in ,

The Princess Man Kisah Romeo & Juliet Versi Korea

Kisah Romeo dan Juliet Versi Korea Dalam The Princess Man Di TV2

Radio Televisyen Malaysia (RTM) menarik tumpuan peminat setia drama bersiri Korea dengan membawakan siri bertajuk The Princess Man yang berlatarkan kisah percintaan epik yang boleh dikategorikan sebagai versi Romeo dan Juliet berlaku dalam Dinasti Chosun.

Sepanjang 24 episod yang telah pun bermula siarannya mengisi slot Kristal, setiap Isnin hingga Khamis, jam 5.00 petang di TV2, ia berkongsi kisah sejarah romantik percintaan anak perempuan, Raja Sejo Lee SeRyung dan anak lelaki musuhnya, Kim musuhnya Jeong Seo Kim Seung Yoo yang dibawakan wataknya oleh pasangan pelakon terkenal Moon Chae-won dan Park Shi Hoo sebagai watak utama membintangi drama bersiri menarik ini.

THE PRINCESS' MAN

Kisahnya berkembang apabila berlaku pergolakan dalam hubungan percintaan tragis suka dan duka antara Puteri Seryeong anak kepada Putera Suyang dan cucunda kepada Kim Jong Seo bernama Seungyoo.

Seungyoo seorang lelaki yang kacak dan budiman manakala Puteri Seryeong pula seorang yang miliki sifat periang penuh keyakinan dan sifat yang ingin tahu serta berani. Pelbagai babak melucukan mahu pun menyedihkan yang berlaku dalam diri kedua-duanya.

Tanpa diduga takdir menentukan mereka jatuh cinta antara satu sama lain. Namun hubungan mereka mendapat tentangan hebat daripada keluarga kedua-dua pihak yang bermusuh sejak zaman dahulu lagi. Di sinilah bermulanya ujian dan cabaran bagi pasangan bercinta ini untuk membuktikan keutuhan cinta mereka samada benar-benar sejati atau sebaliknya.

Bagaimana pula situasi pihak keluarga yang menentang hubungan mereka? Dapatkah mereka tersenyum bahagia melihat penderitaan ditanggung anak mereka akibat percintaan dihalang oleh mereka?

Turut membintangi drama ini adalah Hong Soo-Hyun, Song Jong-Ho, Lee Min-woo, Kim Yeong-cheol dan
Lee Soon-jae.

Saksikan drama Korea terhebat hanya di TV2.

The-Princess’-Man04

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Aznil Nawawi & Suhaimi Sulaiman Hos ON AIR

Neelofa Dilantik Menjadi Duta Avon Terbaru