in , ,

Mamat Exist Buat Comeback Lancar Single NUR CAHAYA

Masih ingatkah anda dengan vokalis bergelar Mamat Exist? Setelah 8 tahun mendiamkan diri dari arena muzik tanah air selepas memenangi tempat ke 3 dalam Gegar Vaganza, kini Mamat telah kembali dengan single terbaru beliau bertajuk Nur Cahaya.

Mamat Exist

Single ini adalah ciptaan Komposer Baru Yan Buskers dan lirik oleh Mamat sendiri. Untuk info, lagu ini melalui proses rakaman selama sebulan di Johor Bahru.

Lagu ini mengisahkan percintaan yang sejati seorang lelaki yang mana di tulis berdasarkan kisah hidup Mamat sendiri.

Mamat Exist kini telah menandatangani kontrak dengan Label Meenz Music Record. Syarikat tersebut terletak di Johor Bahru. Mamat kini diyakini oleh syarikat bahawa beliau bersih dari segala jenis dadah yang mana sebelum ini diketahui kisah beliau.

Mamat kini giat mengadakan promosi di karnival dan di TV radio seluruh Malaysia.

Mamat Exist

Lagu ini juga telah mendapat kelulusan RTM. Muzik Video lagu ini juga telah dilancarkan pada bulan 1 lalu dan mendapat tontonan sebanyak lebih 80,000 sehingga kini.

Lagu ini juga telah didaftarkan di semua Digital Streaming seperti Joox, Kkbox, Itunes, Apple Music dan sebagainya.

Pihak kami dari MEENZ MUSIC RECORD amat berharap mendapat sokongan dari pihak media untuk mempromosikan Mamat.

MEENZ MUSIC REOCRD adalah sebuah label kepunyaan sepenuhnya 100% Bumiputera milik Azi Azuwa B. Sarnin atau lebih di kenali dengan nama Wawa Jinggo.

Mula beroperasi pada tahun 2014 dan bertapak di negeri Johor. Di dalam syarikat MEENZ MUSIC RECORD juga ada menyediakan studio rakaman termasuk kerja kerja mixing, mastering dan publishing.

Selain itu juga MEENZ MUSIC RECORD juga ada mempunyai 2 anak syarikat di bawahnya iaitu MEENZ MEDIA PRODUCTION dan MEENZ EVENT MANAGEMENT.

Mamat Exist

MEENZ MEDIA PRODUCTION menjalankan kerja kerja pembikinan music video, editing video dan photoshoot. MEENZ EVENT MANAGEMENT pula menjalankan kerja kerja promosi, persembahan pentas, road show dan aktiviti luaran artis.

Disebabkan minat yang mendalam di dalam dunia muzik, beliau sanggup mengeluarkan modal sebanyak RM150ribu untuk kos peralatan muzik, pejabat dan studio rakaman.

Dengan pengalaman yang beliau ada di dalam industri sebagai orang belakang tabir, susunan muzik, ciptaan lagu lagu dan kerja kerja di dalam studio rakaman.

Bermula dengan hanya seorang artis, kini beliau telah mempunyai 7 artis di bawah naungan.

MEENZ MUSIC RECORD

Di antara senarai artis artis :

Solo

-Melissa Aen

Single Bertajuk – Taman Hidup

-Feerul Ali

Single Bertajuk – Selamanya Pasti

Kumpulan

-Febian’s

Single Bertajuk – Untuk Apa Lagi

Anggota terdiri daripada :

Raymie, Asan, Nano, Rahmat, Samsuri, Sham

-Jade

Single Bertajuk – Saat Ragaku Tak Di sini

Anggota terdiri daripada :

Echal, Ezard, Enal, Yem, Wawa JInggo , Nasz

-Meteoras

Single Bertajuk –Penjelasan Terakhir

Anggota terdiri daripada :

Wanz, Isward, Wan, Stif, Faiz, 

-Proses Band

Single Bertajuk – Lupakanlah Diriku

Anggota terdiri daripada :

Appy, Ijat, Nan, Aliff, Dean

-D’Meynez

Album  Bertajuk – Muncul

Tajuk Lagu :

  1. Muncul
  2.  Aku Terbelenggu
  3. Untuk Dirimu
  4. Penantian Cinta
  5. Salju
  6. Tetap Bersatu

Anggota terdiri daripada :

Peychot, Andak Yenkee, Wawa Jinggo, Ahboy, Lee, Leq.

Setakat ini kesemua lagu lagu di atas telah pun mendapat kelulusan RTM untuk di siarkan ke seluruh station radio di seluruh negeri. Juga dalam proses untuk kelulusan radio swasta. Pihak MEENZ MUSIC RECORDjuga dalam perancangan untuk menjelajah ke station radio seluruh negeri bagi tujuan promosi.

Untuk pengetahuan pihak media artis MEENZ MUSIC RECORDsudah di kenali di selatan tanah air terutamanya di Johor Bahru. Artis artis juga selalu mendapat jemputan menyanyi di event private atau pun secara terbuka  di shopping mall.

MEENZ MUSIC RECORD amat berterima kasih kepada pihak penaja yang sudi bersama hadir semasa majlis perlancaran. Antara penaja yang menaja alatan muzik( C&M MUSIC), Busana Artis (CHIKA KAMAL BRIDAL), Skincare (RJS GLOBAL SDN), percetakan (MNC), Solekan (MAMI AZZA COLLECTION), photographer (USOP WOLVE), Hairdo(D’PALLETE BUNDLE & SALON).

Pihak kami dari MEENZ MUSIC RECORDamat berharap mendapat sokongan dari pihak media untuk mempromosikan artis artis di atas.

What do you think?

73 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Sufian Suhaimi

Sufian Suhaimi Cari Gadis Matang & Comel Untuk Video Muzik MENCUBA

Nabila Razali

10 Pemenang Be Unbeaten Bawa Pulang Samsung Galaxy S10