in

Telemovie Cinta Gadis Igal-Igal Lakonan Shahrizal Jaszle & Nabila Huda

Telemovie Etnik “Cinta Gadis Igal-Igal” Gandingan Shahrizal Jaszle dan Nabila Huda Di TVi

Telemovie etnik Sabah dan Sarawak sememangnya memiliki plot cerita dan keunikan yang tersendiri. Nyata dalam setiap jalan cerita turut mengajak penonton menghayati sesuatu budaya mahu pun adat tradisi yang di amalkan mereka sejak berzaman lagi yang di sampaikan secara santai.

Berlatarkan lokasi perkampungan indah di Semporna, Sabah, Radio Televisyen Malaysia (RTM) mengajak penonton setia salurannya mengikuti telemovie bertajuk “Cinta Gadis Igal-Igal” yang secara tidak langsung mengangkat tarian Igal-Igal, salah satu tarian tradisi suku kaum Bajau di Sabah. Tarian Igal-Igal adalah perkara yang perlu di persembahan dalam satu-satu majlis perkahwinan.

Drama Cinta Gadis Igal-Igal

Pada zaman dahulu tarian ini juga biasanya dilakukan sebagai menyambut kedatangan para pembesar yang di panggil “Bagallal”. Tarian Igal-Igal ini akan ditarikan dengan iringan alunan muzik terdiri dari peralatan muzik tradisional seperti Gong, Kulintangan dan Tambul. Pada masa ini tarian Igal-Igal telah mengalami banyak perubahan sama ada dari segi bentuk tarian atau peralatan dan alunan muzik.

Namun lebih menarik lagi, drama etnik disiarkan pada 31 Mac 2013, jam 12.00 tengah hari ini menerusi saluran TVi mengetengahkan pelakon popular Shahrizal Jaszle melakonkan watak utama pemuda semenanjung yang membawa diri ke Sabah lalu tanpa di duga dia jatuh cinta dengan gadis keturunan Bajau yang memiliki personaliti yang menarik perhatiannya.

Drama ini turut menyaksikan lakonan Shahrizal Jaszle di samping Nabila Huda selain Lia Natasha, Marlin Malalin, Aman Nassim dan Dayang Hasnah Ibrahim.
Ia mengisahkan pemuda kacak bernama Eddy yang berangkat ke Semporna sendirian setelah menghadapi kemelut rumahtangga dengan isterinya, Mona. Dia memberikan alasan kepada keluarganya mahu menenangkan fikiran dan memikirkan penyudah terbaik konflik hubungannya dengan Mona.

Ketika di sana, dia mula terpikat dengan keindahan suasana persekitarannya dan keramahan penduduk menyambutnya sebagai tetamu dari semenanjung. Banyak perkara baru yang diketahuinya terutama melibatkan adat, budaya dan tradisi kaum Bajau yang majoritinya menghuni perkampungan itu.

Tetapi rupanya ada cinta yang hadir menyapa bila mana dia mula terpikat dengan gadis bernama Indak, berketurunan Bajau Laut yang merupakan penari tarian Igal-Igal yang popular ketika berlangsungnya sesebuah majlis perkahwinan.

Namun pada masa sama konflik berlaku bila Mona ingin menjernihkan semula ikatan hubungan suami isteri yang sebelum ini diibaratkan seperti retak menanti belah. Mona mahu merebut semula hati suaminya itu walau dengan apa cara sekalipun.

Saksikan sama ada Mona berjaya memisahkan hubungan cinta yang baru terjalin antara Eddy dan Indak? Atau kekuatan cinta kedua pasangan yang berbeza adat dan budaya itu mengatasi segala-galanya?

Cinta antara Eddy dan Indak

babak dalam drama ini

babak mencemaskan dalam drama ini

Shahrizal Jaszle dan Nabila Huda pelakon utama drama ini

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

2013 Formula One Grand Prix STAR SPORTS & FOX SPORT PLUS HD

Telemovie Lukisan Kasih Lakonan Safura Yaacob