in ,

Starbucks Henti Iklan di Media Sosial Untuk Tempoh Sebulan

Selain Coca-Cola yang mengumumkan bakal menghentikan pengiklanan di semua platform media sosial, terbaru, Starbucks turut mengumumkan langkah sama.

Melalui perkongsian pihak Starbucks, mereka mengatakan ingin membawa komuniti seiring, selain pada masa yang sama menentang perkongsian berbentuk membenci – sama ada atas-talian, atau luar-talian.

Starbucks turut mengatakan lebih banyak usaha perlu diambil oleh peniaga dan pembuat polisi dalam menjayakan perkara ini.

Langkah ini dilakukan bukan sahaja oleh Starbucks dan Coca-Cola, tetapi pelbagai syarikat lain di dunia. Ini adalah usaha badan bebas yang ditujukan terhadap Facebook dan polisi perkongsian di laman sosial berkenaan. 

Pelbagai jenama mengambil langkah untuk memboikot pengiklanan untuk bulan Julai 2020 ini.

Sumber: Amanz

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

KL Bird Park Tawar Promosi Tiket Masuk Serendah RM6 Sehingga 31 Julai 2020

Santan Perkenalkan Aiskrim Nasi Lemak Pak Nasser, Sedap Tak?