in

Bicarawara SERUAN HAJI di TV1

Benarlah orang kata, walaupun kita mempunyai berjuta wang ringgit, tubuh yang kuat dan sihat, jika tidak diizinkan oleh Allah, tidak akan sampai juga ke tanah suci. Tetapi, jika nama kita telah terpilih sebagai tetamunya, walaupun satu sen pun tiada, pasti tiada siapa yang dapat menghalang.

Kekurangan keupayaan diri bukan menjadi penghalang untuk menyempurnakan ibadah haji, rukun Islam kelima. Apatahlagi bagi golongan yang sihat tubuh badan dan berkemampuan. Terpilih sebagai tetamu Allah untuk menunaikan ibadah haji, pastinya ia merupakan peluang terbaik untuk melaksanakan ibadah itu sebaik mungkin.

SERUAN HAJI

Bicarawara “Seruan Haji” mulai 11 hingga 24 Julai Ini, di TV1

Tahun ini Radio Televisyen Malaysia (RTM) menyiarkan program bicarawara bertajuk “Seruan Haji” yang membincangankan hal-hal yang berkaitan dengan urusan ibadah Haji. Mengandungi tiga segmen utama iaitu pra haji, bimbingan dan tip kepada bakal jemaah dan pengalaman haji, program terbitan JAKIM ini pastinya dinanti-nantikan penonton setia RTM setiap kali tibanya musim haji.

Menampilkan pengacara Ustaz Nabil Ahmad dan Ustaz Nazrul Izwan Zolkiflee, 14 episod program ini disiarkan berturut-turut mulai 11 hingga 24 Julai ini, pukul 6.30 petang menerusi saluran TV1.

Menariknya ia akan menyelami kisah masyarakat bagaimana kesusahan serta kesungguhan mereka untuk menunaikan ibadah haji. Turut dikongsikan juga pengalaman jemaah haji yang terdahulu ketika berada di tanah suci.

Saksikan segmen pertama, ‘pra haji’ yang menemubual responden yang bakal mengerjakan haji pada tahun ini berkongsi keterujaan dan kisah di sebalik suka duka mereka sebelum nama mereka diumumkan terpilih menjadi tetamu Allah tahun ini. Begitu juga persiapan yang dilakukan mereka.

Diikuti segmen kedua berkaitan bimbingan dan tip kepada bakal jemaah daripada panel yang telah dilantik oleh pihak Tabung Haji. Ia pastinya berguna dijadikan panduan mereka sepanjang menunaikan ibadah haji.

Segmen terakhir pengalaman haji yang menceritakan pengalaman daripada responden yang telah mengerjakan haji pada tahun lepas. Pastinya pengalaman mereka berguna kepada bakal Jemaah haji yang bakal berangkat menunaikan ibadah tersebut tahun ini.

SERUAN HAJI

SERUAN HAJI

SERUAN HAJI

SERUAN HAJI

Bagi mereka yang tidak sempat untuk menonton di TV, mereka berpeluang menontonnya menerusi portal online, Myklik (myklik.rtm.gov.my). Rancangan ini juga dapat ditonton melalui rtm mobile. Muat turun aplikasinya di Google Play dan App Store.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Sembang Santai Terbaharu RTM, #twittwit Secara Langsung

Siri Inggeris Sains Fiksi, HUMANS DI TV2