in , ,

Marsha Milan & Hazama Bergabung Dalam Single Terbaharu ILUSI

Dua penyanyi popular tanah air yang berbeza genre, Marsha Milan dan Hazama, muncul dengan single terbaharu mereka iaitu ILUSI.

Paduan suara kedua-dua penyanyi yang berlainan genre ini sangat sesuai dengan lagu yang dihasilkan oleh komposer berbakat iaitu Iqie Hugh, Shazriq Azeman dan Omar K. ILUSI yang berkonsep pop dan diselitkan dengan elemen rock ini boleh didengari di saluran rasmi YouTube Alternate Records & Talents, bermula 24 Februari 2023 pada pukul 9 malam. 

Finalis Anugerah Juara Lagu Ke 37 (AJL 37), Marsha Milan atau nama sebenarnya Marsha Milan Londoh berasa teruja apabila dapat berkolaborasi buat pertama kalinya dengan Hazama yang merupakan seorang penyanyi, penulis lagu, pemuzik dan pelakon terkenal.

Menurut Marsha Milan, “Saya sangat teruja kerana berpeluang membawa lagu genre sebegini iaitu campuran pop rock dan mempunyai keunikan yang sangat berbeza daripada genre sebelum. Lagu ILUSI ini sememangnya berlainan daripada lagu yang pernah saya bawakan seperti Cinta dan Kembali Terang. 

Marsha X Hazama - Ilusi

“Lagu ILUSI ini mentafsirkan tentang kisah percintaan yang dialami seseorang. Ramai yang tidak berani untuk meluahkan perasaan cinta mereka kepada orang yang diminati. Perasaan yang tidak kesampaian itu membuatkan mereka berimaginasi seolah-oleh mereka bercinta. Dari situ mulalah timbul ILUSI yang dalam diri mereka.”

Sementara itu, menurut Hazama, “Saya rasa ramai orang tidak tahu apa itu ilusi. Sebenarnya, ilusi telah dilakukan oleh semua orang kerana semua orang pernah bermimpi. Ilusi itu sebenarnya dilakukan untuk menenangkan diri dan menggembirakan hati kita. Tidak salah berilusi jika ia membuatkan kita lebih tenang dan gembira.”

Lagu ILUSI merupakan runut bunyi kepada drama bersiri Metro Crime Series yang akan disiarkan di portal penstriman dan aplikasi Tonton.

Drama ini merupakan adaptasi kisah fiksyen yang diilhamkan dari kes-kes jenayah berprofil tinggi yang pernah berlaku di Malaysia. Dibintangi oleh Zahirah Macwilson, Aloy Paradoks, Mustaqim Bahadon, Chew Kin Wah dan ramai lagi. 

Lagu Ilusi ini boleh mula didengari di semua pelantar digital kegemaran dan lirik video di tonton di saluran Youtube Alternate Records & Talents bermula 24 Februari 2023. 

Turut disertakan adalah lirik lagu Ilusi:

Komposer: Iqie Hugh, Shazriq Azeman & Omar K

Lirik: Iqie Hugh, Shazriq Azeman  & Omar K

Produser Muzik: Omar K&Iqie Hugh 

Verse1:

Sayang ku

Aku keliru

Dengan sifat mu

Bayang ku 

Mengekori mu 

Dan memburu

Pre Chorus: 

Kau hidangku kesempatan

Serukan persoalan

Ku bisikkan keindahan

Dengarlah 

Chorus:

Puasku berdiam

Aku ditelan dalam kau yang kelam

Kini jelas ku dalami, ku hampiri 

Cinta yang berduri 

Dan akan ku tawan 

Tiada lagi bayangan igauan

Kini jelas ku tewaskan, ku lemaskan 

Cinta berilusi

Verse2:

Mata mu 

Meragui ku

Kerna ku tahu

Langkah mu 

mampu ku hidu 

Niat kamu

Bridge:

Makin ku berlari

Makin ku dekati

Semuakan ku akhiri 

Makin ku sedari

Makin ku mengerti

Terbongkarlah cinta mu yang misteri 

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Festival Muzik ‘Soundcircus Weekender’ Kini Berlangsung Dua Hari!

Istana Budaya Lancar Senarai Program Menarik Untuk Tahun 2023