in

Aznil Nawawi & Suhaimi Sulaiman Hos ON AIR

Bagi membuka lembaran dan sinar baru untuk tahun 2012, Astro Ria dengan bangganya membawakan sebuah lagi konsep penerbitan terbaru yang bakal memberikan peluang kepada anak-anak muda generasi ini untuk diasah bakat mereka dalam bidang pengacaraan secara menyeluruh, bukan hanya mahir dalam satu genre program TV tetapi akan diberi pendedahan untuk mahir secara pakej total 360 darjah termasuk radio.

Peserta yang terpilih bagi program yang diberi nama ON AIR ini akan diberi bimbingan secara intensif oleh pengacara-pengacara TV professional yang tersohor, Aznil Hj Nawawi dan Suhaimi Sulaiman.

Satu sidang media akan diadakan pada minggu depan. Budiey akan kemaskini info ini secara lanjut selepas sidang media berlangsung.

Tahniah buat kedua pengacara ini.

Aznil Nawawi

Aznil Hj Nawawi

Suhaimi Sulaiman AWANI achor (compressed)

Suhaimi Sulaiman

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Selamat Ulangtahun 8TV Ke-8

The Princess Man Kisah Romeo & Juliet Versi Korea