in , ,

Sufian Suhaimi Cari Gadis Matang & Comel Untuk Video Muzik MENCUBA

Jika anda gadis berusia antara 18 hingga 30 tahun dan memiliki personaliti menarik, ada harapan untuk ‘disunting’ dan diberi layanan istimewa oleh penyanyi Di Matamu, Sufian Suhaimi.

Sempena single baharu berjudul Mencuba, Sufian dalam misi mencari gadis menepati kriteria ditetapkan untuk berganding dengannya dalam muzik video lagu terbabit.

Bakal memulakan penggambaran selama dua hari mulai Isnin depan, tanda pagar ‘gadis mencuba’ dan ‘mencuba’ diperkenalkan sebagai promosi single terbabit, selain kempen mendapatkan ‘pasangan’ Sufian dalam klip berkenaan.

Sufian Suhaimi

Hebahan mencari gadis bertuah itu sudah dibuat Sufian, tiga hari lalu.

Sufian berkata, pencarian gadis yang menepati kriteria agak mencabar apatah lagi perlu mendapatkan hanya seorang daripada yang berminat.

“Agak mencabar apabila kita perlu menyenarai pendek dengan memilih beberapa orang daripada ribuan gadis yang setakat ini menghantar permohonan.

“Daripada jumlah beberapa orang, hanya seorang yang bakal ditampilkan dalam video muzik itu.

“Gadis dicari perlu mempunyai fizikal dan personaliti baik. Lebih bagus, jika gadis itu dapat membawa watak matang dan comel pada masa sama,”

– – Sufian Suhaimi

Mengenai karya terbarunya itu, Sufian berkata, konsep lagu berkenaan lebih ringan berbanding Di Matamu yang mencetuskan fenomena.

“Seperti biasa, lagu ini menjadi saluran untuk saya berkongsi cerita dan rasa. Seperti mana-mana penyanyi dan komposer, kepuasan itu akan lebih dirasai jika lagu yang dilantun dekat dengan diri.

“Lagu ini masih berteraskan pop. Ini percubaan pertama saya mendapatkan khidmat penggubah dari Indonesia,”

– Sufian Suhaimi

Lagu Mencuba dicipta Sufian dan komposer, Zynakal.

Sumber: Berita Harian

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Kisah Hidup Wak Doyok Bakal Difilemkam oleh Pengarah AYAT-AYAT CINTA

Mamat Exist Buat Comeback Lancar Single NUR CAHAYA