in , , ,

Protege Hazama, Apex Tajudin Muncul Juara Mentor Milenia 2019

Protege kepada Hazama iaitu Apex Tajudin telah muncul sebagai juara Mentor Milenia 2019 dalam aksi final yang berlangsung malam tadi. Tahniah diucapkan!

Peserta dari Terengganu itu berjaya menewaskan tiga lagi peserta iaitu Daus Husny, Aedy Kama dan Rika Riana. Pada aksi final yang berlangsung di Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Apex Tajudin tampil dengan persembahan yang cukup memberangsangkan menerusi lagu Merisik Khabar (solo) dan Fantasia Bulan Madu & Langit Dan Bumi (duet bersama mentor).

Apex

Dengan kejayaan tersebut, Apek yang muncul sebagai juara membawa pulang hadiah wang tunai RM100,000 serta trofi dan dua motorsikal jenama Benelli RFS150i.

Daus Husny (Ernie Zakri) yang berpuas hati muncul naib juara pula membawa pulang RM40,000 dan trofi, manakala Aedy Kama (Black) mendapat tempat ketika meraih hadiah wang tunai RM20,000 dan trofi, manakala pemenang tempat ke-4 iaitu Rika Riana (Stacy) membawa pulang RM10,000 dan trofi.

Sebanyak 60 peratus markah yang kira adalah berdasarkan jumlah daripada tiga orang juri iaitu Datuk Syafinaz dan Altimet serta juri jemputan Faizal Tahir, 40 peratus pula adalah markah daripada undian awam. 

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

airasia

AirAsia Appoints Jun Aida to Head Airasia Japan

Anak Penyanyi Azian Mazwan Safuan Meninggal Dunia