Norhanapfe sah menjadi suami Haiza, yang turut menerima mas kahwin RM22.50 dalam bentuk bunga emas beserta wang hantaran RM22,178.

Rombongan lelaki membawa 13 dulang hantaran yang digubah istimewa oleh rakan artis yang merupakan teman baik Haiza, Jaafar Onn dan dibalas 15 oleh pengantin perempuan.

Selama lima tahun kami berkenalan dan seterusnya mengikat tali pertunangan iaitu kira-kira setahun lima bulan, ternyata suami Haiza sentiasa memahami kerjanya.

Haiza akan pulang ke Kuala Lumpur pada hari ini dan akan mula mengadakan persembahan di Kedah pada 2 September iaitu sehari selepas majlis persandingan di rumah pengantin lelaki di Bukit Baru, Melaka.

Majlis persandingan di Kuala Lumpur akan diadakan di Pusat Konvensyen Sime Darby (SDCC), Bukit Kiara pada 5 September ini.

Kepada Haiza, selamat pengantin baru.

Gambar Haiza
Haiza Wedding
Haiza Dangdut

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Hans Isaac | 20

Betul Ke Fasha Sandha & Hans Isaac Sedang Hangat Bercinta?

Ebi Kornelis | 21

Vocal Vogue Mila, Marsha, Candy, Ebi, Sahri di Planet Hollywood