in ,

Drama TERLARANG SUDAH RINDUKU Lakonan Atikah Suhaime & Amar Asyraf

Jangan disangka air yang tenang tiada buaya. Begitulah pepatah Melayu yang selalu mengingatkan kita untuk senantiasa berhati-hati untuk memilih kawan. Kawan yang baik akan membawa kita ke arah kehidupan yang baik, tetapi ada juga yang tidak pernah menghargai jasa baik sahabat sejati.

Ikuti kisah dua orang sahabat, Nina dan Erin yang memilih jalan hidup berbeza selepas tamat persekolahan dan melangkah ke cabaran hidup yang sebenar menerusi drama bersiri Terlarang Sudah Rinduku yang sedang bersiaran menerusi slot Azalea di TV3 bermula 7 September 2016 yang lepas.

Drama bersiri 20 episod terbitan Wiranusa Corporation Sdn. Bhd. merupakan arahan oleh Ismail Yaacob ini membariskan pelakon-pelakon popular seperti Atikah Suhaime, Amar Asyraf, Nina Iskandar, Afzan A.Rahman, Norhayati Taib, dan Azzahra Ahmad Kazan.

Terlarang Sudah Rinduku 4

Muslihat Kawan Rapat Yang Disangka Baik dalam Drama Bersiri TERLARANG SUDAH RINDUKU

Mengisahkan tentang dua sahabat iaitu Nina (Atikah Suhaime) dan Erin (Nina Iskandar) yang mempunyai dua perwatakan yang sangat berbeza. Erin terpaksa menumpang di rumah Nina setelah kematian ibunya. Keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Erin tidak memuaskan ekoran tertekan dengan kematian ibunya, manakala Nina pula mendapat keputusan yang membolehkannya untuk sambung belajar ke menara gading.

Nina dicintai oleh Irshad (Amar Asyraf), yang sanggup berhabis apa sahaja sehingga sanggup untuk Nina. Irshad juga sanggup untuk menanggung pembelajaran Nina di sebuah kolej swasta. Malangnya, Nina mula hanyut dan lupa diri apabila bertemu dengan Idham. Idham mampu memberi Nina kemewahan yang lebih banyak berbanding Irshad. Sejak daripada itu, segala kebaikan Irshad tidak lagi berkesan di hatinya dan lebih meyedihkan lagi, Nina sanggup memutuskan pertunangannya untuk bersama Idham.

Tindakan yang tidak berhati perut itu, membuat Irshad mula mendekati Erin dan akhirnya mereka mula jatuh cinta. Manakala, Nina pula menempah nasib malang kerana Idham merupakan seorang pengedar dadah tanpa dia ketahui. Erin yang sentiasa merisaukan dan sayangkan sahabatnya, Nina, sanggup melaporkan kegiatan Nina dan Idham kepada pihak polis dan akhirnya mereka ditangkap serta dipenjarakan.




Mak Enab, ibu kepada Nina dan Erin berharap agar hukuman penjara itu dapat memberi pengajaran kepada Nina namun harapan itu hanya angan-angan kerana tindakan Erin itu membuatkan Nina lebih membencinya dan berdendam. Selepas keluar dari penjara, Nina berdendam dan merancang untuk memusnahkan hubungan Erin dan Irshad sehingga berantakan.

Bagaimanakah cara Nina untuk memusnahkan hubungan sahabatnya? Adakah perancangannya berjaya untuk memisahkan mereka berdua? Ikuti perjalanan hidup Nina, Irshad, Erin dan Idham dalam Terlarang Sudah Rinduku pada setiap hari Isnin hingga Khamis jam 2.00 petang di slot Azalea, TV3 bermula 7 September 2016.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh melayari laman web www.tv3.com.my dan ikut info terkini di laman sosial Facebook, Twitter, Youtube dan Instagram TV3 iaitu @TV3Malaysia. Kahwin Muda juga telah mula disiarkan di portal video tonton, www.tonton.com.my menerusi Tonton First.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Rusdi Ramli Kini Jadi Pengarah Cuba Arah Drama TIGA TEMPAT KOSONG

CYRILL HASSAN

Peraduan Premiere With Budiey – Filem SHIN GODZILLA