in ,

Ratu Rock Ella Tidak Puas Bertemu Peminat di London

Seperti yang dijanjikan pada jam 8 malam waktu London 23 Mei 2015, Ratu Rock Ella telah menghadiri Majlis Santai Bersama Ella di Restoran Melur yang terletak di 175A Edgware Road, Paddington, London W2 1ET. Seramai lebih kurang 50 orang peminat setia telah memenuhi ruang restoran untuk menonton persembahan Ella dan beramah mesra sambil berselfie dengan Ratu Rock Malaysia.

Lebih mengujakan lagi apabila antara tetamu yang turut hadir memeriahkan suasana ialah Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin serta penaja penerbangan rombongan kami iaitu Malaysia Airlines MAS.

Hidangan masakan menu selera Malaysia juga turut menjadi santapan kami, para media dan rombongan dari Universal Music Malaysia dan EMI serta krew produk pengambaran muzik video ISTIMEWAH. Semua yang dihidangkan memang sedap-sedap dan lazat semuanya. Terima kasih Restoran Melur di atas layanan kalian.

IMG_20150524_074904

Kalau nak tahu, tauke restoran ini adalah dari rakyat Malaysia yang merantau di London mengikuti ibu bapanya bekerja di sini. Orangnya masih lagi muda dan nampaknya, restoran yang diusahakan sangat berjaya.

Kita tinggal dulu pasal restoran kerana apa yang Budiey mahu ceritakan di sini adalah betapa Ella begitu merindui untuk bertemu peminatnya di Kota London. Kata Ella, kalau boleh dia mahu buat showcase yang lebih besar dan lebih ramai peminat yang tinggal di Kota London datang berhibur bersamanya.

Majlis bermula dengan kata aluan Haji Kamal sebagai emcee pada malam yang cukup santai itu. Selain memperkenalkan Ella kepada tetamu, emcee juga turut mengembalikan semula ingatan kita tentang siapa Ella sebenarnya. Dan tidak lama lagi, Ella khabarnya akan diraikan menjelang 30 tahun beliau bertapak dalam industri dunia hiburan tanahair.

Ella mempersembahan lagu yang cukup nostalgik berjudul LAYAR IMPIAN sebagai pembuka yang menghangatkan lagi suasana. Ternyata, lagu ini memang sudah sinonim untuk peminat Ella dan mereka yang hadir turut menyanyikan bersama Ella.

Apa yang penting, inilah masanya untuk Ella beramah mesra dan mengenali peminatnya yang berada di Kota London. Peluang ini juga diambil oleh peminat untuk bergambar dan berselfie.

Selesai menikmati makan malam, Ella menghiburkan peminat dengan sebuah lagu Inggeris dari Alicia Keys dan seterusnya menamatkan persembahan dengan sebuah lagu DUA INSAN BERCINTA.

Ella turut menjemput beberapa orang peminat untuk bersama beliau menyanyi.  Ada yang sporting dan ada juga yang segan-segan.

Selesai persembahan, sesi beramah mesra pun bermula di mana semua yang hadir mengambil peluang untuk bergambar bersama Ratu Rock Ella.

Menurut Ella, beliau cukup gembira dan happy dengan sambutan yang menggalakkan peminatnya di Kota London. Semoga hubungan dengan peminat tidak putus sahaja di sini malah mereka juga turut berkomunikasi dan berinteraksi di laman sosial seperti di Facebook dan di Instagram juga.

Pengurus Ella yang juga kakaknya juga turut dikerumuni peminat untuk bergambar. Wah kak Jojie betul-betul sporting ya. Tak sangka ramai juga peminat Kak Jojie ya. Maklumlah, bakal pengantin baru ni semakin lama semakin nampak berseri-seri.

Selesai je majlis, kami dan geng Ella sempat ke Hard Rock Cafe untuk shopping baju dan merchandise kat sana.

Di kesempatan ini, Budiey nak ucapka terima kasih kepada Universal Music Malaysia dan EMI kerana sudi menerbangkan Budiey.com ke London untuk bersama Ella selama 5 hari kat sini. Terima kasih Mujahid Abdul Wahab, terima kasih Haji Kamal dan team dan terima kasih juga kepada penaja penerbangan kami iaitu Malaysia Airlines (MAS) yang sudi menaja penerbangan kami. Terima kasih atas layanan kalian. Semoga kita dapat berjumpa lagi di masa yang akan datang.

Ratu Rock Ella bersama peminat paling cilik di Majlis Santai Bersama Ella yg berlangsung di Melur London semalam. @ellaaminuddin #ELLAIstimewahLONDON

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Taylor Swift Music Video BAD BLOOD Breaks Vevo View Record

Telemovie MENGAPAKU DISEKSA Lakonan Zul Huzaimy