in

Sembang Santai Terbaharu RTM, #twittwit Secara Langsung

Saksikan secara langsung “#twittwit”, sebuah rancangan terbaharu sembang santai terbitan Unit Hiburan TV RTM di TV2. Anda juga boleh saksikan #twittwit secara langsung di Facebook:Hiburan TV RTM; & berkomunikasi secara live di Twitter:hibtvrtm; dan dapatkan update terkini di Instagram:Hiburan TV RTM.

twittwit

Sembang Santai Terbaharu RTM, “#twittwit” Secara Langsung Di TV2

Bersama pengacara anda empat hari berturut-turut dalam seminggu iaitu Sonic Hussien (Isnin), Jeed Zulkipli (Selasa), Nadhir Nordin (Rabu) dan Doria Rachel Dolly (Khamis), pukul 4.30 petang di TV2 yang pasti membuatkan petang anda sentiasa ceria.

Program santai ini berkongsi mengetengahkan topik berbeza dan terkini sesuai dengan perkembangan isu semasa dalam setiap episod siarannya. Ada juga kupasan topik kekeluargaan yang cuba dibincangkan bersama penonton setia RTM.

Istimewanya dalam setiap episod juga mengundang artis popular mengupas topik dipilih antaranya Tomok dengan topik permata hati, dan Aiman Tino pula berkongsi pengisian tajuk salah sangka.

Ikuti banyak lagi perkongsian isu dan artis jemputan popular ini di TV2.

setiap Rabu bersama Nadhir Nordin

Bagi mereka yang tidak sempat untuk menonton di TV, mereka berpeluang menontonnya menerusi portal online, Myklik (myklik.rtm.gov.my). Rancangan ini juga dapat ditonton melalui rtm mobile. Muat turun aplikasinya di Google Play dan App Store.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Webist Solution Ubah Industri Pemasaran Digital Malaysia

Bicarawara SERUAN HAJI di TV1