in

Telemovie MENGAPAKU DISEKSA Lakonan Zul Huzaimy

RTM Siar Telemovie “Mengapaku Diseksa”, Pemenang Anugerah Khas Juri (Jiwa P.Ramlee), di TV2.

Anugerah Tribute P Ramlee anjuran Radio Televisyen Malaysia (RTM), Kumpulan Utusan dengan kerjasama Suhan Movies & Trading Sdn Bhd, itu adalah kali kedua diadakan bagi mengiktiraf 13 telefilem berdasarkan pengolahan daripada seni kata dan tajuk lagu Seniman Agung Allahyarham P Ramlee.

Pemilihan telefilem terbaik bagi Anugerah Tribute P Ramlee daripada semua telefilem yang disiarkan dalam slot ‘Tribute P Ramlee’ di saluran TV1 dibuat melalui penilaian juri profesional dan pengundian penonton.

Sebagai penghargaan kepada karya yang memenangi Anugerah Khas Juri Jiwa P.Ramlee menerusi Anugerah Tribute P.Ramlee yang berlangsung 19 April lalu, Radio Televisyen Malaysia (RTM) menyiarkan semula tayangan telemovie “Mengapaku Diseksa”.

Telemovie arahan dan lakonan Zul Huzaimy Marzuki yang turut mengungguli Penampilan Khas Terbaik menerusi pelakon Zakaria Yusof ini bakal menemui penonton pada 25 Mei ini, pukul 10.00 malam menerusi saluran TV2.

Ia mengisahkan persahabatan antara Budi (Zul Huzaimy) dan Indah (Linda Rafar) yang sama-sama meminati muzik.

Konflik berlaku apabila Budi yang sudah berkahwin dengan Indah mengalami kemalangan sehingga membuatkan Budi hilang separuh ingatan dan lumpuh anggota badan dari pinggang ke bawah.

Selepas beberapa bulan, keadaan Budi telah kembali pulih dan dia mampu menggubah lagu dengan dibantu oleh Ikhlas. Namun, kegembiraan Indah telah diluahkan kepada adik Budi, Ikhlas (Zul Handy Black).

Keadaan itu membuatkan Budi cemburu dan situasi semakin tegang sehingga banyak perkara berlaku.

Usah ketinggalan berkongsi konflik kekeluargaan yang realitinya ada terjadi kalangan masyarakat kita ini hanya di TV2.

– ### –

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Ratu Rock Ella Tidak Puas Bertemu Peminat di London

HBO Asia Bikin Drama Siri Seram HALFWORLDS