in , ,

Santan Perkenalkan Aiskrim Nasi Lemak Pak Nasser, Sedap Tak?

Ketika ini pasti ramai sudah lama tidak ‘terbang’ untuk melancong dan buat anda yang selalu menaiki penerbangan AirAsia akan merindui makanan mereka. Tidak perlu bimbang, almaklumlah restoran Santan yang menyajikan makanan dalam flight kini berada di Midvalley dan Sunway Pyramid.

Jadi, sempena sambutan Kemerdekaan dan Hari Malaysia, Restoran Santan bekerjasama dengan pengusaha aiskrim terkemuka, Crème De La Crème (CDLC) untuk melancarkan dua perisa terhad yang cukup istimewa.

Bermula 28 Ogos ini, anda boleh mencuba aiskrim Nasi Lemak Pak Nasser dan aiskrim Pandan Dodol bagi memeriahkan sambutan Hari Kebangsaan bersama rakan-rakan dan keluarga.

Siapa di sini peminat menu Nasi Lemak Pak Nasser? Apa kata anda cuba Nasi Lemak Pak Nasser dalam versi aiskrim. Mesti anda terkejut dan tertanya-tanya betul ke ada Nasi Lemak Pak Nasser dalam versi aiskrim.

Sempena sambutan Kemerdekaan dan Hari Malaysia, Restoran Santan bekerjasama dengan pengusaha aiskrim terkemuka, Crème De La Crème (CDLC) untuk melancarkan dua perisa terhad yang cukup istimewa iaitu aiskrim Nasi Lemak Pak Nasser dan aiskrim Pandan Dodol.

Kami telah mencuba kedua-dua aiskrim ini, bagi aiskrim Nasi Lemak Pak Nasser tampil dengan rasa unik pada gigitan pertama. Gabungan rasa sejuk, manis, dan lemak berkrim serta rasa nasi lemak membuat kami berasa terkejut ketika menikmati aiskrim ini. Manakala aiskrim Pandan Dodol yang tidaklah terlalu manis dan berkrim dapat meningkatkan deria rasa anda.

Apa yang menariknya, aiskrim Nasi Lemak Pak Nasser diadunkan dengan aiskrim kelapa berkrim dan dimakan bersama-sama ikan bilis dan kacang tanah untuk keaslian rasa.

Perisa kedua, aiskrim Pandan Dodol yang ditawarkan Santan juga tentunya dapat mengimbau rasa nostalgia hidangan tradisional itu.

Dalam pada itu, Pengurus Besar Santan, Catherine Goh berkata, dua perisa itu juga dihasilkan dengan cukup teliti dan menggunakan bahan semula jadi sepenuhnya.

“Santan bangga untuk meraikan warisan rasa Malaysia bersama-sama dengan CDLC untuk membawakan dua perisa terhad ini.

Suapan demi suapan ternyata membangkitkan selera unik apabila rasa sejuk, manis dan berkrim hidangan itu disuntik dengan elemen rasa juadah kegemaran ramai, nasi lemak.

“Walaupun dua perisa ini tidak perlu diperkenalkan lagi di pasaran tempatan, kerjasama ini menjanjikan keunikan dalam setiap suapan yang dibuat dari 100 peratus bahan segar semula jadi.

“Bulan Ogos juga merupakan bulan yang istimewa bagi kami kerana meraikan ulang tahun ke-lima jenama Santan dan kami ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada rakyat Malaysia kerana telah menyokong kami, sama ada melalui pesanan di dalam pesawat atau di restoran kami,” ujarnya lagi.

Malah, kehadiran kacang tanah dan ikan bilis memberikan tekstur berbeza untuk dikunyah sambil menikmatinya.

Bagi yang berminat, harga yang ditawarkan cukup berpatutan pada RM8.80 secawan, dan boleh didapati secara eksklusif di Restoran Santan Mid Valley dan Sunway Pyramid, atau di Crème De La Crème Uptown Damansara dan Mont Kiara bermula 28 Ogos 2020. Tunggu apa lagi?

What do you think?

73 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Starbucks Henti Iklan di Media Sosial Untuk Tempoh Sebulan

Ijam Majid Lancar Single Kedua Berjudul PERMAINANMU