in

Versatiliti Jadi Taruhan Tomok Cari Peserta MENTOR MILENIA

Usai sesi uji bakat yang telah diadakan di Kota Kinabalu, Sabah pada 10 dan 11 Disember yang lepas, Mentor Milenia 2017 meneruskan lagi misi pencarian protégé di Sri Pentas, Bandar Utama pada hujung minggu lalu yang dimulai dengan mentor Tomok.

Untuk Mentor Milenia 2017, Tomok mengambil alih tempat Azlan bagi melengkapkan empat kerusi mentor bergandingan dengan Black, Hazama, Akim. Walaupun baru pertama kali menjadi mentor, ujibakat Tomok mendapat sambutan hangat apabila dihadiri lebih 200 orang peserta yang telah berlangsung pada 17 & 18 Disember lalu.

Tomok

Versatiliti Jadi Taruhan Tomok

Menurut Tomok, beliau amat terkejut dengan sambutan yang sangat menggalakkan pada hari pertama sesi uji bakat tersebut. “Saya telah berada di Sri Pentas ini sejak pagi tadi dan ramai yang telah beratur untuk mendaftarkan diri bagi menyertai sesi uji bakat hari ini. Saya sebenarnya berasa gementar kerana ini merupakan kali pertama saya dipilih untuk menjadi mentor dan bersaing dengan rakan-rakan saya seperti Black, Hazama dan Akim yang hebat dalam bidang masing-masing.”

“Oleh itu, saya perlu fokus untuk mencari protégé yang mampu memberikan saingan kepada yang lain kerana bagi saya, Mentor Milenia adalah sebuah program realiti mengenai protégé. Tugas saya sebagai mentor adalah untuk memberi tunjuk ajar dan mengasah bakat terpendam anak didik saya.”

Salah satu peserta sesi uji bakat yang cuba menunjukkan bakatnya

Selain itu, Tomok turut mengulas bahawa dia mencari peserta yang bukan sahaja mampu menyampaikan lagu dengan bagus, anak didiknya itu perlu menitik beratkan emosi, penyampaian, dan gaya persembahan yang dapat menjadi daya tarikan ketika di atas pentas.

“Saya tidak kisah jika seseorang itu tiada pengalaman dalam bidang nyanyian, apa yang penting jika dia seorang penyanyi yang bagus dan dia berani untuk mencuba sesuatu yang baharu, saya akan memberi 100% tunjuk ajar dan mengasah lagi bakat anak didik saya selaku mentor,” tambah Tomok lagi.

Tomok juga mengharapkan agar ramai lagi anak-anak muda yang akan datang untuk memberi sokongan kepada program Mentor Milenia untuk cuba menunjukkan bakat mereka yang terpendam.

Peserta-peserta uji bakat yang menunggu giliran masing-masing

Protege yang layak memasuki gelanggang Mentor Milenia seharusnya memiliki kriteria yang dicari iaitu berusia antara 17 – 21 tahun, warganegara Malaysia yang memiliki bakat menyanyi berserta vokal mantap dan mempunyai pakej lengkap, berjaya memikat tumpuan Mentor yang menjadi pilihan mereka, menyanyi secara solo, tidak terikat dengan sebarang kontrak dan boleh memberikan sepenuh komitmen terhadap program Mentor Milenia.

Peserta yang menghadiri uji bakat mesti membawa kad pengenalan, gambar berukuran pasport atau 3R dan membawa minus one lagu-lagu yang bakal mereka persembahkan untuk penilaian Mentor pilihan mereka.

Bagi para peserta yang berminat untuk menjadi protégé kepada penyanyi idola masing-masing, bolehlah menghadiri ke sesi uji bakat yang akan diadakan seperti berikut:

Tarikh Mentor Lokasi
24 & 25 Disember 2016 Black Theatrette,

Sri Pentas, Bandar Utama

31 Disember 2016 & 1 Januari 2017 Akim
7 & 8 Januari 2017 Hazama

Mentor Milenia bakal menemui penonton TV3 bermula 5 Februari 2017 pada setiap hari Ahad, pukul 9.00 – 11.00 malam dan Jurnal Mentor Milenia juga akan bersiaran pada 12 Februari 2017, setiap Ahad, pukul 6.00 petang.

Lebih menarik lagi, mereka yang berminat untuk menyertai sesi ujibakat juga boleh memuat naikkan rakaman video nyanyian di laman sosial Instagram dengan menggunakan hashtag #Mentor serta #MentorMilenia.

Antara peserta lelaki yang layak ke peringkat ujibakat yang seterusnya

Sebagai contoh, #MentorAkim #MentorMilenia atau #MentorTomok #MentorMilenia. Peserta yang berjaya menambat hati mentor pilihan akan menerima mesej peribadi layak hadir ke sesi ujibakat yang seterusnya.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari laman web www.tv3.com.my/mentormilenia dan ikuti juga laman sosial Facebook, Twitter, Youtube dan Instagram TV3 iaitu @TV3Malaysia dan gunakan hashtag #MentorMilenia untuk menghangatkan lagi perbualan tentang program ini di laman media sosial.

Penonton yang terlepas menyaksikan program ini juga boleh menontonnya melalui laman sesawang tonton di www.tonton.com.my

Anak-anak muda yang telah datang untuk memberi sokongan kepada program Mentor Milenia dan cuba menunjukkan bakat mereka yang terpendam.

Salah satu peserta uji bakat Mentor Milenia 2017 yang diadakan pada hujung minggu yang lepas

Salah satu peserta wanita yang berjaya ke peringkat uji bakat yang seterusnya

Salah satu peserta wanita yang telah menghadiri sesi uji bakat pada minggu lepas

Tomok dan Azmeer selaku penasihat turut memberi nasihat untuk menjadi seorang penyanyi yang bagus kepada peserta uji bakat

Tomok mencari protégé yang mampu memberikan saingan kepada yang lain

Tomok selaku mentor baharu bagi Mentor Milenia 2017

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

OJA & TUNABLE BAND Muncul Dengan Single CUKUP SEKALI

Yang Korang Boleh Tonton di Sambutan Tahun Baru 2017