in , ,

Siti Elizad Sempat Merasa Hamil Seminggu Sebelum Alami Keguguran

Pelakon dan penyampai radio, Siti Elizad Sharifuddin, 36, akur dengan ketentuan Yang Maha Esa apabila mengalami keguguran, baru-baru ini.

Pelakon Siti Elizad Sharifuddin menerusi laman Instagramnya mendedahkan dia mengalami keguguran seminggu selepas dimaklumkan hamil oleh pihak hospital. Siti Elizad yang menjalani proses pengambilan telur untuk rawatan kesuburan in-vitro (IVF) pada 21 Oktober lalu berkata dia hanya dapat merasai perasaan wanita hamil buat seketika.

Menerusi perkongsiannya itu, Elizad, 36, berkata dia reda dengan ketentuan itu dan tidak akan sesekali berputus asa untuk menimang cahaya mata sendiri.

Siti Elizad

“Allah bagi rasa nikmat jadi ibu tu minggu lepas tapi Dia ambil balik. Terjentik sungguh rasa itu.

Dimaklumkan hamil minggu lepas, MasyaAllah dia punya happy tak tau nak kata sebab dah lama menanti tapi kandungan tak kuat dan bleeding. Tak tahu nak gambarkan perasaan macam mana. Terduduk seketika.

“Tak mengapa, InsyaAllah ada rezeki lain. Husnozon, bersangka baik. Saya tidak akan berputus asa. Saya akan kekal positif dan sentiasa berdoa dikurniakan rezeki anak,”

“Kepada doktor, kita akan jumpa lagi pada Januari 2021. Terima kasih juga kepada semua yang banyak beri sokongan dan doakan terbaik dalam perjalanan saya ini,”

– Siti Elizad

Siti Elizad menjalani sesi rawatan kesuburan persenyawaan in-vitro (IVF) pada 21 Oktober lalu.

Sementara itu pada entri di Instagram Story, Elizad memohon maaf kepada rakan-rakan yang menghubunginya kerana tidak menjawab panggilan termasuk membalas kiriman mesej mereka.

Katanya, bagaimanapun sekarang dia lebih bersemangat untuk meneruskan kehidupan, dengan memberi fokus pada kerjaya di konti radio dan lakonan.

Apapun, Elizad akan tetap meneruskan kaedah IVF itu sehingga impiannya untuk bergelar ibu jadi kenyataan dan dimakbulkan Allah selepas berusaha dan bertawakal.

Elizad mendirikan rumah tangga dengan Shamsul Baharin Rahman pada 11 Januari 2015 dengan majlis perkahwinan itu dilangsungkan secara tertutup dengan kehadiran ahli keluarga terdekat sahaja.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Bagaimana Pandemik COVID-19 Beri Kesan Penggunaan Teknologi Pada 2020?

Fizo Omar Tegur Netizen Jaga Adab Bila Bergambar Dengan Selebriti