in , ,

Senarai 10 Peserta Mentor Milenia 2019

10 Protege Terbaik Sudah Dipilih! Saksikan Mereka Di Pentas Mentor Milenia 2019!

Setelah tiga episod ditayangkan, program realiti Mentor Milenia yang mencari bakat-bakat baharu untuk menjadi penghibur berjaya dan berkemampuan di dunia seni sudah senaraikan siapa protege bagi para mentor Black, Hazama, Akim, Stacy dan Ernie Zakri

Mentor Milenia yang menampilkan format terbaharu ini pastinya memberikan saingan paling sengit antara protege-protege terpilih dan pada masa sama memberikan tanggungjawap berat kepada kelima-lima mentor berpengalaman ini.

Format baharu yang diperkenalkan pada musim ini mencabar para mentor kerana mereka perlu berebut untuk mendapatkan protege yang mereka inginkan, tetapi pilihan tetap di tangan bakal protege.

Dari 20 bakal protege yang kami sudah senarai pendekkan, kini kami sudah mendapat 10 protege yang akan bertanding di pentas Mentor Milenia mulai 27 Oktober ini,”

Muhamad Sufian Isa selaku Penerbit Eksekutif Mentor Milenia.

10 protege bertuah yang terpilih untuk mewarnai pentas Mentor Milenia kali ini adalah :

PROTEGE MENTOR STACY

Remy Manaf Mentor Milenia 2019
REMY MANAF
NAMA SEBENAR: ABDUL AMIR ARIFF BIN ABDUL MANAF
UMUR: 22
ASAL: SELANGOR
Rika Riana Mentor Milenia 2019
RIKA RIANA
NAMA SEBENAR: ERIKA RIANTY ANTHONY
UMUR: 19
ASAL: SABAH

PROTEGE MENTOR HAZAMA

Apex Tajudin Mentor Milenia 2019
APEX TAJUDIN
NAMA SEBENAR: AHMAD AMIRUL HAFIZI BIN AHMAD TADJUDDIN
UMUR: 23
ASAL: TERENGGANU
Arayn Malik Mentor Milenia 2019
ARAYN MALIK
NAMA SEBENAR: AMEERUL SOLIHIN ARIFFIN BIN MALEK
UMUR: 22
ASAL: JOHOR

PROTEGE MENTOR AKIM AHMAD

Sharee Lopes Mentor Milenia 2019
SHAREE LOPES
NAMA SEBENAR: SARIFAH NOOR HASMAH BINTI SYED HASSIM
UMUR: 19
ASAL: SABAH
Ryan Que Mentor Milenia 2019
RYAN QUE
NAMA SEBENAR: NAZRUL FHAD SULAIMAN BIN FAHMI
UMUR: 20
ASAL: SELANGOR

PROTEGE MENTOR ERNIE ZAKRI

Daus Husny Mentor Milenia 2019
DAUS HUSNY
NAMA SEBENAR: MUHAMMAD FIRDAUS BIN ABDUL RAFI
UMUR: 20
ASAL: JOHOR
Yazrul Arrep Mentor Milenia 2019
YAZRUL ARREP
NAMA SEBENAR: MOHD YUZRUL BIN ABDUL LATIP
UMUR: 21
ASAL: SARAWAK

PROTEGE MENTOR BLACK

Aedy Kama Mentor Milenia 2019
AEDY KAMA
NAMA SEBENAR: MUHAMMAD AIDIL BIN KAMARULZAMAN
UMUR: 22
ASAL: KUALA LUMPUR
Bulan Mentor Milenia 2019
BULAN
NAMA SEBENAR: MUHAMAD ASYRAFF BIN MOHD ZAMANI
UMUR: 20
ASAL: SELANGOR

Juri profesional yang terpilih untuk Mentor Milenia kali ini terdiri daripada mereka yang sangat berpengalaman dalam bidang hiburan iaitu Altimet dan Datuk Syafinaz. 

Pemarkahan para protege pada musim ini dibahagi kepada dua iaitu markah persembahan 60% dari pihak juri profesional dan 40% undian awam. Undian boleh dibuat menerusi laman sesawang https://www.xtra.com.my/mentormilenia

Juara Mentor Milenia tahun ini akan menerima hadiah wang tunai bernilai RM100,000 berserta trofi Mentor Milenia 2019. Selain itu, juara juga bakal mendapat lagu debut ciptaan salah seorang komposer ternama di Malaysia, lengkap berserta video muzik serta dijadikan OST drama di TV3.

Pemenang juga akan menerima waktu promosi televisyen dan radio bernilai RM500,000 dan dokumentari pendek kisah mereka sepanjang di Mentor Milenia untuk disiarkan di saluran YouTube TV3.

Mentor Milenia dibawa khas oleh penaja utama KFC, Sedap Hingga Menjilat Jari dan penaja bersama, OPPO A9 2020, 48MP Kuad Kamera, 8GB RAM + 128GB ROM.  

Pihak produksi Mentor Milenia 2019 diketuai oleh Muhamad Sufian Isa selaku Penerbit Eksekutif dan Aeizul Reeza Bin Ismail selaku Penerbit.

Saksikan Mentor Milenia setiap hari Ahad, pukul 9.00 – 11.30 malam selama 10 episod dan dihoskan oleh Shuk Sahar, Elly Mazlein dan Zetty (Hot FM). Untuk maklumat lanjut, boleh ke laman sesawang http://www.xtra.com.my/mentormilenia.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Peraduan Menangi Merchandise Filem CHARLIE’S ANGELS

Pengembaraan Gastronomik Menanti Anda di Karnival Cahaya Bintang